Pasca Islamisme Natijah Pemahaman Epistimologi Islam

Pendahuluan

Umat Islam masakini didatangkan dengan beberapa terma baru. Paling hangat diperkatakan pada masakini ialah pasca-Islamisme. Pasca-Islamisme menimbulkan pelbagai respon dari kalangan umat Islam sendiri. Tidak kurang ada yang menolak pasca-Islamisme dengan alasan ianya adalah racun barat.

Penulis akan cuba melihat pasca-Islamisme dari sudut epistimologi Islam. Pemerhatian dari sudut ini adalah untuk menilai sejauhmana pasca-Islamisme boleh diterima. Sudut epistimologi dipilih kerana  pasca-Islamisme adalah sebuah ilmu. Ia dibina berlandaskan pemerhatian sosiologi dan antropologi yang disandarkan kepada Islam.

Takrifan Epistimologi

Epistimologi bermaksud kajian mengenai ilmu. Sepertimana biologi bermaksud kajian hayat, iaitu kajian mengenai perkara-perkara hidup, begitulah epistimologi, ia adalah kajian mengenai ilmu dan perkara-perkara yang berkaitan ilmu. Apabila epistimologi disandarkan kepada Islam, maka ia menjadi kajian mengenai ilmu yang berpaksikan kaedah-kaedah Islam.

Contoh ciri epistimologi Islam ialah meletakkan ilmu itu milik Allah, maka tiada siapa layak mengklimkan sesuatu penemuan ilmu kepada dirinya. Berbeza dengan epistimologi barat, sesiapa yang menjumpai atau mencipta sesuatu teori, dengan pantas mereka akan menyandarkan teori itu kepada diri mereka seperti Teori Newton dan lain-lain lagi.

Sejarah Keilmuan Islam

Sejarah ilmu dalam Islam mencatatkan perkembangannya sejak zaman kenabian baginda Rasulullah sehinggalah zaman kemuncaknya era Abbasiyyah. Setelah kewafatan Rasulullah, ilmu Islam bermula dengan kajian mengenai al-Quran dan al-Hadith. Era ini mencatatkan lahirnya ilmu Feqah, Hadith, Akidah, Kalam, Tafsir malah Nahu Sorof. Ianya digerakkan oleh tokoh-tokoh besar seperti Imam Syafie, Imam Bukhari, Imam Abu Hasan Asyaari, Imam al-Thobari,  Ibnu Malik dan ramai lagi.

Khalifah Abbasiyyah pada masa itu dipimpin oleh al-Makmun, beliau adalah seorang yang amat mencintai ilmu. Sebagai seorang khalifah, beliau menyedari dunia Islam telah menguasai pelbagai ilmu yang berasaskan al-Quran dan al-Hadith , namun ada kelompongan yang dirasai wujud dalam dunia Islam iaitu, penguasaan ilmu duniawi dikuasai oleh orang asing. Umat Islam dilihat masih bergantung kepada kepakaran luar dalam pelbagai aspek duniawi seperti, pembinaan bangunan, penterjemahan dan pengolahan bahan mentah.

Hal ini mendorong al-Makmun memikirkan bagaimana kepakaran-kepakaran itu seharusnya dikuasai oleh umat Islam. Asasnya adalah ilmu. Maka ditubuhkan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan penyelidikan. Ilmu-ilmu duniawi yang berada di tangan orang-orang Rom, Parsi dan bangsa-bangsa lain diusaha dan dipindahkan ke tanah umat Islam dengan menterjemahkan nya. Hasil terjemahan tersebut, ulama-ulama dengan asas epistimologi Islam telah mengolahnya di dalam kerangka Islam, sehinggalah ilmu-ilmu barat itu menjadi ilmu Islam.

Hasilnya juga, ramai tokoh-tokoh Islam menguasai ilmu fardhu kifayah (duniawi) dapat dilahirkan dan mereka membantu memakmurkan dunia ini dengan hasil kajian mereka. Seperti Ibnu Sina dalam perubatan, Ibnu Khaldun dalam sosiologi, al-Farabi dalam penghasilan alatan perubatan dan ramai lagi. Ini menjadikan umat Islam umat yang benar-benar menepati konsep wasatiyyah. Bukan sahaja menguasai ilmu akhirat tetapi juga menguasai ilmu dunia. Apa yang lebih penting dunia Islam benar-benar kuat tanpa bergantung kepada mana-mana individu mahupun kuasa luar.

Pemahaman mengenai kedudukan ilmu bersifat universal dan boleh dimiliki oleh sesiapa, tidak menghalang khalifah mendapatkan ilmu-ilmu luar dari bumi umat Islam walaupun berbeza agama, tempat, budaya, bangsa mahupun ideologi.

Falsafah Islam

Ilmu falsafah adalah contoh hasil daripada migrasi ilmu luar ke dalam dunia Islam. Konsep ilmu falsafah adalah pemikiran logik. Ilmu ini memberi perubahan besar kepada pemikiran umat Islam daripada bersifat taklid kepada pemikiran kritis. Sebagai umat Islam, pemikiran logik tidak disandarkan sepenuhnya tetapi diseimbangkan dengan wahyu ilahi. Inilah yang menjadikan umat Islam betul-betul bersikap sederhana dan bersesuaian dengan fitrah. Daripada ilmu barat, falsafah akhirnya muncul sebagai falsafah Islam. Falsafah Islam terhasil melalui proses penyaringan yang jitu dengan menolak nilai-nilai metafisik barat seterusnya mengambil manfaat yang ada padanya untuk pembangunan Islam. Penguasaan dan kefahaman yang baik terhadap falsafah barat adalah antara syarat utama sebelum mengolahnya menjadi sebuah ilmu Islam.

