Melaksana Syariah Islam dalam konteks dunia Moden?

1312082023-muslims-march-for-sharia-law-zones-in-the-uk_772281

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Apabila ditanya tujuan atau objektif perjuangan Islam, sudah pasti antara tujuan mereka ialah melaksanakan syariah Islam. Cuma persoalannya, apakah melaksana syariah itu satu realiti atau fantasi dalam konteks dunia sekarang? Memandangkan penentangan melaksanakan syariah Islam bukan sahaja datang daripada Barat dan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri.

Tiga Golongan

Golongan pertama ialah Barat. Barat tahu benar tujuan gerakan Islam ingin melaksanakan syariah Islam. Gerakan Islam apabila mampu melaksanakan syariah Islam sebenarnya, menyekat monopoli Barat samada dalam politik dan yang paling penting adalah ekonomi.

Lihat sahaja TPPA yang dicanang oleh Amerika agar Negara-negara ahli TPPA ini menerima draf mereka. Keuntungan besar sudah pasti akan diperolehi oleh Amerika berbanding Negara-negara ahli TPPA yang mana ekonomi mereka masih diperingkat ‘bertatih’.

Sebuah gerakan Islam yang memahami dan menguasai ekonomi global sudah pasti akan menyekat penguasaan barat yang akan merugikan Negara-negara kecil khususnya Negara-negara umat Islam. Oleh itu, apa cara sekalipun, gerakan Islam tidak akan dibenarkan melaksanakan syariah Islam.

Golongan kedua ialah orang bukan Islam. Tidak semua daripada mereka menolak syariah dijalankan. Mereka pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti, mereka yang tidak tahu langsung apa itu syariah, mereka yang tidak mahu ambil tahu, mereka yang tahu dan bersetuju syariah dilaksanakan, mereka yang mengikut suara majoriti dan mereka yang tahu dan tidak mahu syariah dilaksanakan. Setiap kategori mereka ini masih lagi boleh dibincangkan dengan lebih mendalam.

Tidak kiralah daripada kategori mana mereka, gerakan Islam khususnya di Malaysia harus sedar mereka ini wujud. Setiap tindakan yang diambil oleh gerakan Islam perlu mengambil kira orang bukan Islam. Pendekatan yang eksklusif untuk orang Islam sahaja akan mengakibatkan penolakan orang bukan Islam kepada syariah Islam.

Dan golongan yang ketiga ialah orang Islam sendiri. Mereka juga ada beberapa kategori. Variasi umat Islam yang menolak syariah dijalankan di sebabkan oleh ilmu dan maklumat yang mereka perolehi. Lebih-lebih lagi di era dunia tanpa sempadan, pelbagai artikel dan pendapat yang datang mencurah-curah ke dalam pemikiran mereka. Realiti ini tidak boleh ditegah dan dihalang. Apa yang boleh difikirkan bagaimana menguruskan mereka dengan bijaksana.

Kesimpulan

Melihat keadaan dan realiti ini, penulis melihat pelaksanaan syariah Islam tidak semudah a, b, c. Ia masih melalui jalan yang panjang, gerakan Islam perlu berusaha keras dari sudut pembentukan minda masyarakat agar mereka dilihat positif. Pendekatan dan wacana lama akan memberi gambaran gerakan Islam masih ditakuk yang lama. Idea-idea lama jika terus ingin dibawa perlu dikupas dengan nafas baru masakini, hal ini lebih baik bagi meraikan idea-idea tersebut.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

One thought on “Melaksana Syariah Islam dalam konteks dunia Moden?

  1. Meski bernama partai, Hibut Tahrir, tak bisa ikut pemilu. Hizbut Tahrir membentuk beberapa tahapan dalam menuju pembentukan khilafah Islamiah. Pertama, taqwin asyakhsyiah islamiah, membentuk kepribadian Islam. Mereka pakai sistem wilayah, karena gerakan mereka internasional. Jadi untuk Indonesia wilayah Indonesia. Tapi sekarang pusatnya tak jelas, karena di negaranya sendiri sangat rahasia. Mereka dikejar-kejar karena Hizbut Tahrir ini organisasi terlarang. Tapi mereka sudah ada di London, Austria, di Jerman dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s