Hancurkan Hagemoni Barat

Bismillahirrahmaanirrahim

Beberapa hari selepas kelahiran anak pertama kami, saya diziarahi oleh ramai sahabat samada dari sebelah isteri saya ataupun saya sendiri. Saya sempat berborak dengan suami kepada kawan isteri saya, beliau adalah seorang pekerja bahagian penjanaan kuasa di bawah TNB Berhad.

Beliau menceritakan bagaimana industri-industri besar di Malaysia amat bergantung dengan tenaga elektrik yang sangat besar. Saya tertarik dengan cerita beliau tentang bagaimana pengaliran elektrik daripada sumber asal sehinggalah sampai kepada pengguna.

Sumber elektrik di Malaysia dakwa beliau bersumber daripada beberapa sumber, sumber yang utama ialah petrol, kemudian arang batu dan yang paling murah ialah air. Beliau juga menceritakan kenapa harga elektrik di Malaysia yang sepatutnya boleh diberi percuma ataupun dengan kadar yang teramat murah tetapi menjadi mahal kerana dimanipulasi oleh golongan yang ada kepentingan khususnya golongan politik pemerintah.

Kini saya teringat apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam Magnum Opus beliau Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan khususnya bahagian thaqafatan yang saya ulang bacaannya samada secara jemaah ataupun personal.

Said Hawa menyebut beberapa fakta berkaitan hasil mahsul utama dunia wujud di dunia umat Islam seperti petrol, emas, berlian, arang batu, bijih besi, bijih timah, getah, sawit, koko, tanah yang subur untuk tanaman, uranium dan banyak lagi. Kesemua wujud di bumi umat Islam tetapi digali dan dikuasai oleh bangsa asing.

Malah yang lebih mengejutkan, eropah dan Amerika sebagai negara industri utama dunia amat bergantung dengan sumber primer dari dunia umat Islam. Tanpa sumber-sumber ini sudah tentu industri-industri negara mereka tidak akan berjalan. Kelangsungan sumber ini menjadi keutamaan mereka.

Kita dapat lihat hegemoni barat ini menggunakan dua pendekatan bagi memastikan mereka memperolehi sumber tersebut. Pertama samada melalui pendekatan diplomasi, cara ini dilihat agak lembut dan tidak ada tindakan agresif dari kedua belah pihak dan yang kedua adalah melalui kekerasan seperti di Iraq dan Libya.

Melalui dua cara ini mereka mampu mengekalkan tampuk kepentingan mereka di negara-negara yang menjadi pembekal kepada industri kapitalis mereka. Sistem kapitalis yang dianggap sebagai neo-imprealisme yang diamalkan di negara-negara yang dijajah dilihat memakan diri umat Islam.

Umat Islam kekal mundur dan tidak maju. Saya juga terdengar Malaysia adalah negara contoh bagi negara-negara umat Islam. Kita berbangga dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan fasiliti-fasiliti yang ada, semua itu bagi memaparkan pada dunia kemajuan yang dicapai oleh Malaysia, padahal ianya tidak lebih dari satu pembaziran yang tidak meletakkan keutamaan pada tempatnya.

Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah meletakkan bajet bagi pertahanan adalah yang tertinggi, sedangkan negara bukan dalam keadaan berperang. Dalam sisi lain jenayah di negara ini lebih teruk jika dibandingkan dengan Hong Kong, sudah tentu peruntukan bagi Kementerian Dalam Negeri Perlu diutamakan, namun ia terbongkar dengan penyelewengan pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam.

Oleh itu meletakkan Malaysia sebagai negara contoh yang mempunyai defisit meninggi setiap tahun sebagai negara Islam contoh adalah salah sama sekali kerana Malaysia kekal ditakuk negara mundur yang tidak mampu memberi saingan kerana mengalami kelembapan ekonomi sehingga negara jiran Thailand dan Indonesia mampu melonjak ekonomi mereka mengatasi Malaysia.

Hampir satu abad umat Islam membicarakan tentang kebangkitan umat Islam, namun negara-negara umat Islam tidak banya berlaku perubahan, lebih-lebih lagi negara-negara yang mengamalkan sistem teokrasi. Negara-negara umat Islam kekal menjadi pembekal utama kepada negara maju sedang negara sendiri tidak maju. Kenapa begini?

Persoalan itu bisa diajukan pada diri sendiri. Kenapa begini keadaan umatku? Saya suka untuk meletakkan ketidak penguasaan ilmu sebagai teras kepada kemuduran umat Islam. Sebagai contoh satu masa dahulu penjajah pernah menguarkan koko adalah makanan yang tidak baik untuk kesihatan, oleh kerana umat Islam ketinggalan dari sudut ilmu dan tidak pernah tahu kajian tentang koko maka mereka mula mengabaikan sektor pertanian koko, penjajah mengambil peluang menguasai industri koko dengan alasan untuk dibuat baja, akhirnya umat Islam yang rugi,inilah akibat ketinggalan dari bidang ilmu.

Saya suka menarik kita berfikir alangkah baiknya kalau kita dapat bersatu menumbangkan hegemoni barat keatas umat Islam. Adakah kita sudah bersedia? Jika menunggu jawapan kepada soalan ini, sudah tentu memakan banyak masa perbincangannya yang tidak tahu hujung nokhtahnya.

Saya berpendapat kita mampu menumbangkan hegemoni barat keatas dunia umat Islam dengan menyekat sumber primer bagi industri-industri di negara mereka. Bayangkan eropah dan Amerika yang amat bergantung dengan negara-negara timur tengah bagi mengeksport petrol ke negara mereka mampu disekat.

Sudah tentu industri-industri besar seperti pembuatan kereta, senjata, computer, tekstil dan banyak lagi akan lingkup dan bankrup. Sepatutnya negara umat Islam lah yang menguasai dunia ini kerana hasil sumber dunia wujud dengan kita dan negara-negara seperti eropah dan Amerika adalah dibawah budibicara kita. Tetapi reality adalah sebaliknya.

Maka kita terpaksa sibuk mencari solusi kepada kemunduran umat ini. Seperti mana yang saya tegaskan penguasaan ilmu adalah penting bagi mengembalikan kesedaran umat Islam untuk kembali bangkit dan menentang hegemoni barat dan sekutunya (dalam negara kita UMNO).

Kita terpaksa mengambil langkah menyingkirkan tali barut barat dahulu untuk menjadikan kesatuan umat Islam dan negara-negara umat Islam menjadi kenyataan. Namun amat menyedihkan, dalam usaha kita kembali bangkit, terdapat dikalangan umat Islam sendiri yang tidak jelas keadaan umat Islam, cuba menjatuhkan gerakan Islam yang lain, mereka seolah tidak mampu mengenal siapakah musuh sebenar umat Islam. Ini satu fenemona yang menyedihkan dan memang telah lama wujud.

Impian ini penulis kongsi bersama dengan sahabat-sahabat yang bersemangat melihat kemuliaan Islam itu kembali tertegak dan kami juga ingin melihat penyatuan negara-negara umat di bawah fikrah yang jelas akhirnya tercapai insyallah. Ayuh ! Gembeleng tenaga bekerja.

Wallahu Ta’ala A’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s