Peradaban Barat: Kesan Kepada Identiti Remaja Muslim

0

Pengenalan

Dewasa ini, di Malaysia, kita dapat lihat pelbagai ragam identiti anak muda. K-pop, Gangnam style, Mohawk, Punk, Tom Boy dan sebagainya. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Golongan terpelajar, pekerja, kaya mahupun miskin. Kebanyakan mereka tidak beridentitikan Islam. Mereka dilihat sangat mudah menerima identiti ataupun budaya bangsa lain. Berbeza dengan umat terdahulu, Islam berjaya berinteraksi dengan tamadun-tamadun besar tanpa menghilangkan identiti mereka (Taha,1995).  Apakah punca kepada masalah ini?. Penulis akan cuba mengenalpasti punca kepada masalah kehilangan identiti di kalangan belia muslim di Malaysia secara ringkas

Kejatuhan Islam

Setelah Baghdad diserang oleh tentera Mongol, dunia Islam suram samada dari sudut intelektual, politik, ekonomi dan sosial. Kesan daripada penguasaan tentera Tatar terhadap tanah umat Islam itu telah mempengaruhi pemikiran kritis umat Islam kepada bersifat taklid. Contohnya, umat Islam pasca penguasaan Mongol tidak lagi menghasilkan penemuan baru kecuali sedikit. Selebihnya, mereka mengulangi pembelajaran yang ditinggalkan oleh mereka-mereka sebelumnya. Serangan tersebut telah mengubah demografi masyarakat timur (sebelah Baghdad). Namun di sebelah barat (Maghribi dan Andalus) berlaku kepesatan pembangunan ilmiah dan material sehingga tersebar ke eropah.

Apa yang boleh dikatakan disini, kawasan yang berlaku serangan dan penguasaan oleh musuh menyebabkan umat Islam tidak bebas dan terkongkong. Akibat kongkongan itu umat Islam mengalami kemunduran. Sifat kebebasan yang dibenarkan di dalam agama Islam tidak dapat dipraktikkan kerana dihalang oleh kuasa pemerintahan yang ada pada masa itu. Menghalang kebebasan[1] adalah sesuatu yang ditentang oleh Islam.

Psikologi Umat Islam

Serangan Mongol itu bukan sahaja memberi kesan kemusnahan fizikal malah, lebih teruk dari itu ialah kemusnahan psikologi. Umat Islam mula hilang semangat. Timbul pelbagai pemikiran negetif, ada yang menganggap mereka adalah golongan yang gagal, tiada harapan untuk bangkit dan lain-lain lagi.Pemikiran negetif ini mendorong mereka menerima apa sahaja yang datang yang dilihat baik pada pandangan mereka.

Peradaban Barat

Ketika umat Islam mengalami kemunduran ini, eropah sedang bangkit membina tamadun mereka. Tamadun barat dibina di atas asas positivism, mereka menolak metafizik yang dianggap bertentangan dengan rasional akal. Sehinggakan pernah seorang pemikir barat O’connor menyebut, dakwaan ahli metafizik (ahli agama) tertolak sepertimana ahli nujum dan ahli sihir (Shafie, 2000). Sangat jelas, tamadun barat bersifat sekularisasi.

Dengan asas rasional itu, barat telah berkembang pesat khususnya dari sudut kajian sains dan teknologi. Mereka memanfaat semaksima mungkin kebebasan berfikir bagi menghasilkan pelbagai teknologi tanpa mengira soal keburukan yang bakal menimpa pada masa akan datang. Sains mencatatkan bagaimana manusia berjaya mengkaji atom sehingga menghasilkan bom nuklear yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki.

Peradaban ganas ini melanda seluruh dunia, tidak terkecuali tanah umat Islam. Dr Taha al-‘Alwani meletakkan umat Islam pada masa kebangkitan barat sebagai mereka yang mengalami kejutan. Umat Islam mengalami kejutan yang amat dahsyat sehingga mengalami kekalahan dalaman (1995). Kekalahan dalaman ini menyebabkan ada yang meletakkan Islam di kandang pesalah. Kekalahan jiwa inilah yang menjadikan umat Islam sedia menerima peradaban luar secara total.

