Ulasan Buku : Islam dan Dasar Pemerintahan

Bismillahirrahmaanirrahim

Buku karangan Ali Abdul Raziq, seorang yang layak mendapat gelaran Sheikhul Azhar tetapi, beliau menimbulkan kontroversi apabila menentang tafsiran-tafsiran ulama feqah berkaitan khalifah di dalam Islam. Untuk itu beliau dilucutkan beberapa jawatan dan kelebihan yang ada.

Penulis mendapati daripada buku beliau seperti berikut :

–          Pelaksanaan Khilafah, tiada dalil jelas Quran dan Sunnah.

–          Beliau tidak bersetuju dengan sistem khilafah yang mana bagi beliau tidak lebih sekadar sistem beraja dan ianya dikekalkan dengan nama khalifah.

–          Mengadakan sebuah pemerintahan sebetulnya bersifat luwes dan bukan semata-mata dengan cara khalifah.

–          Beliau dilihat cenderung memilih sistem demokrasi.

–          Tujuan besar yang dapat dikesan ialah meletakkan agama dan politik berbeza di bawah tajuk kerasulan dan pemerintahan.

–          Perbahasan khilafah seharusnya dipisahkan daripada perbahasan aqidah tauhid.

–          Penekanan penggunaan akal dalam bab politik.

Penulis melihat, beliau cuba menonjolkan isu-isu pemerintahan dan politik era khilafah telah banyak diagamakan demi menyekat penentangan, sedangkan ianya hanyalah politik. Hujah beliau banyak menjustifikasikan sistem khilafah sebenarnya membawa kemudaratan dan umat Islam tidak tertakluk menerima ijmak ulama tentang kewajipan melaksanakan sistem khilafah.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s