Masakini

Pada masakini, pelbagai ideologi, pemikiran dan ilmu yang muncul. Abad 21 bukan lagi zaman umat Islam. Semua ilmu, kepakaran dan teknologi kebanyakannya dikuasai oleh barat. Umat Islam terpaksa menerima keadaan ini kerana berada di pihak yang lemah. Kebergantungan umat Islam kepada barat jelas berlaku. Malah ada yang tidak mampu menjana ekonomi Negara tanpa bantuan dan khidmat daripada barat. Ia sangat menyedihkan.

Antara ideologi yang disogokkan kepada umat Islam adalah seperti sosialisme, komunisme, kapitalisme, wilsonisme dan pelbagai lagi. Ideologi ini jelas-jelas mempunyai kecacatan dan kelemahan kerana ia ciptaan manusia. Pada satu masa, pernah bangsa arab menerima sosialisme dalam kehidupan mereka apabila kerajaan-kerajaan menjadikan sosialisme sebagai paksi ataupun rukun Negara. Contohnya seperti Iraq, Libya, Syria dan beberapa buah lagi.

Berasaskan kefahaman epistimologi Islam, ada dikalangan ulama cuba mensesuaikan ideologi barat ke dalam Islam. Antara yang pernah muncul ialah sosialisme Islam. Idea ini dibawa oleh Dr Mustafa Sibaei, tujuannya agar orang Islam tidak lagi terkejar-kejar mendapatkan sosialisme model Marxis sedangkan dalam Islam sudah sedia ada konsep sosialisme.

Selain daripada ideologi yang disebutkan di atas, satu bentuk ideologi yang rancak digunakan diseluruh dunia ialah, demokrasi. Gerakan-gerakan Islam selepas era konfrontasi terhadap barat, telah mengubah pendirian mereka dengan bersifat lunak. Hal ini terjadi selepas pemerintah pro-barat terus menerus menggunakan ideologi demokrasi dalam pemerintahan mereka. Pengamalan demokrasi telah berjaya mengubah struktur pemikiran masyarakat kepada lebih terbuka dalam menentukan pilihan mereka.

Sebahagian pemikir Islam, melihat keadaan dan suasana yang berubah ini perlu dimanfaatkan oleh gerakan Islam dengan cermat dan tidak mengulangi cara ataupun strategi yang bakal mengundang kecewa yang sam. Para pemikir Islam mengunjurkan cadangan agar demokrasi dimanfaatkan dengan memanipulasi nilai-nilai yang terdapat di dalamnya itu sehingga ia menepati Islam. Hal ini memeningkan barat kerana, gerakan Islam tidak lagi bersifat keras terhadap mereka, bahkan lebih menerima pengamalan demokrasi. Penerimaan gerakan Islam terhadap konsep demokrasi juga kerana menilai perubahan minda masyarakat yang sudah sekian lama dididik dalam kerangka sekularisme.

 

Pasca-Islamisme

Pengolahan ilmu barat ini (demokrasi) di dalam kerangka Islam telah menimbulkan terma pasca-Islamisme. Contoh pengamalan pasca-Islamisme, sepertimana yang dilakukan oleh Erdogan di Turki. Erdogan telah merekonstraksi makna sekular di Negaranya. Sebelum ini ia menjadi kebuntuan di kalangan Islamis sehingga meletakkan sekularisme adalah satu pertentangan antara hak dan bathil. Menerima sekular  dikira menerima kebathilan. Dengan kefahaman epistimologi Islam, sepertimana yang dilakukan oleh ahli falsafah Islam terdahulu yang mengubah falsafah barat sehingga terbentuknya falsafah Islam yang tersendiri, Erdogan memaknakan sekular itu dalam institusi bukan dalam nilai peribadi. Maksudnya, seseorang boleh bekerja dengan bebas tanpa ada keterikatan dengan agama selagimana ia tidak mengundang keburukan. Ia bersesuaian dengan hadith Rasulullah SAW yang menyebut ‘kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia mu’.

Kesimpulan

Pasca-Islamisme adalah terma baru namun ia bukanlah perkara baru. Ia adalah hasil pengolahan ideologi barat ke dalam kerangka Islam. Kerja pengolahan ataupun penyaringan ini telah lama dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu di zaman kegemilangan Islam. Asas pengolahan ini ialah kefahaman epistimologi Islam dan penguasaan ilmu-ilmu barat. Memahami dan menguasai epistimologi Islam, boleh mengubah ilmu luar kepada ilmu Islam.  Selagimana ia memberi manfaat dan tidak mendatangkan mudarat maka, ia tidak menjadi masalah untuk diteruskan. Lagi pun, pasca-Islamisme tidak menyentuh soal aqidah dan prinsip, ia lebih kepada pendekatan dan pengamalan umat Islam di dalam dunia moden.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

2 thoughts on “Pasca Islamisme Natijah Pemahaman Epistimologi Islam

  1. Keseimbangan tersebut selanjutnya mengakibatkan adanya klasifikasi atau kategorisasi pengetahuan. Dari segi sumber pengetahuan dan alat memperolehnya, pengnetahuan data dibagi menjadi pengetahuan saintifik, pengetahuan logika, pengetahuan intuisi dan pengnetahuan perasaan, pengetahuan ilham dan Kasyaf, dan pengetahuan yang diwahyukan. Konsep ilmu pengetahuan dalam perspektif Islam yang memiliki cirri khas tersendiri yang berbeda dengan konsep sains dalam pandangan ilmuan Barat. Konsep ilmu menurut Islam ini ketika dihadapkan pada perkembangan dan aplikasi sains modern sekarang ini mendorong ilmuan Muslim cenderung melakukan islamisasi ilmu pengetahuan guna meluruskan penyimpangan-pengnyimpangan sain Barat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s