Isu Pasangan Malaysia di Sweden

Tahun ini Malaysia digemparkan dengan penahanan pasangan suami-isteri oleh pihak penguatkuasa Sweden atas kesalahan memukul anak mereka.

Sweden terkenal dengan undang-undang yang tegas berkaitan penderaan kanak-kanak. Bukan sahaja anak-anak tidak boleh dipukul, menengking kepada anak adalah satu kesalahan disana.

Pada penulis, pasangan suami-isteri ini dan anak-anak mereka terlebih dahulu perlu tahu apakah perkara (khususnya yang berkaitan perundangan) yang tidak boleh dilakukan di sana. Ini bagi mengelak berlakunya kes penangkapan seperti ini. Kata pepatah Melayu ” Masuk kandang kambing mengembek “.

Satu kajian berasaskan undang-undang yang dilaksanakan ini, seorang pakar psikologi di sana mendapati, kajian beliau menunjukkan anak-anak di Sweden berperangai degil dan biadap. Menurut pakar ini lagi, sifat ini berpunca daripada rasa ‘kebal’ yang dimiliki mereka. Anak-anak ‘kebal’ kerana dilindungi undang-undang.

Keadaan ini dimanipulasi oleh anak-anak untuk tidak mendengar kata ibu-bapa mereka. Jika dipaksa dan ditengking mereka akan membuat laporan. Ibu-bapa sukar mendidik anak-anak mereka. Kesannya, lahirlah generasi anak muda yang degil dan biadap disana.

Hal yang sama penulis lihat mula dipraktikkan di Malaysia. Pelajar-pelajar di sekolah mula kebal daripada tindakan disiplin guru. Guru-guru tidak dibenarkan memberi hukuman yang boleh mendatangkan sakit ataupun tekanan kepada pelajar. Dek kerana itulah penulis lihat banyak laporan-laporan yang diadu oleh pihak ibu-bapa berkaitan tindakan disiplin guru keatas pelajar.

Penulis fikir, satu mekanisme terbaik perlu difikirkan dalam soal tindakan disipilin keatas para pelajar, khususnya di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Mengimport sistem disiplin Barat ke dalam sistem kita adalah tindakan yang patut didahului dengan kajian. Mengambilnya bulat-bulat dibimbangi akan lahir genarasi yang disebut tadi, degil dan biadap.

Satu aspek, pendidikan di negara kita dalam bab memberi hukuman kepada pelajar masih tidak beres. Ia nya memberi gambaran kedudukan mereka yang bertanggungjawab merangka dan menentukan polisi pendidikan seolah-olah tidak buat kerja. Harus diingat proses pendidikan senantiasa berubah dari zaman ke zaman yang lain, dari sinilah mereka yang bertanggungjawab harus mengkaji seterusnya merangka polisi yang terbaik yang perlu digunakan pada masa itu. Bukan mengimport dari negara luar (tidak salah cuma perlu diteliti sebelum diaplikasi).

Wallahu ta’ala a’lam.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s