Hilang Rasa Bangga Kepada Islam

Sepertimana yang dijelaskan tadi, kekalahan jiwa umat Islam menyebabkan mereka tidak lagi memandang ataupun merasakan Islam sebagai kebanggaan malah, lebih dari itu menyalahkan Islam sebagai punca kemunduran dan kelemahan mereka. Mereka memandang peradaban asing lebih hebat dan seharusnya dicontohi dan diikuti jika ingin sehebat mereka. Tambah Dr Taha lagi, pada masa kekalahan jiwa ini dunia Islam menyaksikan maraknya pengiriman pelajar-pelajar dan mahasiswa ke barat. Kepulangan mereka dimanfaatkan untuk pembangunan Negara. Tanpa disedari nilai-nilai sekularisme yang terkandung dalam pelajaran yang dipelajari turut sama diajar dan diaplikasi di Negara umat Islam, kemudian diwarisi kepada generasi seterusnya.

Kesimpulan

Dapatlah difahami disini, punca kepada hilangnya identiti anak muda Islam adalah kerana mengalami kekalahan jiwa yang menghilangkan rasa bangga kepada agama Islam. Dalam keadaan jiwa yang kalah inilah anak muda dengan mudah menerima pengaruh ataupun budaya luar yang jelas terpesong dari identiti sebagai seorang muslim. Keadaan ini boleh dibaiki dengan memberi kesedaran tentang pentingnya beridentiti muslim sehingga timbul rasa bangga menjadi seorang muslim. Peranan institusi pendidikan dan gerakan intelektual harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam memberi kesedaran ini kerana generasi muda adalah pewaris masa depan Negara.

Wallahu Ta’ala A’lam


[1] Kebebasan dalam Islam sangat berbeza dengan kebebasan yang dianjurkan barat. Kebebasan yang diberi dalam Islam tidak melangkaui hak-hak orang lain.

Advertisements

4 thoughts on “Peradaban Barat: Kesan Kepada Identiti Remaja Muslim

    • betul tu, cuma kena jelas setiap subjek yang dipelajari dari barat mereka akan bermula dengan menerangkan falsafah pembelajaran tersebut. Disitulah umat islam perlu perkemaskan jatidiri sehingga mampu membezakan isme-isme barat dan Islam.

      • Proses pengoksidaan dan penurunan dalam subjek kimia sangat penting dipelajari kerana ia adalah antara proses utama dalam perawatan sisa kumbahan. Apa salahnya dengan falsafah pembelajaran mengenai proses pengoksidaan dan penurunan kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti rawatan air? Kalau air tidak dirawat, manusia kekurangan bekalan air bersih dan pencemaran akan sampai ke tahap kritikal. Proses pengoksidaan dan penurunan dipelajari dari buku-buku barat tetapi ia sangat berguna kepada manusia. Adakah matlamat untuk memperbaiki kualiti hidup manusia bercanggah dengan Islam? Saya harap tuan menjauhkan diri dari faham memisahkan agama dengan kehidupan!

      • Jika itu yang tuan fahami sebagai falsafah saya minta maaf. Pada saya proses yang tuan maksudkan itu sudah dikira ilmu, bukan bab falsafah pembelajaran. Ilmu yang bermanfaat dan tidak bertentangan dengan Islam boleh diambil dimana-mana, kerana dalam epistimologi Islam… tempat, siapa ataupun penjenamaan sesuatu ilmu tidak menghalang kita memanfaatkan nya asalkan memberi maslahah. Apa maksud tuan “menjauhkan diri dari faham memisahkan agama dengan kehidupan” ? sedangkan artikel ini saya menentang sekularisme.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s