Kenapa Revolusi?

Bismillahirrahmaanirrahim

Di kebanyakan negara dunia, aktiviti revolusi seperti berpiket, mogok atau demonstrasi adalah gerak kerja yang senantiasa dilakukan. Mereka mengambil jalan seperti itu kerana pihak pemerintah biasanya tidak mahu menghiraukan suara mereka pada awalnya.

Revolusi juga boleh diketegorikan mengikut gerak kerja yang mereka lancarkan, seperti di Cuba sebagai contoh, mereka lebih mengetengahkan revolusi bersenjata, kemungkinan sesuai lah dengan suasana dan corak sosio masyarakat mereka, berbeza di Indonesia yang lebih menggunakan demonstrasi jalanan sebagai jalan revolusi mereka.

Walau apa pun corak perjalanan revolusi yang diamalkan oleh setiap negara di dunia ini, ia tetap mempunyai asbab pemangkin tercetusnya revolusi itu tadi. Dua perkara yang boleh penulis sebutkan disini berkaitan punca revolusi ialah, massa yang marah dan golongan elit yang besar kepala.

Massa atau masyarakat akan marah apabila hak-hak mereka tidak dipenuhi atau diganggu, seperti isu kemiskinan, pendidikan dan korupsi pemerintah yang mengakibatkan penderitaan rakyat, samada desakan kepada pemerintah melalui memorendum, ceramah dan forum, golongan massa juga tidak akan teragak-agak berkampung di jalan raya.

Golongan elit yang besar kepala biasanya tidak pernah menghiraukan penderitaan rakyat, malah mungkin ada yang tidak pernah turun menjenguk rakyat, sifat angkuh dan takabbur inilah selalunya menjadi saham kepada pihak yang akan merampas tampuk kekuasaan mereka samada dari pihak pembangkang atau orang dalam yang terliur dengan kedudukan terbabit.

Bagi merealisasikan kejayaan yang diharapkan, setiap anggota revolusi harus memberi komitmen yang tinggi jika ingin melihat desakan-desakan mereka ,mencapai kata putus dari pihak kerajaan. Selagi mana dua faktor atau punca kepada penentangan yang disebutkan  tadi terus dimainkan sentimennya, sudah tentulaha ramai yang akan menyambut suara revolusi rakyat ini.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s