Cristiano Ronaldo Tanda Kiamat

Cristiano Ronaldo Tanda Kiamat

Oleh : Faiz Mukmin

Selepas mendengar perbualan anak murid tentang  penganugerahan pemain terbaik dunia yang jatuh kepada Cristiano Ronaldo, membuatkan hati ini sedikit teruja melihat bagaimana suasana anugerah tersebut. Menonton penyampaian anugerah Pemain Bolasepak Terbaik Dunia 2014 di Youtube membuatkan kepala penulis sedikit berfikir mengenai ucapan yang disampaikan CR.

Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan, keluarga, teman wanita dan anak lelaki beliau. Penulis memang tak hairan dengan budaya barat yang sudah mempunyai anak dalam masa yang sama pasangan mereka masih seorang teman bukan lagi isteri, cuma kali ini terlintas hadith ke-2 dalam Hadith 40 yang disusun Iman Nawawi selepas mendengar ucapan tersebut.

Antara yang disebut di dalam hadith tersebut adalah berkaitan tanda kiamat di mana akhir zaman nanti hamba perempuan akan melahirkan tuannya. Di kalangan ulama ada yang mentafsirkannya sebagai anak derhaka. Ada juga yang menyamakan suasana sekarang di mana ibu-ibu yang sibuk bekerja di bandar menghantar anak mereka ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka. Tugas yang sepatutnya dipikul oleh seorang ibu tetapi dibebankan kepada nenek yang mana ibu kepada si ibu tadi.

Melihat variasi tafsiran kepada perenggan hadith tersebut mambuatkan penulis juga terfikir mengenai kesesuaian hadith tersebut dengan zaman sekarang, memandangkan masa sekarang sudah tiada hamba. Antara yang terfikir ialah mengenai budaya barat yang tidak mengiktiraf ibu kepada anak mereka sebagai isteri tetapi sekadar teman hidup sedangkan anak yang dilahirkan dianggap sebagai anak mereka. Hal demikian tidak lebih seperti hukum hamba perempuan pada satu ketika dahulu. Hamba perempuan boleh ditiduri namun anak yang dikandung dan bakal lahir akan menjadi anak kandung kepada si tuan yang meniduri hamba tersebut. Si hamba tetap kekal dengan layanan sebagai hamba. Si anak lahir sebagai seorang yang merdeka. Tidakkah itu seperti hamba melahirkan tuannya?

Walaupun hamba secara istilah yang difahami dalam feqah sudah tidak lagi wujud namun kini ia kembali dengan bentuk yang berbeza tetapi tetap mengekalkan isi yang sama sepertimana dahulu. Contoh aspek layanan, teman wanita yang sepatutnya menjadi ibu kepada anak yang dilahirkan itu boleh ditinggalkan pada bila-bila masa memandangkan dia tiada hak sepertimana hak seorang isteri. Keadaan nya sama seperti hamba. Dan banyak lagi persamaan yang boleh dilihat.

Pada penulis, apa yang disebut Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu kini menjadi kenyataan. Budaya itu hanya tunggu menyinggahi bumi umat Islam. Masa yang akan menentukan bila kerana proses nya sedang berjalan, sama ada kita siap menghadapinya atau bakal hanyut dengan arus tersebut, wanauzubillahi min zalik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s