Tembok Berlin Dan Rakyat Buta

Di sebalik peperangan adalah kapitalis

Puan Rebecca memandang jauh di hujung tingkap. Mungkin sedang memikirkan nasib keluarganya yang belum tentu masa hadapan mereka. Kerut di dahi menandakan beban yang amat berat sedang ditanggung.

“ Ibu, kami ke sekolah dahulu ya” Hertling yang berumur sepuluh tahun bersama Ariane meminta izin. “ Jalan elok-elok, nanti terus pulang” Balas Puan Rebecca sambil redup memandang si anak berlari terus hilang dari pandangan.

Puan Rebecca mengenakan baju kulit keras dan kasut but tinggalan suaminya. Hollweg, suami Puan Rebecca yang tidak muncul sejak puluhan tahun yang lalu. Pada masa itu Puan Rebecca amat jelas mengingati saat akhir mereka bersama.

“ Arahan dari pihak kerajaan kepada semua kaum lelaki untuk keluar mempertahankan Negara” Itulah kata-kata Hollweg kepada Rebecca sebagai sebab kenapa dia harus keluar dan pergi mungkin untuk selamanya.

Rutin Puan Rebecca setiap pagi, usai anak-anak ke sekolah dia akan bersiap ke kilang arang batu. Sudah menjadi fenomena di Negara Jerman Timur di Era pemerintahan sosialisme ataupun selepas perang dunia kedua wanita-wanita keluar bekerja kerana spesis lelaki berkurangan akibat peperangan.

Antara mereka adalah Puan Rebecca yang terpaksa membanting tulang membesarkan dua orang anak yang mungkin faham keadaan ibunya, kerana di antara Hertling dan Ariane, mereka tidak pernah memberatkan ibunya sejak memahami hakikat mereka tidak berbapa lagi.

Suasana ini tidak asing bagi masyarakat Jerman pada masa itu, pertembungan diantara Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi yang memakan korban terbesar dalam sejarah perang manusia telah mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.

Suasana Jerman Timur yang dipimpin oleh Kuasa Komunis mengalami tekanan ekonomi yang teruk berbanding Jerman Barat yang mengamalkan dasar terbuka. Suasana ini mengakibatkan tenaga pakar mereka berhijrah ke Jerman Barat.

Hollweg, Rebecca dan ramai lagi masyarakat yang terlibat dalam peperangan tidak memahami apa sebenar yang terjadi, mereka hanya dimomokkan dengan kekuasaan bangsa, bangsa Aryan di Jerman harus dipertahankan kemuliaan mereka (seperti mempertahankan ketuanan Melayu).

Hakikat peperangan tersebut adalah peperangan perebutan kuasa, perluasan wilayah, penguasaan punca ekonomi, maka tidak hairanlah mereka seperti Mussolini dan Hitler beriman dengan ideologi Karl Marx ‘siapa yang kuat dia yang berkuasa’.

Begitulah keadaan rakyat yang dibutakan dengan retorika pemimpin, sedang pemerintah hanya mempergunakan rakyat membesarkan hegemoni kroni-kroni mereka. Selagimana rakyat ‘buta’, selagi itulah kita mudah dikotak-katikkan, rakyat harus ketepikan kata-kata manis politikus palsu yang tidak mampu mengotakan janji.

Apa kurang di Negara kita, rakyat juga dibutakan dengan ‘gula-gula’, lebih teruk memandang pejuang palsu kemerdekaan sebagai wira yang mengambalikan kedaulatana Negara, sejarah dipalsukan.

Sedih mengenangkan nasib bangsa bila senang dipergunakan, puncanya kerana buta mata hati, mata hati buta kerana tiada pengetahuan, selama mana mahu dicucuk hidung, cukuplah di zaman penjajah, kini rakyat perlu sedar ‘pagar sedang makan padi’.

“ Ibu….ada berita baik “ Hertling yang tercungap-cungap mendapatkan Puan Rebecca. Si Anak yang belum hilang lelahnya terus cuba bercakap “ Ibu, tembok Berlin dah Roboh”, air mata Puan Rebecca tidak dapat dibendung, beliau sedar, sinar baru akan muncul.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s