Permulaan Wacana Pasca-Islamisme

Permulaan Wacana Pasca-Islamisme

Bismillahirrahmaanirrahim

Setelah apa yang terjadi di Timur Tengah. Banyak negara mula membandingkan keadaan negara mereka dengan apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. Mereka mula mencongak untuk mengadakan perubahan kehidupan yang lebih baik.

Perubahan ini mula tampak terjadi sepertimana yang berlaku di Bahrain, Arab Saudi dan Syria. Rakyat yang tertindas dalam negara ini mula bangkit dan menyatakan laungan perubahan dan penentangan khususnya kepada regim yang memerintah.

Berbeza

Istilah Refolusi yang diperkenalkan oleh Asef Bayat menonjolkan perbezaan di antara Revolusi Iran 1979. Jika wacana sebelum ini menonjolkan isu Islamisme, kali ini wacana pasca-Islamisme mula mengambil alih.

Perbezaan yang ketara adalah, Revolusi Iran dipimpin oleh ulama. Maka isu yang dikedepankan adalah negara Islam Vs Barat atau Amerika. Dalam pasca-Islam ini pula, perubahan tidak dipimpin oleh mana-mana pihak, rakyat dilihat bergerak secara beramai-ramai menuntut perubahan.

Hasilnya, pemilihan pucuk pimpinan bagi menggantikan regim yang rebah dipilih sepenuhnya oleh rakyat. Ini bertepatan dengan demokrasi tulen iaitu “ dari rakyat untuk rakyat”. Demokrasi ini menolak ‘demokrasi palsu’ barat. Demokrasi yang dilaungkan barat palsu kerana, mereka mempromosikan demokrasi, dalam masa yang sama mempertahankan regim demi survival politik mereka di Timur Tengah.

Isu

Isu yang dibawa dalam pasca-Islamisme juga sangat berbeza. Jika wacana Islamisme lebih fokus kepada negara Islam, kepimpinan ulama dan undang-undang syariah, dalam wacana pasca-Islamisme, mereka dilihat memfokuskan isu negara kebajikan, penentangan pemerintahan yang korup, hak asasi manusia dan demokrasi tulen yang adil.

Kesimpulan

Negara-negara di seluruh dunia mula membandingkan negara-negara mereka dengan negara-negara di Timur Tengah yang berjaya menolak regim dan menaikkan sebuah pemerintahan yang lebih baik.

Angin perubahan itu bertiup kencang di seluruh dunia. Mana-mana regim dilihat cepat-cepat mengambil tindakan yang lebih lunak bagi menghalang angin kebangkitan rakyat terjadi di negara mereka. Contoh nya Jordan dan Morocco, kedua-dua negara yang dipimpin secara beraja ini cepat-cepat melaungkan kebajikan untuk rakyat mereka dan membuka ruang demokrasi yang lebih baik daripada sebelumnya.

Bermula dari arus perubahan inilah, wacana pasca-Islamisme mula mendapat tempat dikalangan pengamal politik Islam. Meraka dilihat, merasakan perlu satu pendekatan baru yang lebih menyeluruh, meliputi masyarakat yang mempunyai pelbagai latar pendidikan dan kefahaman dan juga bangsa yang berbeza.

Ini sama sekali berbeza dengan Revolusi Iran yang mana boleh dikatakan juga sebagai angin perubahan di Timur Tengah, dan tidak pernah terjadi apa-apa perubahan selepas itu sehinggalah muncul Arab Uprising atau Arab Spring ini bermula tahun 2009. Perbezaan adalah pada wacana dan pendekatan yang dibawa oleh gerakan-gerakan Islam yang terlibat dalam arus perubahan ini. 

Penulis simpulkan, Arab Spring ini boleh dikatakan sebagai batu lonjatan kepada permulaan wacana pasca-Islamisme.

Wallahu ta’ala a’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s