Pembinaan Budaya Masyarakat : Satu Teori Malik Bennabi

Malek-Bennabi

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Agak tersinggung dengan gelagat anak-anak remaja bermotor hari ini. Penulis yakin mereka masih bersekolah di peringkat menengah. Mereka sengaja membawa motor dengan bising (mungkin untuk menarik perhatian ramai). Lebih tidak selesa, kebanyakan mereka membawa pasangan masing-masing. Berdasarkan gelagat mereka, peratusan yang sudah berkahwin adalah sifar. Perasaan penulis rosak sama sekali, fikiran menerawang mencari punca dan solusi yang mungkin penulis boleh fikirkan dalam masa yang singkat.

Komuniti Soleh

Komuniti soleh adalah antara solusi yang berkesan. Kajian mengenai pembentukan perilaku manusia terbahagi kepada dua mazhab. Mazhab yang meyakini perilaku manusia terbentuk daripada genetik dan yang kedua adalah, perilaku manusia terbentuk kerana suasana persekitaran manusia tersebut. Penulis beriman dengan mazhab yang kedua ini kerana, mazhab pertama lebih bersifat bias gender dan boleh menghasilkan hasil kajian yang tidak tepat.

Komuniti soleh terbentuk kerana ahli komuniti diisi dengan pendidikan yang baik. Disini aspek pendidikan memain peranan yang sangat penting. Berdasarkan permasalahan di atas, komuniti anak-anak remaja bermotor tadi tidak mencerminkan komuniti soleh, masyarakat disitu, muda-mudi meraka samada merempit atau melepak, dewasa pula lebih banyak duduk di kedai-kedai. Walaupun dengan suasana begitu, penulis tidak menafikan peranan pendidikan di pedalaman tidak berfungsi tetapi ia tidak memadai.

Ia tidak memadai kerana masyarakat di luar lebih kuat mendidik dan membentuk anak-anak remaja ini berbanding di sekolah. Penulis punya seorang teman yang sangat peka tentang pembentukan remaja ini. Beliau memainkan peranan dengan menubuhkan kelab remaja masjid. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan buat anak-anak remaja yang menyertai program tersebut. Masa kosong mereka khususnya pada waktu cuti diisi dengan pelbagai program. Kesannya, berkurang remaja-remaja disitu melakukan aktiviti tidak berfaedah. Soal kewangan, masjid adalah penyumbang terbesar dalam hal ini.

Teori Pendekatan Sejarah dan Sosiologi

Pendekatan sejarah dan sosiologi adalah teori yang dikemukakan oleh Malik Bennabi. Sebelum pendekatan ini dipopularkan oleh Bennabi, ia pernah diunjurkan oleh Ibnu Khaldun dan Toynbee. Dua tokoh ini adalah sosok penting yang membentuk pemikiran Bennabi. Inti penting pemikiran Bennabi terletak pada usaha membangun kembali peradaban dan kebudayaan Islam yang sesuai dengan masyarakatnya serta masa depannya (Moh.Nurhakim, t.th). Projek Bennabi adalah membentuk budaya masyarakat sehingga menghasilkan peradaban. Asas yang ditekankan ialah agama. Setiap aktiviti dan budaya yang hendak dilakukan berasaskan ataupun mempunyai nilai agama. Disinilah penulis melihat, aktiviti yang dilakukan oleh kelab remaja masjid tadi secara sedar ataupun tidak sudah mengaplikasikan idea Bennabi.

Kesimpulan

Oleh itu, penulis suka melihat masalah anak-anak remaja ini diselesaikan secara holistik. Semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menyediakan suasana yang soleh namun, impian sebesar ini perlu dimainkan oleh mekanisme yang besar dan berkuasa iaitu pemerintah kerana, mereka mampu menyediakan polisi yang membentuk budaya masyarakat. Selain menunggu peranan pemerintah, perlu ada penggerak di peringkat kawasan dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan ataupun kelab-kelab seperti kelab remaja masjid tadi sebagai platform untuk remaja-remaja kita mengisi masa kosong mereka. Masa kosong adalah pembunuh kehidupan remaja.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s