Utopia Negara Islam

images

Bismillahirrahmaanirrahim

Membina Negara Islam, timbul persoalan apakah model Negara Islam? Ada yang menyatakan Madinah sebagai sebuah Negara Islam. Ramai orang, termasuk dikalangan pemikir Islam melihat bahawa membina sebuah Negara Islam adalah satu utopia. Hal ini terjadi kerana, meniru Madinah sebagai sebuah Model Negara Islam adalah suatu yang tidak realistik. Antara yang diutarakan ialah, Negara Madinah dipimpin oleh seorang Rasul, yang mana apabila melakukan kesalahan pasti mendapat teguran daripada Allah.

Kerana itulah dikalangan mereka mempertikai Negara Islam Madinah sebagai model yang seseuai yang ingin didirikan pada masakini. Sementelah selepas zaman Khulafa Arrasyidin, pemerintahan selepas zaman itu berasaskan sistem monarki ataupun beraja. Sistem beraja jelas bertentangan dengan sistem demokrasi yang dipaksa guna pada masa sekarang. Walaupun terdapat tulisan-tulisan dalam khazanah keilmuan Islam menulis mengenai Negara pada zaman itu, soal kesesuaian penulisan tersebut dengan suasana pada masakini harus diteliti.

Tulisan tersebut perlu diteliti kerana, kebiasaan tulisan dipengaruhi oleh sistem politik dan penguasaan sesebuah kerajaan. Sebagai contoh, ada tulisan yang meletakkan syarat bagi seorang pemimpin yang ingin dipilih hendaklah di kalangan mereka yang berbangsa Quraish, hal ini jelas menunjukkan penguasaan politik pada masa itu mempengaruhi tulisan si penulis. Maka, persoalan kewajaran atau pun tidak sistem politik pada masa itu ingin diaplikasi pada masakini adalah satu yang relevan.

Soal terbesar ialah membuktikan kepada golongan skeptik ini bahawa mendirikan Negara Islam bukan suatu angan-angan tetapi sebuah realiti yang bakal dicapai. Bagi menyelesaikan masalah ini, pendokong Negara Islam perlu berusaha memikirkan bentuk sebuah Negara Islam yang ingin didirikan, tidak cukup dengan sekadar meniru model-model seperti Negara Islam Saudi, Taliban dan Iran yang jelas gagal, tetapi haruslah memikirkan sebuah model yang holistik dan realistik pada masakini.

Penulis memikirkan, dengan meniru barat dari sudut keberkesanan mereka dalam urustadbir negara, ekonomi dan politik boleh difikirkan oleh pendiri Negara Islam. Memandangkan suasana dunia memaksa kita menggunakan sistem demokrasi dan kebanyakan negara-negara barat melaksanakan sistem demokrasi, pada penulis tidak salah keadaan ini difikirkan untuk diimplimentasi bagi sebuah Negara Islam. Beberapa Negara umat Islam seperti Turki dan Tunisia dilihat sudah mula mengorak langkah melaksanakan kaedah ini.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s