Minum Air Basuhan Kaki

Bismillahirrahmaanirrahim

Anda pernah dengar TULAH? Ya! itulah perkara yang ditakuti oleh bangsa melayu, khususnya ketika berhadapan dengan raja-raja mereka.

Mereka yang terkena tulah dikatakan akan menghadapi penyakit kaki gajah, penyakit itu akan mengakibatkan kaki si mangsa membesar, untuk mengubatinya hanya dengan meminum air basuhan kaki raja.

Melalui konsep inilah rakyat marhaen terutama pada zaman feudal dahulu tidak berani menderhakai raja. Setiap perintah harus ditaati.

Lebih menghairankan penulis, bagaimana orang putih yang menjajah Tanah Melayu dan memperlakukan sesuka hati kepada raja-raja Melayu tidak terkena tulah dan masyarakat Melayu tidak mahu memikirkannya.

Sudah tentulah mereka lebih kurang ajar daripada bangsa Melayu, bukannya tahu adat  tempat orang, hakikatnya mereka tetap juga kebal dari tulah raja.

Dari sinilah penulis mula sangsi kebenaran tulah raja ini, masakan bangsa melayu sahaja yang lut dengan tulah tetapi tidak orang putih, mereka juga manusia seperti kita.

Penulis rasakan seolah ada satu konspirasi jahat golongan atasan yang mereka-reka konsep tulah, konsep ini dieksploitasi demi menjaga kepentingan sesetengah pihak dan meneruskan legasi penguasaan kekayaan.

Itu cerita lama, mungkin tak ramai yang pernah dengan perkataan tulah tu lagi, pengamatan penulis wujud ‘tulah moden’ dalam dunia masakini. Tulah itu adalah isu perkauman.

Bangsa kita dimomokkan dengan isu perkauman, jika parti yang dianggap membela bangsa melayu selama ini gagal dalam pilihanraya, maka negara ini akan diperintah cauvanis cina.

Oh…!!! bangsaku, cukuplah dahulu kita diperdaya mempercayai tulah raja, kini ingin ditipu dengan isu perkauman, bagaimana bangsa lain bisa memerintah negara ini sedangkan dalam parlimen sendiri pun non-malay sudah dihadkan kerusi.

Katakanlah kesemua kerusi dimenangi oleh non-malay sekalipun, selagi ketetapan itu tidak ditukar, sampai kiamat pun mereka tidak boleh memerintah.

Oleh kerana akal bangsa melayu kita ni lemah, mudah terpedaya, tertipu, mudah lupa, malas membaca dan ‘suka tongkat ali’ maka, kita melihat ditakuk itulah orang melayu, takut untuk berubah.

Penulis salut dengan atuk dan nenek penulis, mereka punya pemikiran kritis, setiap kali menonton di saluran perdana, pasti komen mereka menyalahi apa yang disiarkan, penulis sendiri bingung atas asas apa mereka mampu berfikir sebegitu.

Penulis senang hati masih punya bangsa melayu seperti ini dan penulis yakin sebenarnya masih ramai di luar sana yang bijak dan tidak mudah ditipu, sedarlah hanya diri kitalah yang menentukan akal ini samada dibijakkan atau dibodohkan.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s