Mengubah Budaya

Bismillahirrahmaanirrahim

Kenapa kemungkaran sukar dicegah? Jika ingin mencari sebab, banyak sebabnya. Apa yang boleh penulis simpulkan, salah satu sebab kemungkaran sukar dicegah kerana kemungkaran itu sudah menjadi budaya. Maksudnya, apabila kemungkaran sudah menjadi budaya maka ia dilihat bukan lagi kemungkaran.

Untuk lebih jelas. Contohnya, budaya couple di kalangan remaja. Ia adalah satu dosa kerana banyak perlakuan menghampiri zina ada di dalamnya. Pergaulan bebas, berdua-duaan, pendedahan aurat, melayan perasaan. Ini semua dosa yang sudah sinonim dengan budaya couple. Tetapi oleh kerana itu sudah diamalkan dan menjadi kebiasaan ramai orang tidak kira di peringkat mana atau di mana sahaja. Maka ia tidak nampak sebagai satu kesalahan lagi. Apabila ia menjadi budaya yang salah nampak betul.

Penulis pernah memberitahu kepada pelajar di dalam kelas yang, orang mati sebab denggi lebih ramai berbanding yang mati dibaham harimau. Begitulah perumpamaan orang yang melakukan dosa kecil dengan dosa besar. Si pelaku dosa besar mungkin tidak ramai tetapi, si pembuat dosa kecil sentiasa ada. Contohnya, percakapan “ bodoh la kau…” “ko ni sial la…” sudah menjadi alunan zikir di kalangan anak remaja sekarang samada yang bersekolah menengah biasa ataupun aliran tahfiz. Percakapan seperti itu sudah menjadi budaya dan sedikit pun tidak rasa berdosa. Hakikatnya, sikit-sikit lama jadi bukit. Sedar tak sedar dosa kita sama banyak dengan dosa orang yang melakukan dosa besar.

Sebut tentang budaya percakapan kotor, penulis teringat kisah yang baru sahaja berlaku di sekolah ini. Kisah seorang ibu yang hancur hatinya mengenangkan anaknya di sekolah ini. Kata ibu tersebut, anak nya di rumah seorang yang pemalu, sangat sopan dan tidak pernah dalam keluarga mereka mengeluarkan perkataan yang buruk apa lagi lucah. Namun, alangkah terkejut dan luluh hati si ibu apabila dia dapati mesej-mesej di dalam telefon bimbit anak nya itu penuh dengan kata-kata kesat. Si ibu ini hairan bagaimana seorang anak yang bersekolah di aliran tahfiz dan hidup dalam lingkungan keluarga yang tidak diajar dengan kata-kata kesat boleh berubah apabila bersekolah disini. Yang lebih mengecewakan kata-kata buruk itu dituturkan sesama pelajar perempuan.

Mungkin ramai yang menyalahkan ibu bapa tidak pandai mendidik anak bila anak itu buat salah. Namun kita harus sedar, ibubapa mana yang mahu melihat anaknya berkelakuan buruk. Ibu dan ayah akan usaha memastikan anaknya mendapat persekitaran yang terbaik agar tidak terpengaruh dengan budaya negetif, antaranya menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz walaupun terpaksa bekerja keras membayar yuran dengan harga yang mahal. Tapi, alangkah sedihnya jika aliran tahfiz tiada beza dengan sekolah biasa.

Bagaimana mengubah budaya ini?

Pada penulis, mengubah kemungkaran yang sudah menjadi budaya adalah dengan menanam nilai kepercayaan. Sepertimana berjaya nya orang melayu menanam kefahaman kepada anak-anak mereka betapa jijiknya memakan babi, begitulah juga usaha yang harus dilakukan dengan menanam kepercayaan dalam diri setiap kita betapa jijiknya percakapan kotor, kesat ataupun lucah. Usaha ini mungkin boleh dimulakan dari diri sendiri, bilik di asrama atau di kalangan kelompok usrah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s