Belajar Dari Sosialis

Bismillahirrahmaanirrahim

Tulisan ini adalah rentetan dari pemerhatian penulis berkaitan politik dan gerakan Islam semasa. Skop perbincangan ini menjadi tarikan kepada pengkaji-pengkaji seluruh dunia. Tumpuan dunia beralih kepada timur (Islam) selepas kejatuhan sosialis dengan simbolik keruntuhan tembok Berlin di Jerman.

Tamat perang dunia kedua berlaku perang dingin (Cold War), USSR dan Nato adalah  dua kuasa besar yang saling menyaingi antara satu sama lain, aspek besar dalam perang tersebut adalah dari sudut ideologi ekonomi mereka, USSR mewakili ekonomi sosialis manakala Nato ekonomi kapitalis.

Kejatuhan Das Kapital boleh dirujuk dalam tulisan Leon Trotsky, seorang pengasas dasar sosialisme. Sejak itulah dunia dikuasai oleh kapitalis. Dalam setiap aspek dan dimana negara sekalipun, kini mengamalkan sistem kapitalis. Prof Umer Chapra telah membahaskan kepentingan world view (fikrah) sebagai asas ekonomi Islam, tanpa asas ini, sebaik mana pun ideologi yang difikirkan sudah tentu tidak dapat bertahan lama.

Begitulah yang dapat dilihat dalam pengamalan ekonomi rekaan manusia baik kapitalis mahupun sosialis. Namun dalam beberapa sisi, ideologi sosialis boleh diamalkan dalam sistem ekonomi Islam, penulis melihat dari sudut keikhlasan ideologi ini mempertahankan hak rakyat, oleh kerana golongan yang tertindas biasanya rakyat maka tidak salah bagi gerakan Islam mempelajari pendekatan sosialis dalam mempertahankan hak rakyat.

Penulis melihat masalah yang dihadapi oleh gerakan Islam dalam memperoleh sokongan rakyat kerana kelemahan dalam menekankan kehendak dan keperluan rakyat, gerakan Islam dibentuk dalam dogma seputar keagamaan dan negara Islam. Tema keagamaan dan khususnya negara Islam tidak menarik minat kebanyakan rakyat yang rata-rata merasai kesusahan, sifat manusia yang sentiasa menuntut hak mereka akan cenderung kepada mana-mana yang mampu memberi solusi kepada masalah hidup mereka.

Amat tepat masa dan keadaan nya, gerakan Islam yang mempunyai ahli teramai di Malaysia memperkenalkan corak perjuangan yang baru apabila memperkenalkan pendekatan Negara Berkebajikan. Perkara ini tidak memerlukan penerangan yang meluas, cukup dengan dua perkataan tersebut, ramai orang sudah mampu membayangkan corak yang ingin dibawa oleh gerakan Islam ini.

Penulis tidak menolak agenda negara Islam dan tujuan menegakkan syariat-syariat Islam itu harus diketepikan, agenda tersebut menuntut usaha yang besar bagi memahamkan masyarakat, bukan sahaja kepada non-muslim malah kepada umat Islam sendiripun yang selalu keliru dan dipesongkan kefahaman mereka oleh golongan nasionalis sesat.

Islam mengajar kita tindakan yang diambil harus berperingkat, mungkin untuk peringkat sekarang pendekatan membela suara rakyat harus diutamakan, bukan sahaja bagi meraih sokongan mereka (oleh kerana negara kita mengamalkan demokrasi pilihanraya) malah sebenarnya aktivis-aktivis gerakan Islam harus memahami mempertahankan hak manusia adalah asas dalam sebuah negara Islam, mempertahankan hak manusia lain adalah jihad, oleh itu perjuangan sekarang adalah perjuangan mencapai redha dan cinta Allah, perjuangan kita perjuangan Islam.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s