Buletin Rakyat Sungai Siput : Satu Ulasan Ringkas

Bismillahirrahmaanirrahim

Parti Sosialis Malaysia (PSM) khususnya kawasan Parlimen Sg Siput di bawah tanggungjawab Dr Jayakumar telah mengambil pendekatan bijak dengan menerbitkan Buletin Rakyat Sg Siput dengan edaran percuma. Ianya bukan sahaja memudahkan masyarakat di Sg Siput mengetahui apa yang berlaku di kawasan mereka malah memberi info mengenai perjuangan PSM dalam memperkasakan kedaulatan rakyat.

Penerbitan ini bermula selepas Dr Jayakumar memenangi Parlimen Sg Siput di mana disitu menjadi kubu kuat MIC sebelum ini, antara isu-isu yang diketengahkan di dalam buletin ini seperti isu tanah, perumahan, kebajikan, kemudahan asas, tunggakan pinjaman, dan pelbagai masalah lain lagi. Semuanya menumpukan kepada aspek pembelaan hak rakyat, ianya sesuai dengan ideologi perjuangan PSM yang membumikan kuasa rakyat.

Disini PSM telah menggunakan medium koran sebagai cara mempublisitikan pertubuhan mereka demi meraih sokongan rakyat sepertimana parti-parti lain juga, cara ini bertepatan dengan perjalanan politik Negara kita. Namun, demi meraih hati rakyat, buletin yang dikeluarkan secara berkala ini perlu memaparkan gambar-gambar rakyat  berbilang kaum supaya terelak dari dilihat bias kepada satu-satu kaum sahaja.

Yang lebih menarik, buletin ini juga menyiarkan bagaimana perjalanan kes-kes yang dikendalikan mereka berlaku,  bermula dengan mengumpulkan kes, kemudian perbincangan diadakan bersama pengadu, seterusnya membawa kes tersebut ke pihak yang bertanggungjawab, jika perlu dipanjangkan, PSM akan kemukakan kepada kerajaan pusat seperti kes tuntutan hak pekerja dihadapan pejabat Perkeso.

PSM melalui Buletin ini mengambil pendekatan mempopularkan kes-kes yang berjaya mereka selesaikan, melalui cara ini masyarakat akan lebih meyakini dan mempercayai melalui PSM masalah mereka mampu diselesaikan. Antara kes yang telah berjaya adalah seperti Kemenangan Peneroka KTM Sg Siput Perak.

Juga diwar-warkan hujahan Dr Jayakumar di Parlimen, cara ini sekali lagi mampu mengukuhkan keyakinan rakyat kepada PSM yang mana suara rakyat Sg Siput memang dibawa dan diutarakan di Parlimen, ini memberi kredit kepada Dr Jayakumar untuk terus kekal bagi penggal berikutnya. Mesej dan tujuan nya mudah, perjuangan membela rakyat akan terus mendapat sokongan rakyat.

Dapat disimpulkan, melalui buletin yang ringkas, menarik, percuma dan memaparkan isu rakyat, ianya sudah cukup untuk memaut hati masyarakat bagi mengenali PSM dengan lebih dekat. Cara pesembahan seperti ini dilihat mengaplikasikan pendekatan “ tak kenal maka tak cinta “, sudah jatuh cinta, undi rakyat adalah untuk PSM.

Kajang Utama,

20/9/2011,

9:58 PM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s