Iran Vs Saudi : Penilaian Sosio Politik

Bismillahirrahmaanirrahim

Dekad 70 an adalah arus kebangkitan Islam seluruh dunia, pelbagai faktor yang diteliti oleh penulis-penulis seperti Jonh L Esposito, Muhammad Abu Bakar dan lain-lain lagi mendapati antara faktor terkuat adalah kejayaan revolusi Iran.

Iran dibawah gerakan yang dipimpin oleh Ayatullah Khoemaini dibantu oleh cendekiawan seperti Ali Syariati telah membuahkan kejayaan apabila rakyat mula memberi respon dengan seruan-seruan yang dibawa mereka.

Tema besar yang dibesar-besarkan dalam revolusi tersebut adalah Anti Barat. Tema ini telah dapat menarik sebahagian masyarakat Iran yang mana mereka sebenarnya memang terkenal dengan kuat beragama dan menghormati ulama.

Kejayaan itu telah membuka mata seluruh dunia, khususnya gerakan-gerakan Islam. Kejayaan itu bukan sahaja dilihat sebegai kejayaan menggulingkan kerajaan yang tidak Islamik bahkan yang lebih besar adalah kejayaan menolak kuasa besar barat iaitu Amerika.

Perkara ini menjadi polemik yang kuat pada masa itu, ia juga memberi inspirasi kepada gerakan Islam seluruh dunia bahawa umat Islam sebenarnya mempunyai kekuatan menentang kuasa besar dunia.

Bertitik tolak dari situlah ramai di kalangan gerakan-gerakan Islam ini mengambil langkah mempelajari pendekatan yang digunakan oleh Ayatullah Khoemaini sehingga mampu menumbangkan sekutu barat dibawah pemerintahan Shah Iran, samada mereka ke Iran mempelajarinya dari sana ataupun menjemput tokoh-tokoh revolusioner Iran ke Malaysia memberi pidato.

Timbul pertanyaan kenapa Iran menjadi pilihan gerakan-gerakan Islam sebagai inspirasi mereka dan bukan Saudi Arabia?, sedangkan jika diteliti dengan baik Saudi Arabia lah satu-satunya negara yang mempraktikkan hudud dan boleh memberi contoh kepada umat Islam di negara lain untuk mengaplikasikan nya.

Penulis mendapati dua faktor kenapa Iran menjadi Inspirasi kepada kebangkitan gerakan Islam seluruh dunia dan bukan Saudi :

1- Hubungan diplomatik Saudi dan barat

2- Kejayaan Iran menolak sepenuhnya pengaruh barat

Dua faktor inilah bagi penulis telah melonjakkan Iran sebagai sumber kekuatan gerakan Islam di seluruh dunia, namun satu interpertasi harus diubah oleh kebanyakan masyarakat Islam khususnya di Malaysia mengenai menjadikan Iran sebagai inspirasi bukan bermakna memperakui aqidah Syiah yang merek amalkan.

Gerakan Islam di seluruh dunia tidak ada yang menukar aqidah perjuangan mereka dari ahlu sunnah wal jamaah kepada syiah apabila menjadikan Iran sebagai inpirasi mereka. Cukup jelas, hanya dari aspek gerak kerja dan semangat sahaja yang dijadikan sandaran oleh gerakan-gerakan ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s