Kedaulatan Kotor

Bismillahirrahmaanirrahim

Saya selalu mendengar pujian buat Tun Dr Mahathir, orang bijak, orang pandai, bela bangsa Melayu, memajukan ekonomi bangsa dan lain-lain lagi. Saya pernah dengar  seorang pelajar tinggi pengajian Islam yang sedang menyiapkan Phd nya memuji-muji Tun Dr Mahathir.

Saya tak kisah orang nak memuji sesiapa yang dia suka, itu hak kebebasan yang menjadi kesalahan jika kita menghalangnya.  Cuma suka saya ingin menegur tentang dasar Federalisasi yang diasaskan pada zaman Tun dan diteruskan legasinya sehingga kini.

Bagi yang pertama kali mendengar dasar Federalisasi ini ia adalah sebuah dasar yang menuntut hasil kekayaan negeri di seluruh Malaysia dikumpul dan dilonggok kepada kerajaan pusat, dari situ barulah hasil kekayaan yang terkumpul akan diagihkan kepada negeri mengikut kadar yang disukai oleh kerajaan pusat.

Hasilnya kita dapat lihat pembahagian yang tidak adil, ada negeri yang sepatutnya mendapat peruntukan yang besar sesuai mengikut keperluan negeri tersebut telah dinafikan hak mereka begitulah juga sebaliknya. Kita boleh andaikan penafian tersebut atas sebab perseteruan antara parti politik yang diwakili oleh pihak kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang diperintah pembangkang, itu biasa bagi sebuah negeri kelas dunia ketiga seperti Malaysia.

Pada awalnya saya agak keliru kerana terdapat beberapa negeri yang jelas menjadi pro kerajaan namun agak mundur dari sudut ekonomi dan infrastruktur tidak mendapat agihan yang besar, mengikut logik kerajaan seharusnya memberi dana yang besar bagi negeri yang menjadi pro mereka, dana tersebut sebagai menzahirkan rasa terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, tapi saya silap, politik kerajaan sekarang cukup kotor dan busuk, politik penuhkan tembolok dengan harta haram hasil rampasan dan rompokan hak rakyat.

Dana yang kecil malah tidak mencukupi untuk membangunkan negeri akan menjadikan negeri tersebut kekal di takuk yang lama, sudah tentu penduduk negeri itu akan malu dipandang sebagai rakyat negeri miskin padahal kebanyakan negeri miskin di Malaysia mempunyai hasil mahsul yang kaya raya seperti petroleum dan kayu balak.

Kini saya faham dan sedar kenapa pembahagian dilakukan sedemikian rupa, negeri-negeri miskin di Malaysia ini dikekalkan terus miskin supaya rakyat yang miskin bergantung harap kepada kerajaan, nak buka sekolah harapkan bantuan kerajaan, nak berkebun harapkan baja kerajaan, apa sahaja semua bergantung kepada kerajaan, mereka sedikit pun tak berani bantah takut nanti bantuan-bantuan akan ditarik. Mereka jelas seperti lembu dicucuk hidung menurut apa sahaja. Itulah politik kotor sekarang.

Sehebat mana pun Firaun tenggelam juga ditelan laut, sehebat mana pun Namrud mati di tangan nyamuk, dan saya yakin kerajaan seperti ini tidak kemana, kalau semua rakyat bersatu hati tekadkan matlamat, nyahkan sahaja dari bumi Malaysia ini sudah tentu tiada lagi orang akan memperbodohkan rakyat sendiri . Rakyat harus bangkit menentang kedaulatan kotor ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s