Orang Miskin Dilarang Sekolah

Bismillahirrahmaanirrahim

Begitulah bunyi tajuk sebuah buku. Kulit buku ni dijumpai di google image. Menarik hati penulis untuk menyimpan sebagai koleksi. Penulis juga berminat untuk memiliki dan membaca isi kandungan dari buku ini, mungkin ia berbentuk genre novel. Apa pun diharap Distro Buku di UKM ada menyimpannya sebagai koleksi untuk dimiliki pembeli.

Penulis terus terlintas keadaan suasana pendidikan di negara Malaysia tercinta. Kedua terbaik di Asia Tenggara namun dalam 100 terbaik di dunia tidak tersenarai sedang yang pertama terbaik di Asia Tenggara tersenarai dalam 100 terbaik dunia. Maksud mudahnya ialah jurang antara yang pertama dan kedua tu tersangat jauh.

Seperti biasa, kebanyakan rakyat negara kita kurang gemar membaca apalagi analatikal dalam menerima berita ataupun maklumat pasti menerima bulat-bulat dan mempercayainya. Benarlah kata mantan Perdana Menteri Malaysia, negara kita menuju negara maju namun rakyat berfikiran negara dunia ketiga. Dimana silapnya?

Persoalan dimana silapnya ini membuat penulis meneliti perkara ini dari sisi pandang system PTPTN.  Tabung pendidikan ini disediakan katanya untuk membantu rakyat yang tidak mampu melanjutkan pelajaran tinggi kerana masalah kos pengajian. Kerajaan akhirnya menyediakan tabung ini sebagai solusi.

Bagi penulis hakikat sebenarnya adalah berdasarkan tajuk buku di atas. Orang yang tidak mampu membiayai anak-anak mereka menyambung pelajaran, nak tak nak terpaksa mengambil pinjaman tersebut. Disinilah jerat sudah mengena. Perniagaan mula berjalan. Selesai pengajian, diminta bayar hutang bersama dengan bunga-bunganya sekali. Lagi lambat bayar lagi bagus. PTPTN akan terus hidup sepanjang hayat.

Orang miskin yang sedar dan tidak mahu terjerat dengan tabung pendidikan yang banyak menyusahkan ramai orang ini sedang diri memang tidak mampu memenuhi pendidikan anak-anak mereka perlu menerima hakikat “Orang Miskin Dilarang Sekolah”.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s