Gerakan Islam Masihkah Ancaman?

Bismillahirrahmaanirrahim

Era Revolusi

Selepas kebangkitan Islam era Revolusi Iran 1969, banyak gerakan Islam di seluruh dunia meyakini bahawa mereka mampu menentang barat. Revolusi Iran, Jamaat Islami Pakistan dan Ikhwan Muslimin di Mesir adalah model yang selalu dirujuk oleh gerakan Islam di Negara lain. Isu besar yang ditekankan pada masa itu ialah pertentangan di antara Islam dan barat. Barat pada mereka adalah musuh utama yang wajib ditentang. Pelbagai pertentangan berlaku, apa sahaja yang berkaitan dengan barat menjadi satu alasan untuk sebuah penentangan terjadi.

Model

Namun, dalam kerangka demokrasi yang terhad, gerakan-gerakan Islam diseluruh dunia tidak mampu menentang barat mahupun rejim di Negara-negara mereka menggunakan model , Jemaat Islami dan Ikhwan Muslimin (fikrah Said Qutb) kecuali revolusi seperti di Iran. Sepertimana yang berlaku terhadap FIS di Algeria dan Erbakan di Turki. Mereka mampu menang dan menguasai Negara malah, Erbakan berjaya memulihkan ekonomi Turki tetapi, kejayaan itu tidak membawa apa-apa makna memandangkan gerakan Islam sentiasa di anggap sebagai ancaman dan satu aspek yang tidak mampu diselesaikan mereka ialah ideologi sehinggalah mereka digulingkan.

Ideologi

Ideologi Ikhwan Muslimin dan Jemaat Islami jelas-jelas dalam posisi penentangan khususnya fahaman westernisme. Negara-negara di Timur Tengah atau Asia Barat sebelum era kebangkitan Islam, mereka telah dipasak dengan ideologi-ideologi barat seperti sosialisme, sekularisme dan nasionalisme. Faham-faham ini sehingga menjadi ideologi bagi pemerintah dan disalurkan kepada rakyat melalui pendidikan dan kedudukannya sudah bertapak lama. Penguasaan golongan pemerintah yang berfahaman westernisme ini adalah bukan suatu yang mudah untuk ditanggalkan. Oleh itu, golongan ini akan mencari apa sahaja alasan bagi menolak golongan Islamis menguasai Negara. Dengan ideologi seperti Ikhwan , Iran dan Jamaat Islami, dengan mudah dari kalangan sekularis ini melabelkan mereka sebagai kumpulan konservatif seterusnya mendapat sokongan massa.

Baru

Namun kini, satu pendekatan sedang digunapakai oleh sekelompok Islamis telah dikesan. Kelompok ini mula lari dari ideologi yang digelar oleh sekularis sebagai konservatif. Mereka mula mengubah dari cita-cita menegakkan Negara syariah kepada menerapkan nilai-nilai syariah, dari pemerintahan Islam kepada pemerintahan yang baik (good governance), kepelbagaian ahli dalam kelompok mereka samada dari kalangan muslim dan non-muslim dan bersifat inklusif. Pendekatan ini dilihat tidak mencabar kedudukan kelompok sekularis yang bertapak lama di kebanyakan Negara umat Islam. Kelompok ini adakalanya dilihat penerus kepada agenda-agenda golongan sekularis, hal ini menyukarkan puak sekularis mencari alasan untuk menolak mereka. Kelompok ini juga menjadi alternatif kepada rakyat yang rata-ratanya mencari solusi bagi menolak pemerintah yang kebanyakan mereka sudah lama menguasai Negara.

Kesimpulan

Perubahan dari satu percubaan kepada percubaan yang lain adalah satu refleksi kepada keadaan yang dilihat tidak berjaya. Bagi gerakan Islam, perubahan adalah satu keperluan bagi mereka untuk meneruskan kelangsungan perjuangan. Keterbukaan dalam menerima kepelbagaian cara adalah sangat perlu memandangkan keadaan yang senantiasa berubah. Oleh itu, gerakan Islam perlu variasikan jalan mereka menuju sebuah matlamat yang satu.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

2 thoughts on “Gerakan Islam Masihkah Ancaman?

  1. Walaupun kebebasan ini lambat dinikmati oleh aktivis Islam kerana mereka yang akhir keluar dari penjara setelah golongan lain dibebaskan dahulu, namun akar umbi yang kukuh dan iklim kebangkitan Islam yang menguasai pesada politik antarabangsa mempercepatkan proses penerimaan semula masyarakat kepada ideologi politik Islam yang dibawa oleh gerakan Islam.

    • Islam tidak akan mati, itu janji tuhan, cuma bagaimana untuk kita menang dalam kancah politik semasa. Itu harus difikirkan gerakan Islam agar tidak tertinggal dengan arus zaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s