Sosialis, Liberalis & Islamis ?

IMG0443A

Bismillahirrahmaanirrahim

Terdapat di kalangan anak muda di Malaysia menjadi ahli kepada gerakan Sosialis dan tidak kurang juga yang berfahaman liberal. Adakah mereka ini dikira menyimpang dari landasan agama? Banyak aspek yang perlu dilihat sebelum meletakkan mereka sebarang hukuman. Disini kita akan membincangkan dua kelompok iaitu liberalis dan sosialis.

Liberalis : Kenapa mereka muncul?

Penulis tidak berhajat mengupas Islam Liberal secara detail, suka penulis bawakan Manal al-Sharif sebagai subjek perbincangan. Manal al-Sharif ialah seorang aktivis feminisme yang berasal dari Saudi. Berdasarkan ucapan beliau di Forum Oslo Freedom, penulis boleh katakan suasana keagamaan di Saudi mendesak beliau mencari kebebasan. Pengamalan agama yang ketat dan rigid di Saudi menjadi faktor Manal berubah memilih berfikiran liberal. Antara isu yang dibangkitkan ialah, soal aurat, pengharaman wanita memandu kereta dan larangan mendengar muzik.

Selain pengaplikasian Islam yang ketat, dalam masa yang sama pemuda-pemudi Islam ditawarkan kononnya ‘alternatif’ kepada tekanan kehidupan beragama mereka iaitu Islam Liberal. Pada asalnya untuk mencari jalan keluar dari kongkongan konservatisme agama, mereka terjerumus kedalam pemikiran liberal. Atau dengan kata mudah, isu Islam Liberal adalah respon sesetengah umat Islam kepada golongan Islam konservatif yang mengamalkan Islam secara sempit, keras, ketat rigid dan jumud. Bagi penulis,  permasalahan ini mampu diselesaikan dengan memahami kedudukan qat’iyyat dan zhonniyyat atau mutaghayirat di dalam Islam. Bagi penulis, kebanyakan mereka didesak oleh persekitaran agama yang konservatif.

Sosialis : Kenapa menjadi pilihan?

Apabila menyentuh soal sosialis, kita perlu membezakan sosialis dari sudut pegangan ekonomi dan sosialis dari sudut agama. Sosialis dari sudut pegangan ekonomi ialah mereka yang beriman kepada konsep ekonomi sosialis, dari sudut aqidahnya masih Allah yang satu maka, mereka ini masih lagi muslim. Kenapa memilih sosialis sebagai pegangan ekonomi, bukan ekonomi Islam

Antara faktor yang mendorong golongan muda memilih gerakan sosialis ialah berdasarkan pendedahan seseorang itu kepada bahan bacaan atau pengetahuan yang diperolehi. Faktor ini sangat penting kerana, melalui pendedahan dan bacaanlah membentuk worldview atau tasawwur seseorang.

Golongan sosialis  ini sebenarnya muncul kerana respon terhadap golongan kapitalis. Sosialis sejak penubuhan ideanya di Eropah sudah berkembang kepada beberapa mazhab seperti Marxisme, Stalinisme dan Sosialis Moderat. Pengamalan sosialisme berdasarkan mazhab-mazhab ini sangat berbeza. Namun, asasnya sosialisme ialah menjaga kebajikan rakyatnya. Soal pengaplikasian mungkin ada yang bertindak keras

Sehingga kini, contoh pengaplikasian sosialisme yang berjaya ialah Parti Buruh di England. Sehinggakan, banyak Negara-negara di dunia ini menjadikan England sebagai kiblat konsep welfare state mereka. Mazhab yang diamalkan oleh Parti Buruh ialah Sosialis Moderat. Mungkin kerana belum ada mana-mana Negara Islam mampu memberi contoh kejayaan ekonomi Islam maka, kalangan orang muda tidak cenderung memilih gerakan Islam sebagai platform perjuangan mereka.

Dari sudut gerakan ataupun parti. Parti sosialis, mereka lebih menonjol dalam isu membela golongan tertindas. Parti Sosialis Malaysia (PSM)  sebagai contoh, isu-isu yang diketengahkan lebih kepada pembelaan terhadap golongan  tertindas yang mana kebanyakan mereka ditindas oleh pemodal-pemodal atau kapitalis. Sepertimana yang berlaku kepada warga India di ladang estet di Banting Selangor. Mereka dinafikan pemberian hak tanah walaupun mendiami kawasan tersebut sejak zaman penjajahan lagi kerana pihak kerajaan punya kepentingan memberikan kawasan tersebut kepada pemodal-pemodal yang boleh memberi keuntungan kepada mereka.

Keagresifan PSM membantu rakyat tertindas, menarik minat golongan muda yang berdarah panas untuk turut bersama mereka. Disini, Faktor pendekatanlah yang memain peranan menarik golongan muda menyertai gerakan sosialis ini.

Mungkin timbul soalan, kenapa tidak memilih gerakan Islam sebagai platform berjuang?  Bagi penulis, budaya Gerakan Islam yang dilihat sopan dan beradab (perlu jaga thiqah seolah bermuka-muka) dan pendekatan yang lebih memilih isu-isu yang bersifat keagamaan dianggap tidak menapati citarasa golongan muda yang berdarah panas dan agresif khususnya mereka yang lebih awal mengenali Che Guevera yang dianggap ‘cool’ berbanding Hasan al-Banna.

Dari sudut agama, secara asasnya, ideologi barat menafikan agama (sekularisme). Namun, pada masakini, umat Islam perlu memikirkan bagaimana ideologi-ideologi ini mampu diislamisasikan kerana suasana tidak mengizinkan untuk menukar atau mencabut ideologi-ideologi ini dalam keadaan umat Islam lemah. Seperti nasionalisme, ia hampir sebati di hampir seluruh dunia umat Islam kerana kejatuhan Khalifah dan dasar pecah dan perintah penjajah namun, ia berjaya diislamisasikan oleh Hasan al-Banna dengan menerapkan nilai Islam atau reinterpretasi nasionalisme yang sesuai dengan Islam. Perkara sama juga dilakukan oleh Ali Syariati apabila melihat, ramai dikalangan pemerintah umat Islam mengamalkan dasar Sosialis Barat antara mereka seperti, Sadam Hussein, Muammad Ghaddafi dan Assad maka, Ali Syariati menawarkan idea Sosialisme Islam. Bagi sesetengah pengkaji, idea ini sudah dianggap gagal.

Kesimpulan

Golongan liberalis mahupun sosialis, dua kelompok ini menjadi saingan kepada gerakan Islam menarik orang muda kearah mereka . Menurut Prof Syed Naquib al-Attas, Islam itu ibarat cahaya yang memancar ke cermin, pudar cermin tersebut, kurang menyerlahlah  cahayanya namun, jika cermin itu bersih, cahaya yang terpantul pasti terang benderang. Oleh itu, jika kita mampu menonjolkan Islam yang sesuai dengan fitrah manusia dan adil, sudah pasti golongan muda ini akan terus bersama Islam.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

2 thoughts on “Sosialis, Liberalis & Islamis ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s