Keseimbangan Dalam Parti Islam

Bismillahirrahmaanirrahim

Banyak gerakan Islam di seluruh dunia. Gerakan Islam diserata dunia punya cara dan kedah tersendiri dalam menggerakkan pergerakan mereka. Ada yang menggunakan jalan peperangan, aktivit intelektual dan melalui politik kepartian.

Gerakan Islam yang terlibat dengan politik kepartian terdapat dua asas penting dalam meneruskan survival mereka. Pertama tarbiyyah dan kedua siasah (politik). Dua perkara ini perlu digerakkan dengan seimbang bagi memastikan parti Islam mampu terus hidup.

Ketidak seimbangan terhadap dua asas ini akan melahirkan parti Islam yang pincang. Jika tumpuan banyak diberikan kepada tarbiyyah dalam masa yang sama tidak produktif dalam menggerakkan atau merencana strategi politik maka, yang lahir ialah ahli yang bersemangat tapi sentiasa gagal ataupun kalah dalam persaingan politik samada dengan pihak lawan ataupun sekutu dalam pakatan.

Begitu juga apabila siasah dilebihkan dengan memandang ringan aspek tarbiyyah, dibimbangi lahirnya politikus palsu atau tumbang satu taghut dan lahir taghut yang baru. Begitulah Islam mengajar kita agar bersifat wasatiyyah dan komited dengan jalan ini.

Di Malaysia, hanya ada satu parti Islam. Parti Islam ini jika dikaji dan diselidiki maka, kita akan dapati ia sebuah parti Islam yang sentiasa melakukan tajdid. Sebagai contoh, sebelum kepimpinan ulama diangkat, parti ini menekankan nasionalisme. Penekanan ini sangat sesuai dengan keadaan negara dan juga negara-negara diserantau yang baru mendapat kemerdekaan dari penjajah.

Setelah kejayaan Revolusi Iran, dunia digoncangkan dengan kebangkitan Islam. Iran menjadi bukti bahawa Islam mampu menentang barat. Ia menjadi inspirasi kepada kebanyakan gerakan Islam diseluruh dunia. Tidak terkecuali di Malaysia, sehinggalah wujudnya kepimpinan ulama. Sekali lagi parti Islam ini melalakukan tajdid dalam pendekatan mereka. Mereka tidak lagi hanya selesa dengan pendekatan lama tetapi sentiasa berubah berdasarkan sosio masyarakat samada di peringkat global yang mana sudah pasti memberi kesan di peringkat lokal.

Pada masakini zaman pantas berubah. Parti Islam diseluruh dunia tidak boleh lagi selesa dengan cara lama. Sesuatu perlu difikirkan agar sesuai dengan realiti sekarang. Antara contoh perubahan pemikiran masyarakat masakini ialah, mereka tidak lagi menyokong parti-parti yang membataskan diri mereka kepada perjuangan kaum ataupun agama sahaja, masyarakat mula mencari parti yang lebih luas jangkauan perjuangan.

Oleh itu parti Islam perlu memikirkan bagaimana pendekatan mereka mampu memenuhi perubahan ini. Penulis melihat slogan ‘ For all ‘ adalah slogan yang sangat menarik dan mempunyai jangkaun yang diingini oleh masyarakat. Namun perkara ini perlu diisi dengan ‘reality action’. Parti Islam sudah agak lama dilabel dengan kuat beretorik. Ini berpunca kerana kegagalan beberapa perkara yang dahulu mampu diucap namun tidak mampu ditunaikan. Begitu juga sikap ahli-ahli dalam parti Islam ini perlu membuktikan slogan ‘for all’ itu. Ahli-ahli tidak boleh lagi bersikap eksklusif dengan berprasangka kepada mat rempit, artis dan seumpama mereka jika ingin parti Islam diterima ramai. Sikap-sikap ahli ini boleh dibentuk melalui medium usrah mereka. Medium ini sangat penting untuk membentuk pemikiran baru ini.

Kesimpulannya, perubahan pendekatan bukanlah suatu penggadaian prinsip. Ia adalah bentuk strategi yang sentiasa berubah demi penerusan perjuangan parti Islam. Adalah perkara biasa terdapat golongan-golongan di dalam parti Islam yang tidak senang dengan cara baru. Mungkin sudah dididik atau ditarbiyah cara lama atau selesa dengan cara lama. Pemikiran ini perlu diubah kerana realiti berubah. Melihat sebelah mata dan menutup sebelah mata adalah satu kerugian buat parti Islam untuk menang.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s