Nature Politik Islam

roy-failure-islam-covers-en-fr-image.1301842557

Oliver Roy perlu menilai semula politik Islam

Bismillahirrahmaanirrahim

Pendahuluan

Setelah umat Islam menyedari kelemahan mereka dari pelbagai sudut seperti ilmu, teknologi, ekonomi dan politik maka, gerakan pembaharuan telah digerakkan dengan memfokuskan kepada perubahan pemikiran. Golongan reformis memandang aspek pemikiran umat Islam harus dibetulkan terlebih dahulu jika ingin menggerakkan umat Islam yang sedang mengalami kelemahan.

Perkembangan

Ketika proses perkembangan islah sedang berlangsung, timbul satu idea yang dilihat mampu menarik partisipasi umat Islam iaitu terma ‘kemerdekaan’. Gerakan kemerdekaan kebanyakannya dilancarkan oleh tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam organisasi politik samada dalam bentuk parti politik ataupun NGO. Para ulama pula mengeluarkan pendapat agama yang menjustifikasikan agama dan kemerdekaan adalah satu tuntutan.

Idea ini menarik penyertaan massa untuk sama-sama menentang penjajah. Tekanan demi tekanan yang dilakukan berjaya memberi kesan. Sesetengah tempat menggunakan pendekatan yang lebih radikal seperti berperang. Di Tanah Melayu pada awalnya bersifat radikal namun, setelah penjajah membuka ruang kepada anak melayu yang dikader untuk berkhidmat kepada penjajah pada masa itu, gerakan kemerdekaan mula bersifat konfrontasi politik.

Merdeka

Setelah banyak tempat di belahan dunia umat Islam mendapat kemerdekaan akhirnya, Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Bagi penggerak politik Islam tanah air, mereka berpendapat, kemerdekaan yang diberi oleh Inggeris tidak lebih dari pertukaran orang yang mentadbir iaitu daripada Orang Putih kepada Orang Melayu sedangkan dari sudut pentadbiran masih mengamalkan dasar Inggeris.

Dalam masa yang sama, gerakan politik Islam tidak diberi ruang dalam arus pemerintahan semasa memandangkan pihak pemerintah mengamalkan corak pemerintahan Inggeris. Berasaskan ini, gerakan Islam terus berjuang bagi memenuhi matlamat mendaulatkan Islam sebagai cara hidup termasuk dasar pemerintahan Negara. Pendekatan yang digunakan ialah penekanan dari sudut dakwah pula, dakwah gerakan Islam terfokus kepada umat Islam kerana mereka merasakan umat Islam di Malaysia pada masa itu telah terpengaruh dengan budaya barat.

Kesimpulan

Politik Islam sentiasa ‘mengalir’. Apabila disekat, mereka akan bergerakan melalui jalan yang lain pula. Nature Islam tidak akan berhenti walaupun dihalang, bezanya samada arus tersebut laju mahupun perlahan. Politik Islam yang bersifat anjal dan sentiasa memenuhi tuntutan semasa telah menjadikannya sentiasa bergerak dan tidak jumud. Para aktivis Islam perlu memahami sifat ini agar politik Islam tidak ketinggalan dengan arus semasa.

Wallahu Ta’ala A’lam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s