Pluralisme Agama : Punca dan Kesannya

Pluralisme Agama

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Tamadun barat bermula dengan Zaman Kebangkitan, Zaman Pencerahan, Zaman Industri dan lain-lain lagi. Asas kebangkitan mereka adalah dengan memisahkan agama dari kehidupan, sekularisme. Kesan daripada itu, agama pada orang barat hanyalah perkara peribadi, kesan yang lain, menurut seorang professor dalam kajian agama dari Amerika dalam syarahan di UKM mengatakan bahawa di Amerika, peningkatan orang yang tidak berpegang pada agama mula meningkat. Semua keadaan ini bermula dengan asas sekularisme.

Pluralisme Agama

Pluralisme Agama adalah kesan sekularisme. Sekularisme telah mengakibatkan agama bersifat boleh diubah. Idea pluralisme agama ini menyogok doktrin yang menganggap perbezaan agama akan menyebabkan pergaduhan. Golongan seperti Wilfred Cantwell Smith dan John Hick adalah dari kalangan yang mempromosikan pluralisme agama ini. Menurut mereka, fahaman bahawa agama itu bersifat sakral telah melahirkan golongan fundamentalis agama yang mempertahankan ajaran-ajaran agama tersebut. Golongan fundamentalis ini menjadikan agama itu seolah bersifat eksklusif dan mewujudkan perasaan syak wasangka terhadap agama lain.

Oleh itu, mereka mula mempromosikan Pluralisme Agama.  Pada pandangan mereka, dengan menyamakan agama-agama yang ada di dunia dibawah satu agama dengan istilah ‘Teologi Sedunia’ menjadikan dunia aman damai tanpa perselisihan akibat perbezaan agama. Namun pandangan mereka ini jelas menampakkan samada kecetekan ilmu tentang sesebuah agama ataupun mempunyai tujuan tertentu.

Perbezaan

Perbezaan di dalam Islam diajar untuk melihatnya dengan cara positif. Kerana itulah ungkapan “ikhtilaf adalah satu rahmat” diajar kepada umat Islam. Setiap manusia harus menerima hakikat bahawa setiap yang ada dunia ini mempunyai perbezaan di antara satu sama lain. Melihat perbezaan itu dari sudut pertembungan dan pertelingkahan maka natijahnya adalah pepecahan. Apatahlagi usaha menyamakan agama sebenarnya melanggar norma realiti kehidupan.

Dialog Harmoni

Dialog Harmoni yang disiarkan di TV al-Hijrah adalah usaha terbaik membumikan saranan al-Quran agar “berdebat dengan baik” ataupun berhikmah. Sesi dialog ini menampilkan pemuka-pemuka terkenal setiap agama dan membincangkan satu topik dari sudut pandang agama masing-masing. Apa yang dicari ialah titik persamaan antara agama dengan harapan penganut setiap agama memahami saranan agama masing-masing. Dan penonton pula boleh menilai sendiri agama yang dirasakan paling relevan di dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Cara sebegini adalah antara cara terbaik meraikan perbezaan diantara agama yang wujud khususnya di Malaysia ini. Mencari persamaan dari setiap agama kemudian membentuk sebuah agama baru sebenarnya satu tindakan yang tidak bijak kerana ia akan melahirkan golongan ekstremis agama yang akan bertindak agresif dan ganas. Tidak dapat dinafikan di dalam setiap agama pasti ada golongan fundamentalis yang mempertahankan agama mereka, menodai agama dengan mewujudkan agama baru adalah kesilapan besar yang mencetuskan kemarahan golongan fundamentalis tadi.

Kesimpulan

Antara punca lahirnya golongan ekstemis sehingga berlaku gerakan keganasan adalah berpunca dari usaha mereka yang tidak bertanggungjawab menodai agama dengan mewujudkan agama baru iaitu pluralisme agama.  Perbezaan di antara agama bukan ditangani dengan mewujudkan agama baru kerana setiap orang apatahlagi agama memang mempunyai perbezaan tetapi mencari titik persamaan dengan mengadakan dialog yang dinilai sendiri oleh para penonton. Oleh itu, umat Islam perlu dipasakkan dengan aqidah yang kukuh kerana, usaha golongan liberal membawa doktrin tidak akan berhenti setakat ini untuk menyesatkan umat Islam.

 

Advertisements

One thought on “Pluralisme Agama : Punca dan Kesannya

  1. Antara punca lahirnya golongan ekstemis sehingga berlaku gerakan keganasan adalah berpunca dari usaha mereka yang tidak bertanggungjawab menodai agama dengan mewujudkan agama baru iaitu pluralisme agama. Perbezaan di antara agama bukan ditangani dengan mewujudkan agama baru kerana setiap orang apatahlagi agama memang mempunyai perbezaan tetapi mencari titik persamaan dengan mengadakan dialog yang dinilai sendiri oleh para penonton. Oleh itu, umat Islam perlu dipasakkan dengan aqidah yang kukuh kerana, usaha golongan liberal membawa doktrin tidak akan berhenti setakat ini untuk menyesatkan umat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s