Faktor yang Mempengaruhi Kegagalan Gerakan Islam dalam Politik Semasa

ERDOGAN

Pendahuluan

Kewujudan Gerakan Islam adalah respon umat Islam kepada penjajahan barat. Selain penjajahan, Madwudi melihat kemunduran kuasa Islam adalah berpunca daripada ideologi barat yang meracuni pemikiran umat Islam sehingga memecah belahkan kesatuan umat. Setelah melalui beberapa era, umat Islam yang dipimpin oleh Gerakan Islam, khususnya di negara Timur Tengah, kekal di takuk lama. Mereka sangat pasif dan tidak bertindak kepada kezaliman  pemerintah yang sering menjadi proksi barat.

Faktor yang Mempengaruhi Kegagalan Gerakan Islam

Persoalan yang timbul disini ialah, apakah faktor yang mempengaruhi kegagalan Gerakan Islam sehingga mengakibatkan mereka pasif, kekal di takuk lama dan tidak memenangi di dalam pilihanraya walaupun telah lama menyertai sistem demokrasi ?.

Oliver Roy sebagai seorang pengkaji Gerakan Islam khususnya di Mesir menjelaskan, di antara faktor kegagalan tersebut ialah, Gerakan Islam gagal dalam memahami cabaran serta menangani perubahan modenisasi dimana kedua-dua ini dianggap oleh Oliver sebagai punca kegagalan politik Islam hari ini.

Selain itu, punca kegagalan Gerakan Islam adalah penglibatan mereka di dalam sistem demokrasi yang dianggap bertentangan dengan sistem Islam. Perkara ini disebut oleh Dr Kalim Siddiqui yang berpendapat bahawa integrasi antara sistem politik Islam dan politik Barat sebenarnya menemui jalan buntu.

Pendapat Dr Kalim Siddiqui ini boleh dihujahkan dengan kejayaan AKP di Turki yang berjaya memanfaatkan demokrasi, dan Islam akhirnya mula diterima dan mendapat sokongan massa. AKP yang memahami perubahan modenisasi telah mengambil pendekatan pasca-Islamisme yang dianggap sesuai dengan demografi dan sosio Negara Turki.

Memaksimakan Sunnatullah

Ada ungkapan menyebut, kebatilan yang terancang akan menang keatas kebenaran yang tidak terancang. Berdasarkan faktor-faktor yang disebut, Gerakan Islam haruslah mengorak langkah memikirkan jalan penyelesaian tersebut antaranya, memaksimakan sunnatullah. Memandangkan kita tinggl di dunia maka, perancangan nya haruslah bersifat realiti duniawi. Terlalu beretorik ataupun idealisme akan mengundang kesusahan untuk mengaplikasikannya apabila sampai ke dunia nyata.

Kesimpulan

Gerakan Islam memerlukan sokongan dari sudut sunnatullah. Telah lama Gerakan Islam bergantung dengan syariatullah tanpa memaksimakan sunnatullah. Perkara inilah yang selalu menjadikan Gerakan Islam sentiasa terkebelakang berbanding gerakan-gerakan yang lain walaupun mereka kelihatan penuh bersemangat.

 

Advertisements

2 thoughts on “Faktor yang Mempengaruhi Kegagalan Gerakan Islam dalam Politik Semasa

  1. salam alaik. maaf. saya berpendapat, tidak salah untuk berpegang teguh pada syariat, asalkan syariat yang bersifat qat’i, semasa adalah luwes yakni boleh disesuaikan mengikut maslahah semasa. Setuju dengan tulisan saudara bahawa ” gerakan Islam gagal dalam memahami cabaran serta menangani perubahan modenisasi dimana kedua-dua ini dianggap oleh Oliver sebagai punca kegagalan politik Islam hari ini.” sesuatu yang lahir dari tangan manusia sememangnya sentiasa tertakluk pada perubahan. Modenisasi sendiri isu yang sangat kompleks dan memerlukan penelitian yang sangat mendalam. Namun, bolehkah saudara jelaskan dengan lebih terang berkenaan “sokongan dari sudut sunnatullah” ?

    • Saya minta maaf kerana tidak menjelaskan tentang sunnatullah dan syariatullah.

      Sunnatullah : adalah apa yang kita buat, secara logiknya hasilnya begitu. Contoh, kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, logiknya kita berjaya.

      Syariatullah : Walaupun kita dah berusaha bersungguh2 tetapi yang menentukan kejayaan adalah Allah.

      Islam menggabungkan kedua-dua unsur ini. Namun, Gerakan Islam melebihkan syariatullah selama ini, contohnya, aktivis Islam sentiasa melaungkan undang2 syariah seperti hudud kerana ingin menjaga redha Allah tetapi kita terlupa sunnatullah iaitu keadaan masyarakat yang masih belum faham undang2 Islam dan kesannya orang Islam apatahlagi bukan Islam tidak menyokong parti Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s