Ikhlas, Tarbiyyah dan Politik

Bismillahirrahmaanirrahim

Diceritakan negeri Entah Berentah yang konon nya aman dan makmur, rakyat nya hidup sejahtera , ada kulit gelap, mata sepet dan kulit sawo matang. Diantara tiga-tiga kaum utama ini, yang sepet paling kaya tetapi tuan punya tanah adalah kulit sawo matang.

Apa yang lebih menghairankan bangsa kulit sawo matang ni mundur dan kebanyakannya miskin, sesetengah sahaja yang kaya, bukan kata kerajaan dia tak berfikir nak atasi masalah penduduk asal tanah Negeri Entah Berentah ni, ada DEP, FELBA, FELKRA dan entah apa lagi untuk bantu rakyat yang mundur.

Namun begitulah, sejak 50 tahun lebih merdeka dari tangan bangsa Anglo-Saxon, tak banyak perubahan berlaku kepada rakyat negeri ini terutama bangsa sawo matang. Selidik punya cari rupanya ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, agihan yang perlu sampai pada rakyat tak diterima, tersekat di awal perjalanan lagi.

Patutlah sesetengah sahaja yang kaya, ramai yang miskin. Maka bangkitlah dari kalangan sebilangan mereka yang memperjuangkan keadilan, antara mereka ada yang berteraskan agama, mereka suka dipanggil revolusionist hijau, hijau sebab agama mereka agama Islam.

Pelbagai cara dan usaha mereka guna untuk menyedarkan masyarakat akan kezaliman, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah, revolusionist ini ada yang mengalami sakit zahir dan batin, tidak kurang yang mati terkorban, semua itu dijadikan asbab untuk golongan ini terus berjuang.

Oleh kerana negeri Entah Berantah ini mengamalkan sistam Roman (yang kuno beribu tahun lampau), maka revolusionist hijau ni pun terpaksa mengambil sistem Roman dalam pengamalan gerakan mereka, mujurlah sejarah awal negeri Entah Berantah ini bermula dengan kasus Islah, jadi tak susah mereka menerima sistem Roman walaupun dari orang kafir.

Jika diamati dengan baik selepas perang antara blok timur dan blok barat ataupun komunis dan kapitalis disusuli pula dengan perang dingin dan kejayaan tembok Berlin dirobohkan sebagai simbolik kejatuhan komunis, banyak Negara yang menerima sistem Roman sebagai bentuk pemerintahan Negara mereka.

Revolusionist hijau atau umat hijau di seluruh dunia sedar kedudukan mereka bukan yang menguasai sistem tetapi pengguna sistem, semuanya atas kelemahan dan kemunduran yang dideritai sejak sekian lama, menerima bentuk sistem ini adalah satu hakikat yang tidak mampu dinafikan lagi.

Kerana itulah di negeri Entah Berantah ini gerakan revolusi hijau menerima pakai sistem yang diguna oleh kebanyakan Negara dunia, pun begitu bukan bermakna mereka mendewakan sistem tersebut, cuma sebagai satu mekanisme atau batu loncatan mencapai matlamat.

Perjuangan revolusionist hijau seperti mana yang telah diceritakan, mereka tidak mendapat penerimaan yang mudah dari kalangan bangsa mereka sendiri, banyak tantangan samada dari dalam, lebih lagi musuh luaran. Atas kesadaran ini dan paksi perjuangan mereka adalah agama, satu aspek penting bagi mengukuhkan setiap ahli, maka wujudlah konsep tarbiyyah.

Dalam konsep ini, ahli antaranya ditekankan ikhlas sebagai syarat mencapai kemenangan. Jika kemenangan belum tercapai atau mengalami kekalahan, dalam slot muhasabah banyak ditekankan ahli-ahli perlu kembali berikhlas kerana dilihat masih wujud ketidak ikhlasan.

Rentetan itu, mereka menjadi lebih berhati-hati dalam tindakan agar aspek keikhlasan tadi tidak tercela. ‘ Pihak pimpinan akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan kepada mangsa puting beliung di Colorado’ Ucap seorang pimpinan Gerakan Hijau, ‘inilah yang merosakkan kemenangan kita, buat baik tapi diumum-umumkan, tidak ikhlas’ bilang seorang ahli revolusionist hijau.

Pihak pemerintah yang sedikit tergugat dengan kebangkitan gelombang hijau mula melancarkan serangan. ‘Rakyat-rakyat jangan tertipu dengan orang hijau ni, mereka bukan ada buat program atau memberi sumbangan untuk rakyat, ada makcik-pakcik Nampak?’ Pidato pihak pemerintah di Kampung Berdengung.

Gerakan hijau tersepit antara menjaga keikhlasan ataupun menyerang balas serangan pihak pemerintah, sudah tentu strategi yang terbaik ialah mengwar-warkan yang mana Gerakan Hijau tidak lekeh sangat sehingga tiada program untuk rakyat, disitu penting peranan media.

Mahu tak mahu dalam dunia demokrasi, Gerakan Hijau memutuskan apa-apa program kita iklankan. ‘ Lihatlah mereka ni, buat program macam tu pun nak besar-besarkan, dimana keikhlasan…? Dimana tarbiyyah…?’ Lontaran sinis traditionalis hijau yang bersifat skeptikal dengan mereka yang dianggap tidak pentingkan keikhlasan.

‘ Balai raya, tadika, balai polis, sekolah, elektrik, jalanraya, semuanya kami buat untuk rakyat’ Kata seorang menteri di hadapan para media. Muncullah di benak pemikiran rakyat jelata, kerajaan yang sedia ada lebih membantu rakyat, harapkan Gerakan Hijau, habuk pun tak ada, paradigma sebegitu muncul apabila Gerakan Hijau kalah dalam penguasaan media.

Dalam dunia yang serba maju dan pantas, sesiapa yang lambat menguasai media massa, sudah tentu mereka akan ketinggalan dan mengalami kekalahan. Namun rata-rata Gerakan Hijau diseluruh dunia masih tersepit dengan pemikiran fundamental yang menekankan keikhlasan asas menuju kemenangan.

Gerakan Hijau ingin membawa Islam kelihatan gah dan mulia kerana agama Islam itu paling mulia tetapi menitik beratkan keikhlasan tanpa sunnatullah sudah tentu ini tidak Islamik, itu adalah pemikiran terawang yang tidak realiti, hakikat Islam itu adalah rasional untuk setiap masa dan tempat maka perlu seimbang antara syariatullah dan sunnatullah.

Oleh kerana politik dan agama itu tidak dapat dipisahkan, Gerakan Hijau di negeri Entah Berantah dilihat lebih memahami soal ini, cuma yang menjadi masalah adalah mereka yang tidak memahami tanpa mengkaji dan akhirnya buta menilai suasana global.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s