Salafikah Kita?

Bismillahirrahmaanirrahim

Suka penulis mengambil sisi salafi dalam mendepani arus semasa. Golongan salafi banyak diberi serangan khususnya oleh barat. Serangan mereka adalah dalam bentuk perang terminologi. Salafi digambarkan sebagai tradisionalis, fundamentalis, konservatis dan kadang-kadang teroris.

Ini adalah bentuk-bentuk terma yang digambarkan barat terhadap aliran salafiyyah. Namun bagi salafi tulen sudah tentu serangan seperti ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berpegang dengan manhaj salafiyyah, yang amat menyedihkan adalah kalangan pseudo-salafi yang banyak mengiyakan terma-terma yang dilontarkan itu.

Apabila barat mengatakan salafi adalah golongan tradisionalis, ramai di kalangan salafi yang amat keras mempertahankan janggut lebat, baju gamis singkat dan wanita-wanita mereka perlu menutup muka. Merekalah golongan pseudo-salafi yang terus merosakkan aliran salafiyyah yang sebenar.

Sudah tentu tidak salah mengamalkan sunnah seperti itu tetapi sifat keras mereka yang meninterpretasikan perkara tersebut sebagai intipati agama Islam dan bersikap skeptical bagi golongan yang berbeza pendapat dengan mereka memberikan jawapan atau bukti yang menjustifikasikan salafi itu benar-benar tradisionalis.

Aliran Salifiyyah sudah cukup menderita dengan tohmahan yang dilontarkan oleh musuh-musuh mereka dengan gambaran kolot, jumud, menyeru kepada kemunduran (kerana menekankan amalan-amalan sunnah furu’iyyah dan meninggalkan perkara yang lebih besar), berjanggut tebal, baju gamis yang singkat, anti ahlu ta’wil, mengambil tafsiran zahir dan banyak lagi.

Perkara ini bertambah buruk dengan fenomena golongan yang mengaku pejuang salafi tetapi tingkah laku mereka membenarkan dakwaan musuh-musuh yang setelah sekian lama menunggu ruang itu diterobosi seperti penekanan kepada perkara-perkara ‘kulit’ bukan ‘isi’, masalah-masalah ‘sampingan’ bukan ‘intipati’, perihal ‘khilafiyyah’ bukan perkara yang dipersetujui bersama dan selalu menganggap pendapat dan tafsiran dari aliran mereka sahaja yang betul sedangkan dari pihak lawan selalunya salah dan tidak benar.

Seharusnya apabila kita mengaku sebagai pejuang salaf, pedoman yang harus kita ambil adalah secara keseluruhan, tatacara dan kefahaman salaf terhadap ajaran agama Allah. Jika diteliti dengan baik golongan salaf menitik beratkan maqasid syariah bukan sekadar kulitnya, menekankan ijtihad-ijtihad baru yang sesuai mengikut keadaan, zaman dan tempat mereka kerana perkara itu mengarahkan kepada permudahkan bukan menyusahkan.

Sebetulnya pejuang salaf mencontohi kegigihan golongan salaf yang terus memperkembangkan Islam dengan kemajuan-kemajuan yang dilandasi dengan syariat sehingga umat Islam gah dimata dunia pada masa itu, bukan bertaqlid dengan pendapat-pendapat salaf terdahulu yang kadang tidak menepati dan sesuai dengan kehendak zaman.

Lihatlah Saidina Umar yang banyak melahirkan polisi-polisi negara, jabatan-jabatan dan undang-undang baru yang belum pernah wujud sebelum itu. Kegigihan dan pemikiran yang terarah kehadapan memajukan umat Islam di atas paksi al-Quran dan as-Sunnah seperti inilah yang patut dicontohi oleh pejuang-pejuang sunnah pada masakini.

Hakikat dewasa ini, kalangan pseudo-salafi ini lebih mendominasi sarwajagat masyarakat, mereka kuat beribadat tidak terlawan, namun roh salaf yang sebenar makin pudar dengan sifat yang tidak mampu membezakan keawlaan sesuatu perkara yang pernah ditekankan oleh salaf terdahulu. Maka lahirlah umat Islam yang masih kekal di takuk yang lama.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s