Teori Pembodohan

Putaran Kebodohan

Kebodohan dalam budaya Melayu disinonimkan dengan lembu. Kenapa lembu dipilih sebagai ikon kebodohan? Kerana lembu senang dicucuk hidungnya dan bisa taat suruhan tuan. Terkadang meradang juga lembu ni, biasanya musim mengawan. Berebut betina.

Sambil merenung kembali, ada benar juga penggunaan bodoh yang disamaertikan dengan lembu itu dengan sifat dan perangai orang melayu ni. Satu contoh hikayat melayu adalah kisah Hang Tuah. Lihatlah betapa taat Hang Tuah taat kepada raja walaupun raja yang bersalah, sanggup dibunuh Hang Jebat sahabatnya sendiri.

Saya terus merenung memikirkan fi’il orang melayu. Orang melayu meradang dan marah soal berebut perempuan. Ada yang sanggup simbah asid, sanggup membunuh, lari ke siam dan macam-macam  perangai lagi bila melibatkan perempuan.

Kadang terfikir, sejauh itu sahajakah pemikiran orang melayu ni? Amat terbatas sekali jika diikutkan. Kalau benar telahan ini sudah agak lama orang melayu mewarisi pemikiran dan budaya berkarat ni. Berapa lama agaknya dari zaman Hang Tuah sampai sekarang? Sukar benar nak dikikis tu, tapi kata Adidas “Impossible is nothing”.

Telahan saya makin kuat apabila pada masakini, di saat saya sedang menekan biji kekunci Mini Hawlett Packard masih ada umat melayu yang ditipu dan dibodohkan sang penguasa. Bayangkan ada penguasa ingin membina bangunan 100 tingkat dengan alasan tidak ada lagi bangunan 100 tingkat. Mak Limah, Pak Seman, Pak Rashid bertepuk tangan tanda bangga dengan pembangunan negara.

Cuma kalau satu tapak difikirkan apa faedah Mak Limah, Pak Seman dapat dari bangunan tadi. Agak-agak buka booth berniaga di situ belum tentu mampu bayar sewa. Akhirnya yang mendapat untung cukong-cukong kepala modal atau bahasa modennya kapitalis.

Melayang duit rakyat untuk kepentingan sesetengah pihak dengan kerugian yang banyak rakyat marhaen. Ini terjadi sebab pemikiran melayu tidak mampu melangkah satu tapak tadi, kepala otak mereka ingat malam jumaat sahaja (nak jual barang ‘kuat’ jual pada orang melayu, sure laku).

Teringat pula kisah Hang Nadim si bijak pandai. Saat todak menyerang Kemasik (kini Singapura), Sang Raja mengarahkan rakyat menahan betis dan peha menghalang serangan todak, Hang Nadim yang melihat kejadian itu mencadangkan batang pisang sebagai ganti sehingga serangan todak berjaya dipatahkan.

Namun kebijaksanaan Hang Nadim dianggap mencabar kecerdikan Sang Raja, sehinggalah membawa kepada pembunuhan Hang Nadim. Kepala ini ligat memadankan sejarah dan masakini. Adakah perkara itu masih lagi terjadi kepada bangsa melayu ku?

Saat Hang Nadim dibunuh bertambah satu lagi kisah pembodohan pemikiran orang melayu. Melayu pada masa itu ditakutkan oleh keawlaan Sang Raja yang tidak boleh diatasi. Melayu takut untuk melunjurkan pendapat bimbang dimurkai dan dibunuh, kemudian lahirlah sifat malas berfikir. Berfikir nak buat apa, raja sahaja yang betul.

Kini melayu dibodohkan dengan cara baru. ‘ Hang pangkah bulan, Hulu Sungai Rajang aku hantar’ kata Pengarah PPD Kampung Berdengung pada seorang cikgu yang dikenalpasti meminati kopiah putih keras (selalu boleh tengok di muktamar PAS). Cikgu tu tahu benar memang puak Gerombolan ni salah, rasuah, kaki betina, judi, arak, tapi dek ugutan tadi apa boleh buat, mental yang sihat berfikir terpaksa dibodohkan walaupun diri seorang che gu.

Perkara ini disedari lama oleh mereka-mereka yang guna akal. Merujuk kepada Imam Hanafi, beliau amat tegas menolak dijadikan sebagai mufti kerajaan memerintah pada masa itu. Beliau tahu benar akal yang dianugerahkan itu adalah tanda kemuliaan Allah kepada manusia, dengan akal manusia dibezakan darjatnya dengan binatang, maka untuk apa jadi mufti jika akal disekat peranannya.

Tapi dimana kemuliaan akal jika akal itu terpaksa dibodohkan, tidak ada beza antara ada akal ataupun tidak, balhum adhol. Kotak pemikiran tidak perlu diguna, cukuplah menurut dan bertaqlid. Perut kenyang hati senang?

Melayu sifatnya pasrah, yang penting makan, minum, malam jumaat cukup. Patutlah senang diratah, senang ditipu. Melayu bukan tahu fasal subsidi, bajet, defisit, hangguk aje.

Melayu yang cerdik adalah melayu yang berani berubah dan keluar dari kitaran kebodohan ini. Cukuplah-cukuplah diperbodohkan, sejak zaman kesultanan melayu sampai sekarang, pemerintah suka sangat bodohkan orang melayu, melayu pun satu, taat tak berani derhaka.

Melayu yang berani melawan, bangkit, adalah melayu englightment, melayu yang maju, moden, berfikiran matang, melayu cerdik, melayu baru. Jenis melayu yang tunduk, patuh, berserah seperti Hang Tuah adalah melayu tidak cerdik, bodoh, klasik, kuno, tak maju, minda tertawan, malas guna akal, malas baca buku, penakut bla…bla…

Akhir kata, saya masuk tandas di KDN Ipoh dan terbaca tulisan dalam tandas “UMNO pengkhianat bangsa”  sambungan tulisan ini “bapak ko tak ajar ke, sekolah,hospital bukan UMNO bina? Tak tahu diuntung”. Kalau di saat itu saya punya pen, saya akan tulis, “bina sekolah dan hospital bukan UMNO tapi Indon dan Bangla”.

Wallahu ta’ala a’lam

Salam Revolusi,

Sayong Tengah,

13/5/2011,

2:58 am.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s