Libya : Satu Analisis Ringkas

Bismillahirrahmaanirrahim

Libya, sebuah Negara bekas jajahan Italy, pada era itu penduduk Libya diperlakukan seperti binatang oleh penjajah, wanita dirogol, anak kecil dibunuh, remaja disembelih, dan pelbagai seksaan dikenakan kepada mereka.

Hakikat sebuah penjajahan, begitulah rupa dan keadaannya. Libya juga mencatat sejarah apabila punya tokoh terbilang sehingga digelar barat sebagai The Lion Of The Desert, siapa sangka Negara yang kelihatan kontang ini mampu melahirkan pejuang terbilang ini, beliau adalah Omar Mokhtar.

Sunnah manusia sebagai makhluk, setiap yang hidup pasti akan mati, Omar Mokhtar akhirnya menuju ke tali gantung selepas berjaya ditangkap hidup-hidup oleh tentera Italy, hayatnya berakhir di tali gantung.

Saya cukup terkejut apabila dikhabarkan, saat Omar Mokhtar digantung, ada sosok kecil yang melihat hari kejadian tersebut yang akhirnya ditabal menjadi Presiden Libya, beliau Muammar Gaddafi, mungkin kejadian ketika itu mengajar Gaddafi menjadi seorang pejuang.

Pemerintahan Gaddafi cukup lama dan panjang, dan kebiasaan bagi seseorang yang memerintah dengan cara dictator mampu bertahan lama jika rakyat tidak punya atau lambat mencapai kesedaran. Itulah yang berlaku di Libya dalam era pemerintahan Gaddafi.

Hidup ibarat roda, kita tidak mampu untuk terus bertahan di atas, sampai masa kita dibawah. Gaddafi saat klimaksnya sudah berlalu, factor usia pemerintahan mahupun diri beliau sendiri memaksa beliau berehat, tapi tidak bagi Gaddafi, bagi saya ciri orang berjaya ada pada Gaddafi, iaitu setiap yang dimulakan pasti dihabiskan.

Berita terbaru (saat artikel ini ditulis), Gaddafi mati ketika diserang oleh pemberontak, sejauh mana kebenaran berita yang datang dari CNN ini harus diselidiki, Cuma kondisi Negara Libya sekarang menuntut mereka yang bertanggungjawab memikirkan langkah seterusnya buat Negara mereka.

Saya yakin, rakyat Libya tidak mahu “menang sorak, kampung tergadai”, walaupun berjaya mengalahkan Gaddafi, tetapi sejauhmana kemampuan yang ada bagi pemerintah baru nanti? Sudah tentu rakyat Libya tidak mahu Nato yang mengambil alih tampuk pemerintahan samada secara langsung ataupun tidak.

Pemikiran strategic perlu dimiliki dan dikuasai oleh bakal pemerintah baru nanti, perkara ini harus diteladani khususnya kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia yang lain, seorang guru saya pernah menyebut dalam kuliah beliau, “jika ingin pelajari bagaimana gerakan Islam memerintah sebuah Negara, tanya pada PAS, kerana PAS adalah gerakan Islam yang pertama di seluruh dunia yang memerintah negeri”. Bagi saya soal lokaliti dan sosio masyarakat harus dititik beratkan sebelum apa-apa diaplikasikan.

Masyarakat Libya akan menghadapi hidup baru, samada suasananya seperti di Iraq yang kian meruncing, atau di Iran selepas Revolusi Hijau yang mencatatkan negara yang lebih aman. Tahniah buat pemberani yang mengembalikan negara baru.

Wallahu Ta’ala A’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s