Ideologi Kapitalisme

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Kapitalisme adalah sebuah ideologi ekonomi yang kuat tertanam di dalam minda masyarakat barat. Kapitalisme menjadi ‘aqidah’ ataupun pegangan oleh bangsa barat. Segala muamalat dalam sektor ekonomi pasti berpaksi kepada kapitalisme. Negara-negara diseluruh dunia, banyak mengamalkan kapitalisme dalam sistem ekonomi mereka.

Sejarah

Sebelum berbicara tentang kapitalisme secara mendalam. Penulis suka untuk membawa pembaca kembali melihat sejarah bagaimana wujudnya kapitalisme ini.

Ketika zaman keagungan Islam di Andalus, ramai penuntut-penuntut ilmu dari eropah menuntut ilmu di Andalus. Bagi umat Islam, ilmu bukan milik sesiapa. Ilmu milik Allah, siapa sahaja layak menuntut ilmu. Kerana itu, banyak teori-teori cendekiawan Islam tidak disandarkan kepada pembina teori tersebut.

Contohnya teori graviti. Sebelum Isac Newton mengklimkan teori graviti kepada nama beliau, Ibnu Haitham awal-awal lagi mengemukakan teori tersebut dalam kajian beliau. Contoh ini dapat membuktikan beberapa perkara seperti, cendekiawan Islam adalah orang terawal menemukan teori graviti, bangsa eropah menuntut ilmu di dunia Islam dan yang paling penting, membuktikan umat Islam memahami bahawa ilmu itu bersifat universal.

Berdasarkan kefahaman ilmu itu sifatnya universal, umat Islam di Andalus tidak pernah menghalang bangsa eropah menuntut ilmu ditempat mereka. Banyak bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Perkara paling penting yang mereka perolehi dari bumi Andalus adalah pemikiran logik.

Dari pemikiran logik inilah mereka mula membina tamadun barat. Banyak ilmu-ilmu yang dipelajari di Andalus cuba diaplikasikan di eropah. Hasil kefahaman mereka terhadap ilmu logik, mereka memisahkan nilai-nilai Islam yang terkandung dalam setiap ilmu yang dipelajari di Andalus. Perkara ini sebenarnya, mereka pelajari dari umat Islam itu sendiri. Bangsa barat melihat, bagaimana umat Islam mengislamkan falsafah-falsafah Greek. Dari situlah mereka pelajari, seterusnya membina tamadun mereka sendiri.

Materialisme

Perkara yang paling asas dalam membina tamadun adalah menanam kefahaman. Oleh itu, para cendekiawan barat telah memikirkan ‘aqidah’ yang terbaik untuk ditanam di dalam jiwa masyarakat mereka. Akhirnya mereka memutuskan untuk menanam ‘aqidah’ materialisme.

Materialisme adalah kefahaman manusia mengenai setiap kehidupan bersandarkan kepada benda. Jika kita amati dengan baik, materialisme ini terasnya adalah sekularisme. Sekularisme adalah fahaman yang menolak campur tangan kuasa ghaib dalam kehidupan manusia. Dari fahaman sekularisme inilah lahirnya fahaman materialisme.

Fahaman sekularisme telah menatijahkan manusia itu sebagai tuhan. Manusia yang menentukan kehidupan mereka sepenuhnya. Jika mahu berjaya, manusia yang menentukan dia berjaya atau tidak. Tiada campur tangan kuasa ghaib. Dalam pemikiran mereka tiada kuasa ghaib.

Memahami diri manusia yang menentukan kehidupan mereka sendiri, timbul faham persaingan. Di dunia ini manusia perlu bersaing untuk terus hidup. Untuk terus hidup, manusia perlu bersaing dan berebut dengan manusia yang lain mendapatkan sumber kehidupan. Samada kita yang mati atau mereka yang mati.

Kewujudan Kapitalisme

Bangsa barat melihat betapa pentingnya saingan maka, mereka mencipta satu sistem yang dinamakan kapitalisme. Sistem kapitalisme ini bagi memastikan tiada saingan daripada mana-mana pihak. Sistem kapitalisme asasnya adalah keuntungan. Apa sahaja yang memberi keuntungan, tidak kiralah perkara itu memudaratkan orang lain ataupun tidak, apa yang penting, memberi benefit kepada mereka.

Kesan

Kesan kapitalisme yang mampu penulis paparkan adalah, yang pertama, meningkatnya jurang perbezaan antara masyarakat. Oleh kerana kefahaman mereka ialah persaingan, orang lain adalah musuh yang menjadi pesaing kepada mereka. Oleh itu, musuh-musuh ini perlu dikekang atau diatasi dari melawan kedudukan mereka. Ini mengakibatkan, orang miskin makin miskin dan yang kaya bertambah kaya.

Kesan kedua adalah, mengabaikan sifat kemanusiaan. Tiada dalam diri mereka sifat kemanusiaan. Apa yang ada dalam jiwa golongan kapitalis adalah, orang lain adala musuh/ pesaing yang boleh menggugat kedudukan mereka. Maka, mereka berfikir, perlu mempertahankan status quo yang dimiliki. Dalam bahasa mudah, ‘ kalau aku tak kaya, mereka akan kaya, baik aku yang kaya’.

Kesan terakhir yang boleh penulis sebutkan disini adalah, meningkatnya jenayah. Oleh kerana perbezaan yang tinggi dan banyak peluang-peluang untuk bersaing dinafikan oleh golongan yang memegang status quo maka, gagalis dalam dunia persaingan ini telah mengambil jalan kekerasan bagi merampas material yang selama ini sudah lama dipegang oleh golongan kapitalis lama. Gagalis ini mahu menjadi kapitalis baru menggantikan kapitalis lama.

Kesimpulan

Roda kedudukan, antara kapitalis lama dan kapitalis baru akan terus berputar. Dunia ini akan terus ada golongan penguasa dan golongan tertindas. Semuanya ini kerana ‘aqidah’ atau ideologi kapitalisme mahupun materialisme yang menjadi pegangan kepada kebanyakan manusia di dunia ini. Selagimana ‘aqidah’ ini tidak ditukar kepada ‘aqidah’ baru yang mampu memberi solusi kepada masalah dunia ini maka, roda ini akan terus berputar. Bagi penulis, aqidah ataupun pegangan baru itu adalah Islam. Cuma, yang menjadi persoalan, sejauhmana Islam mampu memberi solusinya?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s