Kestabilan atau demokrasi?

Bismillahirrahmaanirrahim

Kestabilan atau demokrasi? Persoalan ini timbul berkaitan kebangkitan rakyat di negara-negara Asia Barat seperti Tunisia, Libya, Mesir dan Syria. Persoalannya, apakah kestabilan lebih utama walaupun diperintah oleh regim yang tidak adil atau demokrasi lebih penting walaupun keadaan negara bakal mengundang kacau bilau.

German Marshall Fund of the United States cuba menyelesaikan permasalahan ini melalui geran kajian tahunan mereka. Respondan di pilih di kalangan penduduk Eropah dan Amerika. Pemilihan tersebut adalah bagi menilai perspektif mereka sebagai penduduk negara maju berkaitan permasalahan ini.

Menurut hasil kajian, 58% penduduk di eropah memilih demokrasi berbanding kestabilan. Di Amerika juga mencatatkan 47% memilih demokrasi. Keputusan ini memperlihatkan bagaimana penduduk eropah dan Amerika lebih memilih demokrasi (Terry Atlas, 2013).

Selebihnya yang memilih kestabilan khususnya di eropah adalah dari negara yang pernah terlibat dengan perang seperti Poland dan Romania namun, terdapat juga negara yang memilih demokrasi walaupun mereka pernah melalui pengalaman berperang seperti negara Jerman dan Austria.

Kesimpulannya, negara yang sudah stabil kebiasaan penduduknya akan memilih demokrasi buat negara mereka, hal ini bagi mengekalkan hak rakyat dan dari sudut kebajikan terjaga. Bagi negara yang mempunyai pengalaman berperang mereka dilihat agak serik untuk merasainya lagi lalu memilih mengekalkan kestabilan.

Rakyat di Malaysia mungkin mengalami dilema ini. Mereka dihantui dengan momokan setengah pihak yang pro-kerajaan bahawa negara akan huru-hara jika bertukar pemerintahan. Paradigma ini sebenarnya menghalang masyarakat untuk berubah kearah lebih baik. Faktor kurang celik politik juga antara penyebab rakyat Malaysia sukar membuat perubahan. Mereka lebih rela dipimpin oleh pemimpin rasuah daripada bertuka kepada pemimpin yang mereka anggap bakal menghancurkan negara.

Usaha mencelikkan rakyat tentang peri penting politik dan demokrasi perlu diperluaskan agar rakyat sedar tentang hak-hak mereka maka dengan itu tidak mudahlah golongan pemerintah melakukan sesuka hati keatas rakyat.

Wallahu ta’ala a’lam

Sumber :

Terry Atlas. (2013, September 18). Politics. Retrieved Disember 24, 2013, from bloomberg: http://go.bloomberg.com/political-capital/2013-09-18/u-s-split-over-stability-democracy-for-middle-east-europeans-pick-democracy/

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s