Asef Bayat dan Pasca-Islamisme

Pasca – Islamisme : Satu Pengenalan

Asef Bayat

Apabila menyebut post-Islamism atau bahasa melayu nya pasca-Islamisme. Nama Asef Bayat tidak akan lari dari diperkatakan. Beliau adalah penulis kepada artikel The Coming of a Post-Islamist Society yang dikeluarkan pada tahun 1996. Artikel ini merupakan yang terawal memperkatakan berkaitan pasca-Islamisme.

Asef Bayat merupakan profesor sosiologi dan kajian Timur Tengah dari Universiti of Illionis Amerika Syarikat. Beliau yang dilahirkan di Tehran pada tahun 1950 merupakan pemegang Phd sains sosiologi dari Universiti Kent. Sebelum ke Amerika, Asef Bayat pernah bertugas selama 17 tahun di American University Cairo dan Felo di St. Antony’s College, Oxford University dari tahun 2000-2001.

Beliau banyak menguasai bahasa seperti English, Persian, Arab dan Azeri. Penguasaan bahasa memberi kelebihan kepada beliau sebagai pengkaji sosio masyarakat kerana mampu memahami dengan tepat budaya sesuatu kaum atau masyarakat yang dikaji, khususnya bangsa Arab.

Asef Bayat bukan berseorangan mempopularkan wacana pasca-islamisme. Oliver Roy merupakan tokoh yang seangkatan Alef Bayat, nama beliau tidak asing dengan pasca-Islamisme. Kedua-dua mereka adalah antara tokoh terawal yang mengetengahkan wacana pasca-islamisme.

Apa itu pasca-Islamisme?

Asef Bayat dan Oliver Roy mentakrifkan pasca-Islamisme itu sebagai peralihan wacana dan praksis politik di kalangan sebahagian pergerakan Islam daripada ‘Islamisme’ kepada ‘pasca-Islamisme’. (Nasir, 2011). Haris Zalkapli menjelaskan maksud pasca-Islamisme itu sebagai satu kondisi gerakan Islam bercakap dalam bahasa semasa dan menangani hal-hal semasa yang bukan menurut istilah yang biasa dengan gerakan Islam. Tetapi pasca-Islamisme pergi lebih jauh lagi, dan ditakrifkan juga sebagai satu bentuk baru gerakan Islam yang mengambil sepenuhnya wacana baru dan bersifat sebagai demokrat dan menjadi lebih liberal, menjadikan mereka pasca-Islamis (2011).

Dua-dua takrifan ini menggambarkan kepada kita bahawa pasca-Islamisme adalah satu pendekatan baru gerakan Islam dalam menyesuaikan diri dengan latar sosial dan politik demokratik yang rancak berubah. Sebagai contoh, masyarakat sekarang mengalami kemerosotan ekonomi dalam kehidupan semasa, ini menyebabkan mereka lebih mementingkan bagaimana membaiki taraf kehidupan kepada yang lebih baik. Oleh itu, mana-mana gerakan yang mampu menawarkan kehidupan yang lebih baik dari sudut membaiki ekonomi mereka maka, gerakan ini menjadi pilihan rakyat.

Realiti masyarakat ini dibentuk oleh ekonomi global. Hakikat ini harus diterima oleh mana-mana pihak. Sebarang pergerakan yang gagal membaca keadaan ini, sudah pasti akan ketinggalan dalam meraih sokongan massa. Sokongan massa sangat penting dalam dunia demokrasi. Suara mereka penentu kejayaan mana-mana gerakan yang menyertai sistem demokrasi.

Selain daripada pendekatan baru. Pasca-Islamisme juga boleh dikatakan sebagai bahasa baru yang digunakan oleh gerakan Islam bagi meraih sokongan rakyat kepada mereka. Bahasa atau kaedah yang sesuai mengikut keadaan semasa adalah satu metodologi dalam berdakwah. Kaedah ini sesuai dengan saranan Rasulullah yang menyuruh berbicara dengan bahasa yang setaraf dengan mad’u kita.

Boleh disimpulkan pasca-Islamisme ialah wacana baru yang diketengahkan oleh sebahagian gerakan Islam di seluruh dunia dengan bahasa semasa. Pasca-Islamisme adalah hasil peralihan dari wacana lama (Islamisme) kepada wacana baru. Wacana lama adalah isu-isu fundamental dalam agama seperti hudud, negara Islam dan kepimpinan ulama. Wacana lama ini tidak menarik minat dari kalangan bukan-Islam di negara-negara yang mempunyai multikaltural seperti Malaysia. Kerana itulah, pasca-Islamisme dilihat sebagai bentuk solusi yang berguna buat masa ini.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s