Kuasa Suara

Bismillahirrahmaanirrahim

Imam Abu A’la al-Maududi dalam buku Hak Asasi Manusia Dalam Islam menyebut bahawa kebebasan bagi seorang manusia itu dalam sebuah negara adalah kebebasan berfikir dan bersuara, namun sesuatu yang difikirkan dan disuarakan hendaklah menjaga maslahah dan menjauhi mafsadah.

Islam menyediakan bentuk kebebasan yang lebih baik dari barat, kebebasan yang disyorkan barat melangkaui batas normal manusia, sepertimana dalam kes kahwin sejenis yang mendapat kelulusan atas sebab kebebasan peribadi yang tidak boleh diganggu-gugat.

Namun sejaumana kebebasan itu dikecapi di negara-negara anda? Ada yang ingin bersuara terus dibuang kerja, bersuara ditukar ke ceruk pedalaman,  bersuara ditembak, bersuara ditangkap, bersuara dipenjarakan, dan pelbagai lagi. Dapatlah dianalisis disini kuasa suara cukup berbisa sehingga tindakan-tindakan itu dikenakan.

Aspek implikasi apabila suara disekat adalah pemikiran tersekat. Timbul di benak ” untuk apa aku berfikir tanpa dapat menyuarakan pendapat “. Perkara inilah yang membantut perkembangan mahupun kemajuan sesuatu bangsa. Manusia takut untuk berfikir dan menyatakan pendapat bimbang diambil tindakan.

Bangsa itu dipaksa menerima buah fikiran dari satu hala sahaja iaitu mereka yang mempunyai kuasa, jika si penguasa nya cerdas maka cerdaslah negara itu harapnya, jika sebaliknya, tunggulah kemerosotan dan keruntuhan bangsa tersebut. Di kebanyakan negara dunia pemimpin yang berkuasa adalah melalui jalan yang kotor seperti peperangan dan korupsi, keadaan ini sudah tentulah membimbangkan kerana pemimpin itu belum tentu cerdas minda mereka.

Bangsa yang tidak ada inovatif membangunkan negaranya hanyalah bangsa pak turut ataupun bangsa taqlid, bangsa yang hanya ikut dan menuruti apa sahaja keputusan yang diputuskan tanpa ada bantahan dan bangkangan walaupun terdapat kesalahan, malah yang lebih teruk apabila sesuatu bangsa itu tidak lagi merasai kewujudan ‘silap’ dalam keputusan tersebut dek lama bertaqlid.

Sejarah kejumudan Islam bermula dari fungsi akal disekat, umat Islam dituntut bertaqlid dan dilarang dari berijtihad, sehinggalah akhirnya umat Islam ditindas dan ketinggalan berbanding barat khususnya. Kita tidak mahu umat Islam dipandang umat yang ketinggalan dan keterbelakang, oleh itu penulis menyeru supaya kita jangan takut untuk bersuara.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s