Kenapa Sungai Rajang Kuning Airnya?

Balak-balak di alirkan melalui sungai

Bismillahirrahmaanirrahim

Masa kecil dahulu, saya suka tengok gambar-gambar negeri di seluruh Malaysia, malah gambar negara-negara diseluruh dunia, mungkin dari situlah berputik cita-cita nak belajar di luar negara dan sekarang saya dah selesai meninggal negara orang.

Antara gambar-gambar yang saya tengok dan masih ingat adalah sungai Rajang, bila sahaja negeri Sarawak, sudah tentu latar sungai dan bandar di pinggiran sungai, masa tu saya kecil dan saya masih ingat sungai tu memang kuning warnanya.

Sampailah saya di umur sekarang dan punya anak kecil, sungai tu kekal begitu warnanya, adakah memang sungai Rajang sejak kejadian alam ini memang dicipta kuning begitu warnanya? Saya rasa sudah tentu tidak, air sifatnya seperti air, bukan seperti telur kuning yang dipukul untuk buat cream puff.

Sehinggalah saya temui jawapannya dalam buku cerpen Almarhum Azizi Abdullah (selayaknya inilah sasterawan negara) yang bertajuk anak belantara, Pak Shukor atau Dinsman dalam kolum dia di Harakah ada menyebut Azizi Abdullah pernah menetap bersama orang pedalaman Sarawak untuk merasai sendiri kehidupan mereka dan mencari ilham menulis novel yang sedang saya habiskan bacaannya.

Punca sungai Rajang bewarna kuning kerana pembalakan yang berlaku sejak sekian lama di hulu sungai tersebut, mungkin di Uma Bawang atau di mana-mana lagi kawasan yang jauh dan tak pernah bermimpi kita nak pergi atau langsung tak ada nafsu nak ke sana, namun bagi cukong-cukong yang dapat lesen besar dari orang-orang politik yang dapat komisen, bukan kata belantara, lautan api mereka sanggup redah kalau bagi untung besar.

Cuma yang dizalimi sudah tentu orang-orang asal yang berada disana, dah la hidupnya bergantung dengan hasil hutan, makanan mereka juga dari hidupan di belantara, setiap batang balak yang tumbang sudah berapa kilometer binatang seperti babi, ayam hutan, kancil, napuh melarikan diri, sejauh itu jugalah golongan asal ini perlu masuk kedalam hutan mencari tempat baru.

Pembalak-pembalak yang jauh dari bini, tinggal di rumah kongsi bersama rakan sejenis sudah tentu sakit kepala menahan keperluan biologi sehingga akhirnya yang menjadi mangsa golongan asal di hutan, begitulah teruknya kisah-kisah yang amat jarang golongan politikus nak ambil tahu kalau tak memberi keuntungan politik, syukur lah kini ada kalangan ahli politik celik telah menjangkaui politik sempit yang diajar tali barut penjajah, tahniah.

Jika rakyat Sarawak dan Sabah mengalami pencerahan hasil bantuan guru-guru yang dipelosokkan kesana, pasti generasi akan datang akan melihat sungai Rajang kembali jernih yang tidak mungkin generasi kini terfikir sungai itu akan seindah itu nanti.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

2 thoughts on “Kenapa Sungai Rajang Kuning Airnya?

  1. menurut mak sy, air sungainy memang jernih, namun hanya slps awal thun 90an pencemran belaku. sy masih ingat cikgu sy mnceritakan tnetnag kegiatan pmbalakn di swk yg dianggap sanagt rakus. kayu kayan diteroka tanpa ada piawaian alam sekitar pun.juga mengenai massalah hakisan tanah di tebing yg ad ay lihat ulasanny di tv. Pkck sy juga selalu ceritakan tntang staf forestry yg dilihat mewah mungkin ad mengambil rasuah drpd tauke2 balak durjana yg dibela oleh krjaan negeri yg dianggap kroniny. sy suka mndengar ckgu sy berceloteh mengenainy walaupun sy adalah budak sekolah rendah yg masih mentah lagi. Setiap kali pulang drpd sklah, sungai rajang & hutan di seberang yg sy suka pandang. membesar di daerah kapit yg dikelilingi huatn belantara dan gunung ganang menyebabkn sy sealu berfikir akan masa depannya. ditambah pula dgn projek mega embangan bakun di hulu sungainy yg akan telah siap skrg, mungkin ad memberi kesan dari pelbagai aspek. walaupun sy baru menyedari yg ibu ayah sy yg sebenar mungkin bukan berasal dari daerah pedalaman ini, hati sy tertanya-tanya?????. ap yg mak ayah sy buat di cni? ayah sy jauh berkelana ke swk tinggalkn anak isteriny utk berkerja disini ( kalau x silap di miri ), namun bagiman blh smpai ke daerah ini. sy sayangkan ayah & berharap dpt kenal dgn merka berdua. dgn asbab mereka sy lahir ke dunia walaupun dibesarkan oleh orang lain. Hanya Allah yg tahu persaan sy tatkala byk dilema yg dihadapi mgjangkau usia dewasa (skrg20an). semoga doa suci yg dipnjatkn Allah tidak sia-siakn & Allah perkenankan di dunia & akhirat. SubhanAllah. Aamiiin.

    • Anak Sarawak perlu ada yang mobilisasi menjernihkan kembali sungai Rajang. Tolak orang politik yang memberi cukong-cukong lesen merosakkan hutan disana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s