PAS Tidak Mampu Dibeli

Bismillahirrahmaanirrahim

Usai bermain futsal yang tidak ada sambutan, kami bertolak ke restoran untuk berdiskopi mengenai hal masing-masing atau apa sahaja cerita ilmiah yang dapat kami kongsikan bersama.

Bandar Baru Bangi tidak sunyi dengan restoran-restoran nya yang diibaratkan sebagai dapur bagi penduduk Bangi. Sesiapa yang berkeinginan buka restoran saya yakin pasti ada keuntungan.

Selesai main futsal tadi salah seorang sahabat buka cerita mengenai defisit. Saya yang baru membaca buku yang berkaitan bajet dan defisit ni berminat untuk melanjutkan perbincangan tersebut.

Nescefe ‘o’ ais menjadi pilihan tekak malam tu. Saya keluarkan buku yang baru dibeli di Pesta Buku Antarabangsa KLIBF 2011 di Wisma Putra yang bertajuk BAJET. Saya banyak berbicara mengenai bajet yang tidak seimbang oleh kerajaan.

Sahabat saya bersependapat bahawa memang berlaku ketirisan dan rasuah yang berleluasa di dalam kerajaan BN sekarang. Saya lega dengan kejelasan pemikiran beliau, cuma ada sedikit lagi komentar sahabat saya tu ‘ kalau PAS duduk di tempat BN perkara yang sama mungkin akan berlaku’.

Saya antara dua untuk jawapan tersebut. Samada kelihatan taksub dengan PAS atau jawapan yang lebih neutral. Saya bertindak mengambil jawapan yang neutral kerana itu saya kira lebih mudah diterima terutama sahabat-sahabat yang lebih banyak mendengar dari terlibat dengan perbincangan kami.

Jawapan saya ‘betul tu, kita kena bersikap professional, tak kira PAS ke..UMNO ke..PR ke..BN ke..yang tak boleh buat kerja tolong rakyat, tipu rakyat kita tolak’. Jawapan saya agak boleh diterima sahabat-sahabat lain.

Disini saya nak jelaskan jawapan yang membela PAS pula. Oleh kerana dikalangan ahli Jawatankuasa PAS adalah mereka yang hebat dari sudut ilmunya dan banyak membaca, mereka menyedari keadaan ini pasti berlaku, Ibnu Khaldun dalam Magnum Opusnya Al-Muqaddimah ada menyebut ‘ penguasa secara tabiinya , cenderung menindas’ solusi Ibnu Khaldun ‘bahawa hanya apabila pemerintahan benar-benar berdasarkan agama maka penindasan tidak berlaku’. Kerana itu sesiapa yang mengamalkan siyasah syar’iyyah akan memahami tampuk pemerintahan layak kepada orang yang beradab.

Oleh itu PAS telah meletakkan Tarbiyyah diantara tunjang jemaah. Ini bagi memastikan ahli yang dilahirkan adalah benar-benar orang yang beradab (rujuk tulisan-tulisan Naquib al-Attas berkaitan ADAB). Alhamdulillah sehingga ke harini tidak ada calon-calon PAS yang berjaya melalui proses pengkaderan mampu dibeli dan terlibat dengan rasuah.

Oleh itu saya menyeru umat Islam meletakkan keyakinan yang penuh kepada satu-satunya gerakan Islam yang terlibat dengan politik dalam negara ini. Matlamat kita jelas bagi menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s