Congo, Uganda, Rwanda dan Malaysia

Krisis di Uganda memaksa kanak-kanak ikut berperang

Bismillahirrahmaanirrahim

Negara Afrika Tengah penuh dengan krisis yang tidak tahu bilakah penghujungnya. Negara-negara seperti Congo, Rwanda dan Uganda adalah sebahagian contoh yang meragut ribuan nyawa sejak krisis kemanusiaan berlaku.

Kebanyakan Negara-negara Afrika Tengah pada asalnya diperintah oleh banyak suku kaum, setelah tamat penjajahan, Negara mereka diserahkan kepada wakil penduduk tempatan yang proksi barat bagi mentadbir Negara.

Sedari itu pelbagai krisis timbul, antara isu yang terbesar adalah mengenai pelantikan pemerintah yang mentadbir Negara adalah bukan dari kaum mereka, perkara ini menimbulkan perasaan tidak puasa hati yang mencetuskan perang saudara.

Malah krisis juga timbul dari dalam, seperti pemberontakan tentera yang ingin mengambil alih pemerintahan yang sedia ada. Semuanya demi tampuk kekuasaan dan sumber ekonomi yang melimpah ruah.

Kebanyakan pemerintahan di Afrika Tengah bersifat kejam dan zalim, jika wujud unsur penentangan, pemerintah tidak akan mengambil masa yang lama memadamkan unsur tersebut iaitu dengan ‘bahasa’ bunuh.

Kanak-kanak terpaksa bergulat dengan peperangan demi sesuap makanan

Kaedah ini digunakan bagi kelangsungan kuasa mereka dan membataskan kebebasan rakyat. Penulis pernah berbicara dengan seorang senior ketika di Morocco dahulu, beliau ada menyebut tentang falsafah pemerintah kerajaan Morocco ‘ rakyat kita lakukan macam anjing, jangan bagi lebih, nanti naik kepala, bagi sikit-sikit dan akhirnya rakyat akan tunduk kerana berhajat kepada kita’.

Walaupun kesahihan khabar ini amat sukar dibuktikan, namun hakikat kebanyakan Negara dunia begitulah keadaan nya. Senarionya berbeza, tetapi matlamat dan tujuan nya sama, mengekalkan tampuk kekuasaan.

Jika di Afrika Tengah, cara keganasan digunakan, di Malaysia tidak kurang hebatnya, cuma cara yang diperlukan lebih dengan tipu daya dan kebijaksanaan akal.

Pemerintah sedia ada ini menyedari pendekatan kekerasan tidak berkesan diaplikasikan walaupun kadang-kadang mereka guna, merujuk kepada polarisasi penduduk, pihak hegemoni pemerintah mengeksploitasi dengan baik keadaan tersebut.

Mereka pertamanya  menyedari sebahagian besar penduduk di Malaysia adalah bangsa Melayu dan kebanyakan mereka adalah di kampung-kampung, kemudian mereka jalankan kempen demodenisasi pertanian membuatkan ramai berhijrah ke bandar mengejar peluang pekerjaan.

Peluang pekerjaan di sektor kerajaan di buka seluas nya kepada bangsa Melayu, kita boleh menyemak bagaimana kakitangan awam di Malaysia 2/3 adalah berbangsa Melayu. Maka amat mudahlah hegemoni sekarang mengawal bangsa Melayu yang akan menentukan kemenangan mereka.

Antara usaha mengawal orang Melayu yang kebanyakan kakitangan awam  adalah dengan mengenalkan polisi-polisi yang tidak dapat tidak orang Melayu terpaksa menyokong hegemoni yang sedia ada jika tidak mahu periuk nasi ataupun malapetaka menimpa diri mereka nanti.

Kekuasaan manusia tidak sampai kemana, angin perubahan mula bertiup kencang, suasana demokrasi yang masih boleh bernafas memberi peluang otak memperolehi oksigen sehingga kebenaran tidak mampu dibendung lagi.

Saat genting inilah pejuang kebenaran dan keadilan sehabis mungkin perlu memerah keringat fizikal dan mental menumbangkan kezaliman. Bangsa yang bijak adalah bangsa yang berani berubah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s