Re-faham makna ulama?

Bismillahirrahmaanirrahim

Antara soalan yang saya ajukan kepada pelajar dalam kelas tutorial di USIM minggu lalu adalah berkaitan kefahaman mereka tentang ulama.

Hampir semua diam tidak mengemukakan jawapan. Memandangkan mereka semua diam saya tanyakan soalan seterusnya, ” anda semua kenal Imam Ghazali sebagai apa? “. Jawapan yang diperolehi :

1. Ulama

2. Ahli tasawwuf

3. Pengarang kitab Ihya’ Ulumuddin

Lagi….???

Itu sahaja pengetahuan mereka. Saya ajukan soalan lagi, ” tahukah anda Imam Ghazali sebagai doktor? ahli falsafah? ahli feqah? ahli muzik? ” semuanya tak tahu.

Saya tak salahkan mereka. Mereka pelajar, baru tiga minggu di menara gading. Saya sekadar menarik perhatian mereka untuk memahami maksud atau konotasi disebalik perkataan ULAMA.

Ulama seperti yang difahami pada masakini sangat berbeza pada masa lampau. Ulama dibataskan kepada mereka yang menguasai ilmu agama sahaja. Apabila ulama terlibat luar daripada perkara agama, mereka mula dilabel bukan ulama atau sudah tersasar.

Amat menyedihkan lagi apabila ada golongan yang bukan mendapat didikan agama dari awal tetapi mendalami ilmu agama dengan baik, ditohmah tidak layak untuk bercakap soal agama. Kecelaruan di kalangan penuntut ilmu agama sendiri. Seolah agama eksklusif untuk penuntut ilmu agama sahaja.

Saya mungkin faham, kebimbangan golongan penuntut ilmu agama ini. Mereka bimbang Islam akan menjadi bertambah haru-biru. Bagi saya, perkara ini tidaklah sampai kita menyekat dengan mentohmah atau melabel mereka. Satu perkembangan baik mereka mendekati Islam, malah umat Islam berhajar kepada perkongsian ilmu mereka dalam dunia sekularisme pendidikan masakini cuma, sejauhmana kita mampu menangani dengan baik perkembangan sihat ini. Menyekat mereka sebenarnya menambah kecelaruan dan membuktikan tahap kemampuan kita yang naif.

Saya suka mengambil maksud ulama yang dibawa oleh Profesor Hasan Nakata Ko. Ulama adalah ” Muslim Intelectual “. Ringkas tetapi memberi gambaran yang luas walaupun ia boleh dibahaskan lagi. Cukuplah sekadar memberi fahaman yang mudah tapi jelas.

Wallahu ta’ala a’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s