Suami Kuno

Bismillahirrahmaanirrahim

Sepanjang belajar di Morocco saya sempat berbicara soal nikah cerai dengan kawan-kawan. Cerita pasal ni panjang dan biasanya berlarutan sampai pagi. Lepas subuh tak ada aktiviti lain selepas bersengkang mata di malam hari maka tidur adalah pilihan terbaik.

Kami pernah berbicara satu kisah penceraian. Sahabat saya menceritakan bagaimana penceraian di tempat beliau berlaku apabila si isteri selalu tak masak dan hanya memanaskan masakan yang semalam dari peti sejuk.

Malah sesetengah suami tidak boleh tahan jika asyik makan macam tu. Mereka nak si isteri sentiasa masak kerana pada persepsi mereka, wanita walau setinggi mana pun darjat mereka tetap kembali ke dapur.

Saya menyangkal pemikiran kuno seperti ini. Pemikiran wanita tempatnya sekadar di dapur adalah bentuk pemikiran yang tidak menghormati kemuliaan Islam kepada wanita. Diskusi wanita adalah lebih dari itu.

Mana-mana lelaki yang mempunyai paradigma yang skeptikal terhadap wanita adalah lelaki yang ketinggalan pemikiran mereka ataupun boleh dianggap mewarisi pemikiran tradisional yang statik dan tidak progresif dengan suasana.

Lelaki ataupun suami perlu celik dan melihat sosio-masyarakat ataupun ekonomi pada masakini. Pendapatan atau isi rumah bagi suami isteri yang mempunyai kerja yang sederhana dan mempunyai beberapa orang anak sudah tentu tidak dapat menampung dengan income si suami sahaja.

Disitu isteri didesak untuk bekerja dan menampung perbelanjaan isi rumah, anak-anak dan keperluan hidup. Sebagai seorang isteri yang berkejaya sudah tentu kondisi tubuhnya lebih lemah berbanding si suami yang bersifat jantan (kuat).

Namun pemikiran tradisional yang diamalkan oleh si suami mendesak si isteri dengan pelbagai permintaan dan tuntutan kerja di rumah, malah ada yang bersikap lepas tangan dengan masalah di rumah dengan alasan ‘saya penat bekerja cari rezki untuk keluarga kita’, dalam posisi lain tidak pernah memikirkan kepenatan si isteri.

Disinilah saya melihat mana-mana lelaki ataupun suami perlu mengubah pemikiran mereka dari bersifat mewarisi warisan kuno kepada pemikiran yang lebih produktif di dunia moden ini. Jika ingin mengekalkan warisan pemikiran tersebut si suami perlulah bergaji ‘orang kaya’ dan si isteri tidak lagi perlu bekerja.

Sikap dan pemikiran seperti ini banyak diwarisi oleh orang melayu kita, kenapa dan dimana puncanya? Persoalan ini mampu dipecahkan dengan pembacaan seperti Pemikiran Za’ba Dalam Falsafah Taklid dan Dilema Melayu oleh Tun Dr Mahathir.

Kadang-kadang pemikiran seperti ini diwarisi turun-tumurun melalui lisan orang-orang tua, ‘orang perempuan belajar tinggi mana pun balik ke dapur juga’ ‘perempuan jangan bagi muka, nanti naik kepala’ dan banyak lagi konotasi-konotasi yang berbau skeptikal wujud dalam masyarakat melayu.

Oleh kerana tidak wujud budaya ilmu, pemikiran kritis dan sikap orang melayu yang bertaklid maka ungkapan-ungkapan seperti itu ditelan bulat-bulat dan diwarisi dalam kotak pandora akal mereka sehingga terbit sifat yang merendahkan kaum wanita. Perkara ini disokong oleh kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengungkapkan bahawa pemikiran sebegini mempunyai kaitan dengan saluran ilmu kehidupan yang mereka perolehi (Baei Jaafar,2002:11).

Sebagai lelaki dan pemegang amanah seorang suami dan ayah saya menyeru agar kaum-kaum sejenis menganjakkan pemikiran mereka dari mewarisi warisan tradisional kepada pemikiran yang mengintrepertasi (mengtafsirkan) sesuatu dengan ilmu agar kita tidak dilihat sebagai seorang muslim yang bersifat keterbelakang dan ketinggalan.

Wallahu ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s