Negara Islam?

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Negara Islam merupakan sebuah negara idaman golongan Islamis. Mereka bercita-cita mendirikan sebuah Negara yang diperintah dengan hukum Islam. Antara model yang diimpikan adalah seperti Negara Islam  Madinah zaman Rasulullah. Cuma dari kalangan Islamis yang menjadikan Negara Islam model Madinah masih tertanya-tanya, apakah model Madinah yang dimaksudkan adalah dari sudut substantial ataupun modelnya secara zahir.

Istilah Negara Islam

Istilah Negara Islam tiada disebut di dalam al-Quran mahupun hadith. Namun perlaksanaan yang dijalankan di dalam sebuah Negara yang berasaskan syiar Islam telah dianggap oleh golongan Islamis sebagai sebuah Negara Islam.

Istilah Negara Islam mula mendapat tempat ketika kebangkitan umat Islam menentang penjajah. Istilah itu makin popular di kalangan Islamis selepas Revolusi Iran. Kebanyakan gerakan Islam menjadikan matlamat perjuangan mereka mendirikan sebuah Negara Islam.

Antara moto yang selalu dilaungkan seperti “ daulah daulah, Islamiyyah, la syarqiyyah la gharbiyyah, Islamiyyah”.

Pemahaman Berbeza

Istilah Negara Islam muncul menyebabkan berlakunya perbincangan di kalangan cendekiawan Islam. Beberapa intepretasi wujud antaranya, ada yang berpendapat sebuah Negara Islam memadai jika penduduknya adalah muslim dan mendirikan kemudahan serta institusi Islam. Terdapat pendapat yang menganggap Negara Islam perlu menekankan nilai keadilan dan kebajikan serta menjauhi kezaliman dan penindasan, jika ciri-ciri ini dipenuhi, barulah ia boleh dianggap sebagai sebuah Negara Islam.

Ada juga yang meletakkan hukum-hakam Islam sebagai garis pemisah antara Negara Islam dan Negara Kafir. Selagimana di dalam sebuah Negara itu tidak melaksanakan hukum-hakam Islam secara keseluruhannya, maka ia tidak boleh dianggap sebuah Negara Islam.Cuma timbul persoalan disini, apakah hukum Islam yang ingin dilaksanakan itu diambil dari abad pertengahan Islam ataupun yang sesuai mengikut keadaan semasa?

Pengisian

Walaupun terdapat pelbagai takrifan dan perbezaan pandangan mengenai sebuah Negara Islam, penulis lebih cenderung mengatakan sebuah Negara Islam itu perlu diisi pengisiannya dengan nilai-nilai Islam. Tidak kiralah sesuatu perkara itu datang daripada barat sekalipun tetapi mempunyai nilai dan memberi maslahah, maka ia harus untuk diterima.

Oleh kerana kebanyakan perbincangan mengenai Negara Islam berkisar hukum-hakam dan  beberapa isu kontroversial seperti hudud, wanita dan bukan Islam maka, ia telah mengakibatkan kefahaman mengenai Negara Islam sangat sempit. Oleh itu, pihak Islamis perlu memandang ruang lingkup yang lebih besar dan luas ketika membincangkan mengenai sebuah Negara Islam seperti kebudayaan, ekonomi, sosio masyarakat dan lain-lain, kerana ia mampu mengelak salah faham masyarakat mengenai sebuah Negara Islam sekaligus masyarakat mudah menerima sebuah Negara Islam.

Nama Tidak Penting

Kini, perbincangan Negara Islam mula pudar dan kendur. Istilah Negara Islam mendapat gambaran buruk dari segenap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, kejayaan barat merosakkan pandangan masyarakat terhadap Islam. Islam digambarkan dengan pelbagai gambaran buruk seperti pengganas dan kemunduran. Ditambah pula sikap kebanyakan umat Islam yang bersifat konservatif dan tertutup.

Oleh itu, penulis beranggapan, penggunaan istilah Negara Islam tidak lagi sesuai untuk diangkat sebagai modal perbincangan dan dakyah doktrinisasi. Malah, dalam al-Quran dan al-Hadith sendiri pun tidak menyebut istilah Daulah Islamiyyah. Maka, penggunaan istilah baru boleh diangkat bagi menggambarkan Islam boleh diterima oleh semua orang seperti Istilah Negara berkebajikan dan lain-lain lagi.

Kesimpulan

Istilah Negara Islam menyebabkan perbincangan di kalangan cendekiawan mengenai syarat-syarat yang perlu ada bagi mengketegorikan sesebuah Negara itu sebagai negara Islam.

Istilah Negara Islam juga menimbulkan polemik mengenai bagaimana seharusnya model sebuah Negara Islam. Adakah model Madinah? Model Taliban? Ataupun model baru?.

Pada penulis, golongan Islamis perlu memikirkan model sebuah Negara Islam yang mempunyai nafas baru yang mana sesuai mengikut zaman semasa. Jika perlu mengubah Istilah Negara Islam kepada Istilah yang lain maka lakukanlah, kerana tiada guna sebuah Negara dipanggil Negara Islam sedangkan di dalam nya tidak memenuhi maslahah umat manusia.

Apa yang penting adalah pengisian sebuah Negara tersebut bertepatan dengan objektif al-Quran seperti keadilan, kebajikan, menjauhi kezaliman, penindasan dan ketidakadilan. Objektif ini mampu dicapai hanya dengan menilai semula definisi sebuah Negara Islam mengikut keadaan dan tuntutan semasa.

Wallahu ta’ala a’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s