Post Islamisme Pendekatan Baru

Bismillahirrahmaanirrahim

Tanggal 9/11 dunia akan sentiasa mengenangkan serangan WTC di Amerika, secara tidak langsung menimbulkan pemikiran skeptikal kepada umat Islam yang dilabel punca kepada kejadian tersebut.

Pemikiran ini ditambah lagi dengan sifat konservatif umat Islam yang terus-menerus menzahirkan kebencian mereka kepada non-muslim yang mana penulis melihat sudah termakan umpan yang dicipta barat.

Pelbagai pergolakan timbul disana-sini. Pergaduhan agama mula tercetus saat WTC diserang. Ramai terkorban hasil propaganda barat yang menggunakan media bagi mencetuskan keganasan di seluruh dunia dengan melabelkan Islam sebagai pengganas.

Pemikir Islam cuba mengatasi masalah ini dengan mendatangkan pendekatan yang boleh menjernihkan persepsi masyarakat global terhadap Islam dan umat Islam. Antaranya apabila barat mengiklankan demokrasi yang dibawa mereka adalah penyelesaian kepada pergolakan dunia maka, gerakan Islam mula menonjolkan isu-isu sosial berbanding fundamental agama sebagai satu cara mengasosiasikan barat ke dalam Islam.

Perkara ini jelas memberi kesan positif dan mula diterima ramai. Secara beransur-ansur pemikiran prejudis terhadap Islam mula berubah. Islam kini difahami dengan imej bersih dan membawa keamanan kepada semua manusia.

Sebagaimana yang berlaku di Turki, AKP yang jelas dipacu oleh tokoh Islamis diterima oleh rakyat Turki yang dikenali dengan kesukularan mereka dan memenangi beberapa siri pilihanraya secara berturut-turut sehingga mampu memerintah sehingga kini.

Pendekatan AKP yang menonjolkan isu pentadbiran, ekonomi dan pembelaan rakyat berjaya memenangi hati rakyat Turki untuk memilih mereka. Penulis melihat, mana-mana gerakan Islam yang menyertai pilihanraya wajib sedar bahawa system yang diamalkan hampir setiap negara di dunia ini adalah dalam bentuk demokrasi.

Sistem ini hanya memberi kemenangan kepada yang memungut suara sokongan tertinggi. Bagaimana meraih sokongan tersebut adalah pendekatan bijak yang harus difikirkan. Mempertahankan pendekatan yang menjauhkan sokongan masyarakat kepada sesebuah parti politik boleh dikira sebagai gerakan yang tidak memahami situasi semasa. Gerakan ini pasti akan terus menempa kekalahan demi kekalahan kerana gagal dalam memahami sunnatullah.

Umat Islam harus sedar tentang hakikat Islam itu bergerak di atas landasan sunnatullah dan syariatullah. Tidak cukup kita mempunyai ahli yang ikhlas tetapi gagal merencana strategi bagi memenangi satu-satu pilihanraya. Disinilah umat Islam dituntut menguasai dan mengimbangi kedua-dua hakikat ini.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s