Kita Hamba Di Bumi Sendiri

Bismillahirrahmaanirrahim

Isu perhambaan sudah jarang benar kita mendengarnya, mungkin kerana perhambaan sudah diharamkan pada zaman ini dan diwartakan di peringkat global sebagai menyalahi hak asasi manusia. Perhambaan adalah satu bentuk kezaliman.

Islam memang mengharamkan perhambaan, tapi proses yang diperlukan memakan masa yang panjang dan berperingkat. Kenapa perlu mengambil masa yang lama? Tidakkah cukup dengan satu nas sudah boleh mengharamkan perhambaan dalam sekelip mata?

Itulah sifat Islam, sesiapa yang tidak memahami bagaimana Islam itu berfungsi sudah tentu dia akan bersifat gelojoh dan ingin cepat mendapatkan hasil. Maalim Fi Al Tariq karangan Sayyid Qutb benar-benar cuba memberi kefahaman bagaimana Islam itu harus berfungsi (namun ada yang sibuk mencari kelemahan dari buku tersebut bagi menjustifikasikan penulisnya seorang yang lemah).

Islam bersifat realistik, Allah SWT maha agung dan maha mengetahui, suasana dunia sejak ribuan tahun sebelum diutuskan baginda Rasulullah lagi sudah sedia memakai sistem hamba, bagaimana permasalahan yang sudah berakar umbi dan berdarah daging bisa dicabut dalam sesingkat mungkin?

Kerana itulah prosesnya berlarutan walaupun baginda Rasulullah sudah kembali menghadap Allah dan sehingga ia benar-benar hilang dari muka bumi ini, banyak hadith-hadith baginda Rasulullah menyarankan pemerdekaan hamba menjadi pemangkin kepada penghapusan sistem hamba secara total.

Era Anglo Saxon

Saat penjajah bangsa kulit putih menakluki tanah jajahan, mereka ghairah dengan pembukaan dan penguasaan terhadap hasil mahsul bumi yang mereka jajahi. Mereka berebut-rebut menjadi tuan tanah khususnya golongan bangsawan atau orang kaya dari kalangan mereka.

Penulis suka melihat kasus perhambaan di Amerika. Setelah negara Amerika dijumpai oleh Cristopher Columbus, berbondong-bondong bangsa Anglo Saxon (orang kulit putih) di Eropah menuju ke Amerika, pada awalnya berlaku pembunuhan beramai-ramai golongan Red Indian dan kemuncaknya berperang sesama mereka ataupun mereka namakan sebagai ‘perang saudara’.

Dalam tempoh itu, bangsa Anglo Saxon yang diagungkan dengan ketinggian tamadun mereka telah memanfaatkan tanah jajahan mereka di negara-negara Afrika sebagai pusat membekal tenaga manusia untuk dibawa ke Amerika.

Bangsa kulit hitam dilayan seperti binatang, keringat mereka siang malam dipaksa bekerja untuk tuan tanah, mereka hanya diberi makan untuk hidup bagi meneruskan rutin harian mereka sebagai hamba bagi tuan-tuan tanah. Suasana mula berubah selepas tamat ‘perang saudara’. Bangsa kulit hitam kononnya diberi kebebasan sebagai orang awam biasa.

Saat itu bangsa kulit hitam tidak lagi dipelihara oleh tuan tanah malah mereka mula diberi gaji dangan satu jenis wang kertas yang benilai lima sen, yang mana wang kertas itu hanya laku di kedai tuan-tuan tanah.

Perkara ini memaksa golongan kulit hitam membeli bahan asasi mereka di kedai tuan-tuan tanah, namun tuan tanah tidak memberi jalan mudah, tuan tanah menaikkan harga sehingga memaksa golongan kulit hitam ini berhutang dan mencapai angka yang mustahil untuk dibayar.

Golongan kulit putih hanya berselindung disebalik ‘kebebasan’ yang diberi kepada bangsa kulit hitam kononnya mereka adalah pembela hak asasi manusia, dalam masa yang sama telah mencipta sistem yang memaksa kulit hitam itu akhirnya kembali bekerja buat selama-lamanya di ladang tuan tanah.

Dewasa Ini

Jika kita sedar, dunia yang sedang kita hirup udaranya saat ini ,juga mengamalkan sistem yang memaksa kita selama-lamanya menjadi pekerja. Kita dikawal oleh kepala-kepala pemodal, harga barangan dikawal oleh mereka, dengan menaikkan harga barang, masyarakat terpaksa untuk terus bekerja bagi menyara kehidupan.

Namun pemodal-pemodal (kapitalis) ini tidak memberi jalan mudah bagi masyarakat yang bersungguh-sungguh bekerja memperolehi kesenangan sepertimana mereka kecapi, maka disinilah pentingnya peranan kuasa pemerintah untuk diperalatkan dengan mengenakan pelbagai syarat, akta atau polisi yang menekan rakyat. Hasilnya mereka diberi imbuhan-imbuhan yang mengabui mata sehingga lalai menjaga kebajikan rakyat.

Islam yang membebaskan kita dari perhambaan satu ketika dahulu, dengan penuh yakin penulis nyatakan Islam juga yang akan membebaskan kita dari belenggu ini, khususnya di negara tercinta Malaysia. Umat Islam harus sedar langkah mengubah sistem terlalu panjang perjalananya, oleh itu ia perlu bermula seperti langkahan kita menaiki tangga, jangan berlari ditangga akibatnya jatuh.

Dalam konteks di Malaysia, apakah prioriti yang harus didahulukan, gagal mengenal pasti perkara ini, langkah yang kita lalui akan menjadi songsang dan tidak stabil. Penulis menaruh harapan yang tinggi dan mencurahkan dokongan kepada gerakan Islam bagi mengepalai usaha mengubah sistem di negara ini Insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s