Modenisasi Gerakan Islam

Bismillahirrahmaanirrahim

Zaman Emas

Kita mula dengan zaman Rasulullah. Pada masa itu umat Islam tidak mengalami kesulitan dalam menghadapi hidup, adakah sesuatu perkara itu diatas landasan Islam ataupun tidak, jika wujud masalah, para sahabat akan terus bertanya kepada Rasulullah.

Setelah kewafatan Rasulullah,  bermulalah era Khulafa’ al-Rashidun. Zaman Abu Bakar timbul krisis mengenai golongan murtad dan mereka yang tidak mahu membayar zakat, perkara ini menuntut satu ketetapan dibuat, maka diisytiharkan perang ke atas golongan tersebut.

Zaman Saidina Umar banyak jabatan-jabatan ditubuhkan bagi mentadbir pentadbiran Negara, sudah tentu perkara ini tidak wujud pada zaman Rasulullah, tetapi ia tidak membataskan Saidina Umar melakukan penetapan beliau sendiri, sepertimana juga kisah penulisan al-Quran yang mana berpunca daripada ramainya huffaz terkorban di medan perang,  perletakan baris dan titik pada huruf di dalam al-Quran akibat perluasan kawasan pemerintahan dan penerimaan pelbagai lapisan masyarakat. Para sahabat benar-benar memahami bagaimana Islam itu harus berfungsi.

Zaman Khalifah Umayyah, Abbasiyyah dan Othmaniyyah, wujud banyak aliran pemikiran dalam Islam, sebagai contoh Muktazilah, dari situ lahirlah aliran Assyairah, perubahan zaman membawa perubahan pendekatan Islam.

Era Jamaluddin al Afghani pula yang mana umat Islam yang telah lama mengalami kemerosotan jiwa masih tersepit dengan arus barat. Pendirian umat Islam pada masa itu lebih menegetifkan apa yang datang daripada barat, masalah ini cuba dirungkaikan oleh Jamaluddin al-Afghani, antara hujah beliau bahawa ilmu itu neuteral dan datang daripada Allah, bukan daripada barat.

Di setiap zaman berlaku perubahan, di setiap zaman pelbagai masalah timbul sesuai dengan perubahan yang dialami oleh umat manusia. Kesemuanya menuntut umat itu berfikir (berijtihad) bagi menetapkan pendirian Islam dengan perubahan zaman tersebut. Umat lampau berjaya membawa Islam dengan baik.

Zaman Kini

Budaya tak mahu berfikir dalam fenomena arus perdana masakini bakal memberi impak Islam yang kita fahami sebagai sesuai setiap masa dan tempat tidak akan terlaksana, apalagi bersifat berserah dan bertaqlid, sudah tentu umat ini tidak kemana.

Berbeza dengan barat yang awal-awal menolak peranan agama dalam institusi kehidupan mereka, bebas berbuat sesuka hati samada natijahnya positif atau negetif, dengan cara itu (merujuk kepada latar sejarah mereka) barulah mereka mampu melonjakkan perubahan.

Segelintir umat yang melihat Islam (khususnya peranan ulama dekad awal-awal dahulu) tidak berfungsi malah terbuai dengan masa lampau (bertaqlid dengan aqwal ulama terdahulu) menyebabkan usaha kearah mengharmonikan Islam dengan perubahan semasa tidak berjalan telah mengambil tindakan drastik dengan mengimani barat.

Suasana ini terjadi bukan salah Islam, tetapi salah umat Islam yang lambat menangkap perubahan semasa dan tidak memadankan arus perdana itu dengan Islam.Kelemahan umat Islam menyesuaikan hal tersebut adalah kerana terlalu lama bertaqlid sehingga lemah mengeksploitasi akal .

Apalagi dewasa ini masih lagi ada golongan yang sentiasa berjuang menyeru kepada bertaqlid dan kembali kepada era pertangahan Islam. Mengambil fatwa atau pendapat ulama terdahulu amat bernilai buat kita, namun bukan semuanya sesuai, fenomena meletakkan kelemahan diri dan pengkudusan juga antara penyebab umat malas berfikir.

Maka kita akhirnya sukar untuk menyalahkan Muslim Sekularis secara total kerana mereka sebenarnya dalam kekeliruan mencari kemajuan, pemikiran mereka Islam itu mundur, ditambah gambaran gerakan-gerakan Islam yang dilihat ketinggalan arus perdana (hanya di masjid, perbincangan syurga neraka sahaja, apalagi soal cabang, anti-artis, tidak mesra teknologi dll ) berbanding gerakan konvensional lain menjadi punca pilihan mereka menjauhi Gerakan Islam.

Peranan Elit Agama

Disini penting peranan ulama, ulama yang menguasai zaman, Imam Suhaib Web ada menyebut ‘kita perlukan intelektual Islam yang mana bukan sahaja menguasai feqh, aqidah, berkaitan perkara fundamental agama bahkan mereka yang mampu membincangkan Darwinisme, Beyonce, David Beckham, Justin Bieber, (merujuk Negara beliau Amerika)’.

Perkara ini mengingatkan penulis kepada satu perbualan dengan Ayahanda Pekida di negeri bahagian utara Malaysia, ‘Gerakan Islam di Malaysia dah lain, dulu di pondok-pondok, hal agama sahaja, sekarang ada motorcross, mesra anak muda dan macam-macam lagi, ada perubahan’. Keberkesanan idea bernas membawa perubahan minda yang positif khususnya kepada golongan sekular melalui pendekatan yang menonjolkan Islam itu sesuai dengan zaman.

Gerakan seperti inilah yang amat diperlukan oleh umat, mendepani zaman tanpa menggadai Islam, bijak membaca situasi dan memberi solusi, Gerakan Islam seperti inilah yang membawa roh salaf, meletakkan Islam itu realistik dan sesuai di setiap masa dan tempatnya.

Disini kita dapat lihat peranan akal yang aktif akan melahirkan idea bernas bagi memartabatkan Islam berbanding mereka yang bertaqlid, umat Islam seharusnya mengeksploitasi akal kurniaan Allah semaksima mungkin, sudah tentu dengan landasan agama. Manusia itu mulia kerana akal, akal yang dipandu dengan kereta al-Quran dan Sunnah akan mencapai kebenaran insyallah.

“Jangan takut untuk berfikir melonjakkan perubahan”

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s