Suami Curang Isteri Bebal

Bismillahirrahmaanirrahim
Negara dibisingkan dengan isu Mat Sabu kata Mat Indera yang serang pasung bunuh anggota keselamatan yang jadi tali berut kepada penjajah pada masa tu sebagai pejuang kemerdekaan, mungkin orang Melayu jelas memang susah kehidupannya, ini menjadikan mereka berkhidmat dengan British.

Namun Mat Indera orang yang punya maruah, punya maklumat, punya kepandaian dan sedar rezeki itu Allah yang bagi, tak mudah dia menjual diri mencari rezki dengan penjajah malah lebih dari itu menolong bangsa mengembalikan kedaulatan mereka dengan menggadai jiwa dan raga beliau dalam perjuangan.

Saya tak menganggap menjadi kesalahan kepada Mat Indera memilih PKM sebagai platform menghalau penjajah dari bumi yang dia cintai, PKM lah satu-satunya kumpulan yang berjuang menggunakan senjata moden, berjuang guna keris menentang Inggeris ibarat orang mati pucuk sembang lebat depan jantan ada anak 13 orang, habuk pun tak guna (fikir-fikirlah sendiri).

Waqi’ atau suasana pada masa itu memang membenarkan dia memilih jalan dan cara tersebut, bagaimana nabi Yusuf menjadi menteri dalam kerajaan kafir tidak menjadikan dia terpesong dari jalan kebenaran malah memberi manfaat kepada kebanyakan umat, begitulah perjuangan Mat Indera yang memberi benih-benih kemerdekaan kepada tanah air kita.

Isu ini timbul di kala umat Malaysia menyambut bulan raya dan kemerdekaan, bagi orang yang bukan sahaja membaca sejarah dari ‘pengkhianat negara’ tetapi menjangkaui hasil kajian yang lebih mendalam sudah tentu bengke’ menahan perasaan hasil penipuan dan berat sebelah sejarah yang jelas-jelas menjaga kepentingan setengah pihak, tujuanya agar hegemoni mereka tidak diancam.

Bayangkan jika sejarah menceritakan siapakah sebenar pemerintah yang memerintah Negara ini, sudah lama mereka ditolak dan ditendang oleh rakyat, ibarat si suami yang berlaku curang akhirnya terbongkar kisah kecurangan itu, bukan sahaja si isteri meminta fasakh malah keluarga mertuanya menghalau dan bapa mertua pula menembak si suami tadi dengan senapang patah.

Namun ada sesetengah isteri tidak akan bertindak begitu, dengan mudah dia akan memaafkan suaminya itu demi cinta yang dipasak lama dalam diri si isteri sehingga buta menilai kebaikan dan keburukan, jika si suami insaf saya kira memang patut isteri maafkan tapi dek kalis melakukan dosa sehingga perkara itu dilakukan berulang-ulang maka yang buta dan bodoh adalah isteri.

Konteks Negara, kecurangan, keterlanjuran, keperkosaan, kerogolan, pengkhianatan bukan lagi tersilap atau tidak disengajakan, tetapi dengan angkuh melakukan perkara terkutuk terang-terangan dihadapan rakyat, lihat sahaja pembelian kapal perang TLDM dengan nilai harga 850% sebiji dengan menggunakan wang rakyat, sedikit tak rasa bersalah dengan rakyat yang makan sehari pun belum tentu kenyang.

Kenapa Negara lain boleh membeli kapal yang sama dengan harga yang lebih murah kita pula membazirkan wang yang banyak, bukankah jika dijimatkan banyak manfaat yang rakyat perolehi, manfaat…? Rakyat dapat manfaat…? Kalau ada duit lebih bukan rakyat yang rasa, tembolok konglomerat lah makin besar, buktinya subsidi rakyat kena tarik intensif koparat dikekalkan (entah-entah ditambah).

Jadi… bangsa Melayu, sudah-sudahlah kita ditipu, kecurangan berlaku di depan mata, ibarat si isteri balik rumah tengok-tengok si suami dengan betina lain dalam bilik tidur, kalau si isteri kata “ tak apa…abang teruskan, sayang buat-buat tak nampak je” samalah macam lembu tengok betina dia kena main dengan jantan lain, tak ada rasa apa-apa, betapa hina bangsa Melayu macam ni. Fikir-fikirkanlah bangsaku.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s