Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi : Laporan

150756_570086513021411_1585490832_n

Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi

Ketika penulis tiba di Chinese Assembly Hall, sebagai tempat berlangsung nya Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi, forum sudah bermula. Panelis sepertimana di dalam iklan kecuali Sharifah yang tidak hadir dan perkara ini memang sudah dijangka. Beberapa isu dapat penulis catat daripada panelis-panelis. Antaranya :

1-      Isu pendidikan percuma

2-      Sistem pendidikan Negara

3-      Kes Bawani KH dan Sharifah

Hampir keseluruhan program menyentuh isu pendidikan. Bawani dengan pendirian beliau bahawa pendidikan wajar diberi percuma oleh pihak pemerintah. Bawani juga menerangkan memang dia dilihat melanggar kod forum apabila menerjah sedangkan sesi soal jawab sudah ditutup tetapi dia kata kalau dia takut bersuara sampai bila-bila tidak ada orang nak bersuara. Beliau juga menyebut terjemahan ayat al-Quran yang diajarkan Tok Guru Nik Aziz kepada beliau berkaitan menentang kezaliman.

Dr Mazslee pula bila menyentuh soal pendidikan percuma ia suatu perkara kompleks yang harus difikirkan khususnya dari aspek system pendidikan Negara. Dr Mazslee menekankan fungsi system pendidikan di peringkat alam sebelum bergelar mahasiswa yang memakan masa 12 tahun, dimana pada peringkat sekolah rendah dan menengah lah tempat proses pembentukan syaksiah dan menteliti pelajar

Prof Dr Aziz Bari pula menitik beratkan institusi pendidikan tinggi perlu dibebaskan dari penguasaan ahli politik. Pelantikan NC dan TNC bukan ditentukan oleh orang politik tetapi oleh mereka yang berkelayakan dalam bidang akademik. Prof juga mengatakan, kualiti pendidikan Negara lemah kerana campur tangan ahli politik yang mengatur pendidikan Negara.

Sesi Soal Jawab

Sesi soal jawab diberi masa yang panjang untuk hadirin melontarkan soalan. Ada juga yang mengambil kesempatan memberi semangat kepada yang hadir untuk terus berjuang menentang rejim. Soalan-soalan yang dilontarkan sebenarnya sudah ada jawapan di dalam debat antara Rafizi dan Khairy Jamaluddin. Oleh itu penulis rasa tidak perlu untuk diulas kembali.

Cuma ada satu soalan dan itu adalah soalan terakhir yang membuatkan penulis tertarik untuk dinyatakan disini ialah, berkaitan pemberian IC kepada warga asing era Tun Dr Mahathir. Penyoal ingin mengetahui dari aspek perlembagaan. Soalan ini sudah tentulah diajukan kepada Prof Aziz Bari sebagai pakar perlembagaan.

Prof menjawab, pemberian tersebut adalah salah dan pihak polis harus menyiasatnya. Soal Tunku Abdul Rahman juga memberi kerakyatan sebenarnya adalah satu pembohongan Tun Dr Mahathir. Tunku memberi kerakyatan berdasarkan undang-undang dan jelas pada pengetahuan umum manakala, apa yang dilakukan Tun Dr Mahathir adalah diluar dari akta atau undang-undang Negara dan didapati bersalah jika sabit kesalahan. Satu bentuk soalan diajukan Prof adalah, apa tujuan kerakyatan diberikan kepada orang-orang dari Filipina sedangkan sehingga kini ada bangsa India yang lahir di Malaysia masih belum mendapat kerakyatan.

Kesimpulan

Forum yang diadakan bukan berbentuk brainwash, memberi kebebasan untuk semua orang melontarkan pendapat dan yang paling penting bersifat ilmiah. Penulis melihat, forum-forum seperti ini mendapat sambutan hangat khususnya dari kalangan muda-mudi kerana semua orang yang ada disitu tidak takut melontarkan idea-idea mereka. Berbeza dengan forum yang didominasi satu pihak sehingga para peserta tidak berani memberi pendapat-pendapat mereka. Penulis juga menyokong pendidikan percuma dengan syarat perlu diteliti dan menambahbaik sistem pendidikan sekarang. Suka untuk disebutkan disini, “Pendidikan percuma tidak akan membankruptkan Negara, buktinya Negara tidak bankrupt apabila kerajaan membayar hutan-hutang kroni secara percuma”.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s