Cinta Bangsa Cinta Buta

Bismillahirrahmaanirrahim

Hampir semua orang tahu England adalah sebuah Negara maju dan mempunyai masyarakat yang mempunyai kelas pertama. Dari masyarakat yang berpemikiran maju barulah Negara tersebut boleh dianggap maju.

Antara yang boleh saya kongsikan disini mengenai ciri masyarakat Negara maju adalah mereka mampu membezakan siapa yang dapat buat kerja bantu rakyat dan siapa yang tidak mampu melakukan kerja.

Mereka yang betul-betul menunjukkan potensi dan kemampuan mereka melakukan kerja akan sentiasa dipilih oleh masyarakat walau apa pun agama dan latar hidup mereka. Mereka yang korup tiada tempat dihati rakyat.

Saya sempat membaca artikel di Harakah mengenai seorang menteri kanan yang atheis iaitu tidak beragama terpilih menjadi menteri kerana kewibawaan beliau mentadbir dan melakukan kerja kepada rakyat.

Namun suasana itu amat berbeza dengan negaraku Malaysia tercinta dan bangsaku Melayu Muslim. Mereka sentiasa dimomokkan dengan isu perkauman.

Walaupun seseorang itu tidak mampu melakukan kerja tetapi berbangsa melayu maka dia dipilih. Walaupun mereka ini dikenali dengan ‘bapa korup ‘ mereka tetap dipilih kerana minda dan pemikiran mereka telah diresapi dengan semangat perkauman.

Mereka dibimbangkan jika kaum lain yang memerintah maka hancurlah bangsa melayu. Begitulah kekacauan pemikiran minda bangsaku, mereka akhirnya sentiasa dipimpin oleh pemimpin yang ‘melahap’ titik peluh rakyat tanpa belas kasihan, konon membela bangsa sedangkan merompak harta rakyat.

Kecelaruan minda ini disebabkan isu perkauman sentiasa dimainkan oleh pihak pemerintah yang ingin mengekalkan tampuk pemerintahan mereka. Sedih memikirkan bangsaku ni, kecintaan mereka pada bangsa dimanipulasi oleh bangsa sendiri yang tak pernah cakna pada bangsa dibawah.

Cukup-cukuplah memilih golongan korup, rasuah, pentingkan kroni sahaja, abaikan rakyat, bolot projek dan lain-lain lagi, pilihlah mereka yang boleh buat kerja bantu dan memberi khidmat pada rakyat.

Ubahlah minda kita yang tertutup kerana kecintaan bangsa yang tidak membantu kita maju. Cinta yang buta pada bangsa sentiasa buat kita ditipu oleh orang lain.

Ibarat cinta kepada perempuan pisau cukur yang akhirnya mengeringkan poket kita walaupun kita ikhlas, semuanya kerana kecintaan buta kita.

Jadikanlah kecintaan yang celik dengan cahaya ilmu yang mampu membezakan antara golongan penipu dan yang benar-benar ikhlas.

Wallahu Ta’ala

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s