Kerancuan Gerakan Islam

Image

Bismillahirrahmaanirrahim

Pasca kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, bangkit beberapa gerakan Islam yang cuba mengembalikan peranan khilafah. Antara tokoh yang muncul pada masa itu ialah Al-Afghani, Abduh, Bin Badis dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini lebih kepada konfrontasi lembut terhadap penjajah. Mereka tidak mengangkat senjata tetapi lebih kepada sudut kesedaran ilmiah.

Walaupun pendekatan mereka ini tidak bersifat radikal, pihak penjajah tetap merasakan mereka sebagai ancaman. Penangkapan dilakukan dan ada di antara mereka dipenjarakan. Keadaan seperti ini berlarutan di sesetengah Negara sehingga selepas merdeka. Malah ada yang dihukum mati.

Tekanan sebegini membangkitkan kemarahan golongan Islamis yang mana akhirnya melahirkan golongan radikalis di dalam gerakan Islam. Mereka sudah mula tidak mempercayai pendekatan toleransi ataupun perbincangan. Beberapa tindakan subversif dilakukan oleh golongan ini seperti pengeboman tempat-tempat berkepentingan barat, kelab-kelab, penculikan keatas warga asing dan sebagainya.

Kelompok mereka mungkin kecil tetapi, ia menjadi tumpuan utama media khususnya barat dalam menggambarkan orang Islam. Minoriti mereka ini seolah menjadi jurubicara kepada seluruh umat Islam. Hal ini memburukkan perspektif non-muslim ataupun warga barat keatas umat Islam.

Keadaan yang lain, wujud kelompok yang menafikan radikalis ini sebagai jurubicara umat Islam dengan penyertaan kelompok Islamis kedalam politik. Penyertaan ke dalam politik berjaya mengendurkan serangan barat keatas umat Islam yang dilihat mula menerima barat (walaupun tidak secara keseluruhan).

Perkara ini tidak disenangi oleh kelompok radikalis tadi kerana ia amat bertentangan dengan ideologi yang dipegangi mereka. Mereka dilihat cuba bergabung dengan barat dan menggadaikan Islam. Pemahaman seperti ini tidak akan terjadi jika mereka memahami sifat Islam yang sentiasa membuka pintu kerahmatan dan menolak kerosakan di muka bumi ini.

Beginilah kerancuan yang muncul dan timbul di kalangan umat Islam yang mula membawa jalan masing-masing selepas kehilangan pemandu mereka sebelum ini iaitu sistem khilafah. Kepelbagaian  ini boleh jadi ianya rahmat Allah ataupun sebaliknya.

Wallahu ta’ala a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s