Rakyat, Seks Dan Bodoh

Bismillahirrahmaanirrahim

Moden, apa kah ukuran kemodenan? Sejak tanah Melayu ataupun kini Malaysia mencapai ‘kemerdekaan’ ramai di kalangan pemimpin, pesat menjalankan pembangunan. Saya yakin bagi kebanyakan mereka yang jelas-jelas mendapat pendidikan Inggeris (walaupun mulut berdegar-degar membela melayu konon) dan kini menjadi pemimpin negara telah dirasuk virus pemikiran.

Virus apakah itu? Itulah sekularisme. Mungkin ramai orang menganggap sekularisme itu adalah memisahkan politik dari kehidupan, itu yang biasa dengar, sebab banyak orang mengulang-ngulang tentang itu, tetapi jika diamati dengan lebih mendalam sekularisme itu jauh lebih luas.

Jika saya perkatakan soal sekularisme ia akan jadi panjang, bacalah buku Islam And Secularisme oleh Syed Naquib Al-Attas untuk anda lebih memahami.  Namun itulah akar permasalahan, dari asas itu maka lahirlah ‘worldview’ yang silap mengenai pelbagai macam perkara, sebagai contoh mudah ‘adil’, ia kini difahami dengan membahagikan sama rata sedangkan yang benar-benar betul adalah ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’.

Kita kembali melihat faham ‘kemodenan’, pemerhatian penulis, pemimpin negara Malaysia ini memahami ‘kemodenan’ itu dengan mengubah negara ini kepada negara industri, jika ingin maju ataupun moden adalah dengan pembangunan fasiliti. Bangunan sana sini, teknologi sana sini, namun pemikiran masyarakatnya, adakah maju dan moden?

Disitulah silap pemahaman terminologi ‘kemodenan’, oleh kerana pemimpin negara kita mendapat pendidikan Inggeris, maka pengaplikasian Inggeris lah yang diterap ke dalam negara ini, kemodenan dan pembangunan yang difahami adalah dengan meletakkan Inggeris sebagai kayu ukur.

Jika sejauh itu pemikiran pimpinan negara, maka boleh penulis katakan mereka tidak mempunyai pemikiran dan ilmu yang jauh, sempit malah disempitkan lagi dengan pemahaman barat yang salah, dijauhkan dengan sudut pandang Islam yang jauh lebih luas dan tepat pengertiannya.

Bukti jelas hanya fisikal negara berjaya di bangunkan tidak pemikiran bangsa adalah ketaatan tanpa berbelah bahagi walaupun pihak pemerintah melakukan kezaliman, seperti sokongan terhadap ISA yang tidak bertamadun itu yang jelas-jelas disalahgunakan, namun rakyat tetap mendokong dan tidak ber’ketik’ (berani walaupun sedikit) membantahnya.

Penarikan subsidi kerana kerajaan ingin mengurangkan defisit negara sehingga bebanan rakyat tidak tertanggung lagi walau dalam masa yang sama terus memberi dan tidak mengurangkan sedikit pun insentif kepada syarikat-syarikat besar yang menguntungkan sebahagian kecil orang . Namun sokongan tidak pernah berkurang dari rakyat dengan ketaatan yang hebat.

Banyak lagi contoh kekeliruan rakyat, kenapa semua ini boleh berlaku? Kenapa rakyat tidak mampu membezakan apa yang dilakukan oleh pemerintah itu adalah kezaliman? Malah terus memberi sokongan kepada pemerintah yang zalim itu? Lebih teruk rakyat menyokong pemerintah zalim atas asas rasisme. Itulah! Bukti pemikiran rakyat tidak dibangunkan, hanya fisikal negara kelihatan gah tetapi tidak rakyatnya yang mudah ditipu.

Perkara ini tidak membina negara bangsa atau tamadun, anda patut ‘meludah’ mereka yang bercakap pembinaan tamadun jika usaha kearah pencerahan minda dan pemikiran masyarakat tidak dibangunkan, apa yang jelas minda masyarakat terus dibodohkan dengan hedonisme dan cerita-cerita seks (seperti video fitnah) di dada akhbar, kerana memang sejak zaman-berzaman dua perkara ini menjadi punca kebodohan bangsa melayu.

Bangsa yang berani berubah adalah bangsa moden, golongan moderat, Islam bawa perubahan malah revolusi yang menjatuhkan Rom dan Parsi. Pencerahan hanya melalui ilmu, bangsa yang berilmu menifestasi kepada pembinaan tamadun.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s