Islamis Vs Sosialis = ?

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Ketika perang dingin antara dua blok besar dunia iaitu Amerika dan Rusia, telah berlaku pelbagai propaganda antara kedua mereka. Antara yang dilakukan oleh blok Amerika ialah dengan menyerang ideologi sosialisme yang didokong oleh Rusia.

Propaganda

Propaganda yang diusahakan adalah dengan memburukkan sistem sosialisme sebagai sebuah sistem yang menafikan tuhan, petani dan pesawah pula ditakutkan bahawa bukan sahaja semua tanah-tanah mereka menjadi milik kerajaan malah mereka akan kekal miskin kerana tanah mereka menjadi milik kerajaan selama-lamanya dan mereka tidak berhak memiliki apa-apa kecuali ehsan yang diberikan kerajaan untuk mereka terus hidup.

Berjaya

Doktrinisasi ini berjaya menyerap kedalam kepala rakyat di kebanyakan Negara terutama Negara-negara dunia ketiga. Ketakutan dan kebimbangan mereka ini diredakan dengan kedatangan sistem kapitalis yang konon nya menjadi penyelamat daripada ancaman sistem sosialisme.

Dogma

Dogma inilah yang menyekat ramai dari kalangan Islamis yang berjuang melalui politik menerima mereka yang menganut fahaman sosialisme. Ini mengakibatkan pertembungan di antara Islamis dan Sosialis. Sebenarnya di antara kedua mereka boleh disatukan dengan kesatuan yang harmoni jika punya pengetahuan yang jelas.

Kesimpulan

Kesatuan di antara kedua mereka adalah dengan mencari titik persamaan seperti tujuan perjuangan mereka adalah memberi keadilan kepada rakyat kerana dalam Political Thought, maslahah ramai itu lebih penting. Meletakkan matlamat seperti itu, penulis yakin, tidak akan berlaku pertembungan yang merugikan semua pihak khususnya rakyat.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

2 thoughts on “Islamis Vs Sosialis = ?

    • Tertarik juga dengan tulisan saudara, saya setuju kita tak mampu menolak semuanya, apa yang tebaik ialah proses islamisasi itu sepertimana cendekiawan kita buat pada masa lampau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s