Belilah Buku Ini

Salam KLIBF

Seawal jam 8 pagi saya dah terpacak kat stesyen komuter Kajang. Sampai-sampai di KLIBF dalam 9:30 pagi. Orang masih tak ramai, booth-booth pun baru nak buka. Saya amik peluang tengok-tengok dan tinjau-tinjau buku yang saya cari sambil mereka ni buka booth masing-masing.

Tahun ni saya lengkap dengan senarai buku dan juga booth-booth yang wajib saya pergi seperti Gerak Budaya, ITNMB, Fajar Ulung, Saba Islamic Media dan Dewan Pustaka (yang ni saya hampa, buku tak best sangat). Booth paling best dan yang terbaik adalah Gerak Budaya.

Sebelum ni saya tak perasan Gerak Budaya ni sebab saya masih bertatih mengenal buku yang berat-berat ni. Selepas ada sedikit pendedahan dan gambaran hasil memahami metodologi aliran pemikiran saya dikenalkan dengan buku-buku dari Gerak Budaya.

Saya tergamam dan terpegun dengan buku-buku disini. Semua geng-geng otai yang menulis dalam membicara suasana semasa. Dari buku bahasa Inggeris hingga ke Melayu semuanya perbincangan ilmiah. Kalau nak ringan kepala otak tak ada di situ, boleh pergi Booth Gempakz.

Antara buku paling terbaik saya jumpa ialah buku BAJET (seperti dalam gambar diatas). Buku ni ditulis oleh salah seorang daripada geng-geng penyelidikan DAP. Buku yang membicarakan tentang ekonomi, yang mana buku ekonomi ni biasanya bosan dibaca ditambah istilah-istilah yang susah difahami (bagi pelajar aliran seperti saya). Tetapi buku ni lain dari yang lain.

Persembahannya santai dan mudah difahami tetapi sakit hati. Hampir separuh saya baca macam nak tembak dan letupkan kepala Gerombolan-gerombolan yang baham duit rakyat. Daripada buku ini baru saya tahu kemana duit kita semua pergi kalau tidak kepada kroni-kroni yang besarkan perut mereka, buku ini dilengkapi dengan data-data dari parlimen sebagai bukti.

Makin saya baca makin banyak sumpah seranah saya pada kerajaan ini. Makin sakit hati apabila duit rakyat diguna sesuka hati dan rakyat makin susah. Saya sarankan anda beli dan baca buku ini. Saya terpaksa berhenti seketika mengambil nafas menahan marah dalam gelojak hati ini apabila setiap helai membaca buku ini.

Sakit hati, benci, geram…siapa yang baca buku ni masih tak nampak jahatnya puak Gerombolan ni saya tak tahu la hati apa. Lagi-lagi penyelewengan dan pembolotan duit di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Kesian, begitu lama rakyatnya diperkudakan.

Siapa yang ada kesempatan ke KLIBF yang tinggal sehari sahaja lagi, saya sarankan ada ke Gerak Budaya dan membeli buku yang membuka minda dan mencelik pemikiran ini. Sudah cukup masanya kita diperbodohkan. Pemikiran yang celik melahirkan rakyat yang berani melakukan REVOLUSI!

Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s