The Message of The Quran Karya Muhammad Asad

Muhammad Asad atau nama asalnya Leopold Weiss berasal dari Ukraine. Seorang wartawan yang banyak merantau di pelbagai negara. Beliau akhirnya mendapat hidayah untuk sama-sama di dalam agama Islam pada tahun 1926.

Beliau banyak menuntut ilmu di pelbagai negara seperti Mesir, Saudi dan Pakistan. Kepelbagaian latar pendidikan menjadikan pemikiran beliau lebih terbuka dan jelas mengenai kedudukan umat Islam.

Berkenalan dengan tokoh ternama seperti Mustafa al-Maraghi (Sheikh Azhar) dan Mohd Iqbal menambah semangat beliau membebaskan umat Islam dari belenggu kejumudan dan terus merintis semangat tajdid.

Sebagai aktor yang memperjuangkan nasib intelektual umat Islam, beliau banyak menulis buku seperti “Islam at the Crossroad”, “Principles of State and Government in Islam”, “The Road to Mecca” dan “The Message of the Quran”.

The Message of the Quran adalah tafsir Quran yang ditulis oleh beliau sendiri dalam bahasa Inggeris. Usaha menulis tafsiran ini bermula apabila beliau  mendapati terjemahan Quran dalam bahasa Inggeris yang sedia ada tidak memberi keterangan yang jelas tentang maksud sebenar ayat tersebut.

Atas kesedaran inilah beliau mengusahakan sebuah tafsir al-Quran yang menjelaskan maksud sebenar dari kefahaman dan kedudukan ayat al-Quran yang mengandungi latar masyarakat arab. Bagi Asad, memahami dengan maksud literal ayat tersebut memberi gambaran atau tafsiran yang salah kerana setiap perkataan bahasa arab itu perlu difahami dari sudut budaya bangsa arab.

Sehinggalah kebanyakan penilai melihat dan mengomentari tafsiran Asad ini adalah yang terbaik di kalangan tafsir-tafsir yang diusahakan dalam Bahasa Inggeris. Bahasa, terma dan contoh yang digunakan banyak meraikan kefahaman semasa

Semangat dan usaha gigih beliau dalam bidang intelektual membolehkan umat Islam mengambil manfaat dan mengaplikasikan idea-idea dan buah pemikiran yang dilontarkan.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s